Monthly Archives: September 2008

Saya dah bayar, mana barangnya?

Ni antara masalah pembeli yang membeli barangan secara online. Mungkin anda pernah menghapinya. Lepas berminat dengan satu produk, anda terus membuat bayaran ke akaun bank yang dipaparkan. Kemudian anda pun menghantar e-mail seperti yang tertera di laman web memberitahu bayaran telah dibuat dan produk apa yang anda ingin beli.

Tunggu punya tunggu, lepas sehari ke sehari, anda masih belum menerima apa-apa berita dari si penjual. Nak telefon, nombor pula tak ada dipaparkan. Semakin hari anda semakin gelisah. Duit dah dibayar, tapi mana barangnya?

Inilah yang akan pembeli anda rasakan. Mereka telah mempercayai anda sebelum anda mempercayai mereka. Jadi jangan buat mereka tertunggu-tunggu dan paling teruk hilang kepercayaan kepada anda. Yang sedihnya bila sekali mereka terkena, mereka akan menganggap semua usahawan internet ni sama saja.

Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan dari masalah ini berlaku dan menjadikan anda usahawan internet yang lebih bertanggungjawab ialah..

1. Berikan maklumat perhubungan yang lengkap di internet terutama nombor telefon.

2. Jika anda hanya memberikan e-mail, nyatakan dengan jelas dalam masa berapa jam atau hari anda akan membalas e-mail pelanggan anda. Contohnya, e-mail anda akan dibalas dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

3. Nyatakan apa yang sepatutnya mereka expect. Berapa lama sebelum anda membalas atau berapa lama produk akan diterima oleh pelanggan. Contohnya, pesanan akan dihantar pada setiap hari Selasa dan Khamis, jika anda membuat pesanan pada hari penghantaran, ia akan dihantar pada hari penghantaran berikutnya.

4. E-mail pelanggan sebaik saja mereka membayar dan nyatakan yang bayaran mereka telah diterima dan pesanan mereka akan diproses. Nyatakan juga anda akan e-mail lagi sebaik saja produk tersebut dihantar.

Dengan cara ini pelanggan anda tak tertanya-tanya dan terasa diri mereka ditipu. Anda perlu ingat pelanggan ini mungkin akan menjadi pelanggan tetap anda dan jika dia gembira, dia akan dengan sukarela mengsyorkan anda dan produk anda kepada rakan-rakan mereka.

Selamat berniaga..

Streamyx promo – dapat PC percuma?

streamyx hp promotion

streamyx hp promotion

[Nota: posting ni dah tak relevan]

Siapa yang guna streamyx sila angkat tangan! Saya salah sorang pengguna streamyx.

TM ada buat promosi bayaran RM99 sebulan untuk streamyx dan anda akan dapat HP PC percuma! Pehh.. betul ke?

Kalau tak percaya, boleh pergi website TM checkout.

Kalau anda guna streamyx sekarang kena bayar RM88 + RM26 = 114. Kalau guna streamyx combo RM110

Apa yang anda perlu pertimbangkan

  1. Anda perlu ada kad kredit bank yang join program ni
  2. Anda perlu ada kredit dalam RM2400 (99×24 bulan) yang akan di ‘lock’ selepas masuk program ni
  3. Anda kena contract 2 tahun guna streamyx. So kalau rasa nak pindah tak lama lagi, kena fikir banyak kali

Kalau rasa untung, bolehlah daftar. Dulu pun saya pernah ambil package celcom 3g + hp promo. Sampai sekarang guna notebook HP ni tapi celcom 3g jarang2 guna tapi kalau rasa tak perlu tok sah mengada-ngada nak daftar ye.

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan..

Baru je settle remove blog lama, install blog baru, masukkan posting lama dan membetulkan configuration asas wordpress ni. So lepas ni adalah kerja-kerja lain kena buat macam cari theme baru, masukkan plugin baru dan sebagainya.

Entah macam mana blog lama dulu tak boleh upgrade to latest wordpress. Jadi buatlah research macam mana cara termudah. Ingat nak transfer data dari database ke database tapi tengok-tengok structure database pun dah lain.

So gunalah satu plug-in namanya wp xml migrate yang boleh export semua posting dan comments jadi xml (wp xsr file) dan import dari blog wordpress version baru.

Lepas ni boleh lah aktif berblog dan kemungkinan besar semua posting dalam ni akan diubah ke BM dan posting BI akan dimasukkan dalam blog lain (untuk global market) kerana kebanyakan yang baca blog ni orang Melayu Malaysia.

Selamat berpuasa, bersahur, bertarawih, beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ni..

Make more money with exchange rate

No, I’m not going to talk about how to make money with forex here 🙂 I just did some projection for my adsense earning income for this month. How do I project my income? It’s simple actually.

What you need to do ..
– Login to your adsense account (of course)
– Click Reports > Advanced Reports
– Choose data range – choose “this month – September”
– Click “Display report” button

In the report list, you can see daily average of your earning. To get some ideas what your income would be, just multiply the number with 30. And you get your earning figure for that month.
The interesting part is the conversion rate for MYR currency against USD is now 3.45. This means that you can get more with the same USD you get from Adsense.

Here is the graph showing the movement of MYR agains USD.

usd-myr-graph.gif

Check it out yourself here

http://finance.yahoo.com/currency 

Still remember those days when our exchange rate is MYR3.80 for USD1. When you received USD100 you actually got RM380. Same if you got RM1000, you actually got RM3800!

[tags]adsense, adsense earning, forex, foreign exchange, money online[/tags]