Rahsia kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong
June 7, 2007
Saya mendapat satu artikel akhbar tentang Tan Sri Lim Goh Tong yang terkenal dengan kejayaan membina empayar Genting. Berikut ada sedikit nasihat yang dikongsikan beliau untuk sesiapa yang ingin berjaya.
‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.
Saya belum tahu dari mana sumber ini dipetik. Akan update lagi untuk sumber asal artikel ini.
Tags: rahsia kejayaan, lim goh tong, genting, tips perniagaan
Posted in 



June 17th, 2007 at 4:39 pm
Emm..kalau anda baca buku ” Cerita Saya oleh Lim Goh Tong” ada menyebut banyak tentang diri beliau termasuk yang dikatakan melalui artikel tersebut.
Anda boleh dapatkan buku tersebut di kedai2 buku mcm Popular. Saya pun baru beli minggu lepas..belum habis baca lagi
October 25th, 2007 at 6:01 pm
please submit up date story Lim Gong Tong
March 26th, 2008 at 9:40 am
[…] dipetik dari laman blog saudara AhmadAzwan.Com […]
April 29th, 2008 at 7:46 pm
very sad that such a good man leave the world…..