Adakah anda mempunyai terlalu banyak e-book? Ya saya ada.. hehe. Masalah utama bila ada banyak sangat ebook ialah
- Susah nak buka. Guna Adobe Acrobat Reader kat komputer yang slow sangat-sangatlah menguji kesabaran.
- Susah nak bawa ke mana-mana. Masuk e-book dalam thumbdrive. Pastu nak buka kat PC orang lain pun susah. Kadang-kadang tak ada Adobe Reader, slow sangat dan lain-lain
- Nak download Adobe pun bukan senang, biasanya sangkut tengah jalan je kalau internet connection slow.
Selepas jumpa dengan Foxit Reader, segala masalah utama selesai. Settled.
Apa yang best?
- Senang je nak download. Saiz fail tak sampai 3MB
- Tak perlu install. Double click je terus open. So boleh simpan dalam thumb drive dan bawa ke mana-mana bersama e-book anda.
- Load cepat. Berganda lebih cepat dari Adobe. Sekelip mata je. (kadang-kadang beberapa kelip la)
- Browse cepat sebab ringan. Kalau Adobe nak scroll pun susah, tapi dengan Foxit Reader ni perhh.. memang laju dan senang. So tak ada la nak hilang mood bila baca e-book yang panjang berjela.
So kalau nak cuba, boleh download free kat laman web Foxit Reader. Selamat mencuba. Semoga lepas ni rajin-rajin la menimba ilmu. Download e-book yang berguna dan jangan sesekali mencetak rompak e-book orang. Ilmu tak berkat woo..
Kalau dah download Foxit Reader boleh la try baca Panduan Ringkas 5 langkah mudah memulakan perniagaan internet ๐ Versi “panduan lengkap” akan menyusul kemudian..



