Category Archives: Marketing Tools

Lebih 100 software dan ebook percuma untuk dimuat turun

Lebih 100 software dan ebook percuma untuk anda download dan gunakan. But nothing is FREE πŸ™‚ Untuk download setiap software dan ebook tu anda kena subscribe newsletter mereka.

Walaubagaimanapun saya dah browse semua senarai yang ada dan mendapati ada beberapa software atau panduan yang sangat berguna anda boleh dapati secara percuma (tanpa bayaran).

Antaranya seperti camstudio for internet marketer, traffic with youtube, article submitter, website creator dsb.

Cuba browse dan download apa yang anda betul-betul perlukan. Jangan buang terlalu banyak masa di sana. Nanti tergendala pulak kerja-kerja lain πŸ™‚

117 software and goodies [updated 23/06/2009 – website ni dah tak ada]

[tags]ebook percuma, software percuma, panduan percuma[/tags]

E-book Panduan pemasaran di internet telah dilancarkan.

Masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. E-book pertama siripanduan.com telah selamat dilancarkan pada hari ini 12 Februari 2007. Akan disusuli oleh beberapa panduan lain kelak.

Untuk 15 orang terawal menghantar testimoni, anda layak mendapat rebat 50% dari harga buku. Jadi sebenarnya anda cuma membayar separuh saja dari harga e-book tersebut disamping mempromosikan URL anda!

Maklumat lanjut tentang panduan pemasaran di internet

Akan dilancarkan – E-book Panduan Pemasaran di Internet

Dah beberapa bulan e-book “Panduan pemasaran di internet” ni terperap dalam hard disk notebook saya ni kerana masalah dengan internet dsb. Akhirnya panduan ni dah 99% siap dan cuma tinggal pelancarannya sahaja.

Ia akan disusuli dengan beberapa siri panduan lain yang berkaitan, dalam satu laman web – siripanduan.com

Tunggu kemunculan panduan ini dalam masa terdekat. Secara tepatnya ialah pada 12 Februari 2007. Tak lama dah tu. Bangun pagi Isnin bolehlah cepat-cepat cek laman web tersebut.

Untuk makluman mengenai pelancaran dan pengumuman siri panduan berikutnya (ada juga panduan yang akan diberi percuma kepada subscribers) anda boleh melanggan newsletter siripanduan.com

Subscribers juga akan menerima preview panduan yang akan dikeluarkan dan saya mungkin akan membuka peluang untuk anda menambah pendapatan. Bagaimana? Nak tau kenalah jadi subscribers.

Beberapa orang pertama yang bertuah akan mendapat harga yang sangat istimewa dengan kemaskini percuma untuk versi baru akan datang. Kenapa? Kerana saya mahukan maklum balas dan testimonial untuk dimuatkan dalam website dan e-book tersebut.

Jadi, tunggu kemunculannya tak lama lagi di siripanduan.com

[tags]panduan pemasaran, pemasaran internet, promosi internet, strategi pemasaran[/tags]

Dapatkan artikel untuk laman web percuma!

Tahukah anda kandungan adalah raja di internet? Content is king! Google dan lain-lain enjin carian sangat menitik beratkan kandungan yang relevan dan berguna di internet.

Untuk anda mewujudkan satu laman web yang berkesan dan mendapat keuntungan, salah satu cara ialah dengan menghasilkan banyak kandungan yang bermutu.

Masalahnya anda mungkin kekurangan idea dan kemahiran untuk menulis. Mungkin kini masalah anda akan dapat diatasi dengan adanya kandungan yang ditulis dan diberi secara percuma. Ia disediakan oleh seorang internet marketer Malaysia yang berpengalaman iaitu Mohd Fairuz.

Apa yang lebih baik ialah kandungan ini anda akan terima bukan sekali malah setiap bulan. Anda juga dibenarkan untuk mengubah, menambah artikel yang diberi tanpa memerlukan anda meletakkan nama penulis asal di bawahnya.

Psst.. Anda juga berpeluang buat duit dengan kandungan web percuma ini. Klik link di bawah untuk mendaftar dan mendapat maklumat lanjut

Update: website ini telah tidak boleh diakses (expired)

Firefox versi 2.0

Jika anda belum menggunakan firefox sebagai internet browser utama anda sangat rugi kerana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding internet browser lain.

Kini Firefox telah mengeluarkan versi terbaru 2.0. Pelbagai perkara telah ditambah, antara perkara yang saya suka tentang Firefox:

Banyak add-on yang memudahkan kerja seperti

– Performancing – untuk menulis blog offline
– TinyURL creator – cuma right click dan anda mendapat tinyurl untuk website tersebut. Boleh disimpan untuk digunakan akan datang
– Fasterfox – browse internet lebih laju
– Answers – alt-click untuk mendapatkan sesuatu perkataan yang akan dipaparkan pada page yang sama
– Adblock Plus – boleh blok/filter imej (biasanya iklan) dari subdomain,domain atau page
– Google toolbar – untuk tengok PageRank, subscribe RSS
– Ada banyak lagi anda boleh semak dan dowload di Firefox extension page

Feature terbaru di Firefox versi 2.0

– Boleh ‘restore session’ jika tertutup browser dan semua tab
– Membuka new window di new tab (tak perlu lagi right click open in new tab)

Beberapa kekurangan

– Agak kurang stabil tapi dapat diselamatkan oleh feature baru ‘restore session’
– Tanda pangkah untuk close tab disetiap tab. Kadang-kadang boleh tersilap tutup tab

Download sekarang Firefox versi 2.0

[tags]firefox, internet browser, mozilla, firefox extensions[/tags]

RM5000 online transaction

Bukan saya yang dapat RM5k tapi buat belian terbesar RM5k secara online – melalui internet dan telefon. Sebelum ini belian terbesar USD197 iaitu beli Xsitepro. Tu belum kira monthly payment macam adwords, aweber, hosting dsb yang kalau nak kira-kira semua pun lebih RMxxxx.
Jadi tak mustahil untuk anda mendapat transaksi RMxxx di internet bukan? Belum cuba belum tahu.

Notebook HP yang dibeli dengan HP + Celcom 3G promo dah dapat. Jadi sekarang baru lah ada masa nak setup semua aplikasi penting dan transfer semua data dari notebook lama.

Ada beberapa features menarik kat notebook ni yang dijangka akan lebih membuatkan kerja lebih efisen + efektif (ada beza tau efisen dan efektif. Kalau nak tau baca balik report The Death of IM).
Sebenarnya dah minggu lepas dapat tapi sibuk dengan persediaan workshop 2 disember lepas. Alhamdulillah workshop berjalan lancar. Peserta yang datang begitu bersemangat sekali. Ada yang datang dari Gerik, Perak! Hari tu paling jauh datang dari Johor Bahru.

Tahniah saya ucapkan pada semua dan lepas ni mulalah sesi bimbingan untuk semua bekas peserta. Semoga anda terus bersemangat untuk mula menjana pendapatan di internet dan yang terpenting ambil tindakan.

[tags]hp notebook, celcom 3G, bengkel laman web, duit internet[/tags]

Pemasaran viral menggunakan rebranded e-book/report

Salah satu untuk mempercepatkan proses penyebaran e-book atau report selain dari memberinya secara percuma ialah dengan membenarkan orang lain re-brand (memasukkan affiliate ID mereka) dalam e-book tersebut.

Baru-baru ini saya sibuk mencari PDF rebrand software yang sesuai untuk panduan buat duit dengan laporan percuma dan akhirnya menemui beberapa pilihan.

1. ViralPDF – ini yang paling popular dan mudah di mana anda boleh memberikan satu aplikasi untuk orag download dan menukar sendiri affiliate ID mereka. Saya akan membeli yang ini untuk projek akan datang.

2. PDF link changer – aplikasi ini mencari semua link dalam sesuatu PDF dan boleh menukarnya dengan mudah (perlu dilakukan oleh anda sendiri)

3. Ace PDF brander – lebih kurang seperti PDF link changer tetapi agak mahal

4. PDF995edit – percuma tetapi agak tidak user friendly

5. CustomPDF – generate PDF menggunakan PHP script. Boleh generate PDF fail di server dan orang boleh download fail tersebut.

Sesiapa yang dah download laporan “Death of Internet Marketing” di bawah saya bolehlah mendapatkan panduan ini dengan affiliate ID anda (isi borang di dalam page tersebut)

Get credit to read/post at forums

Ni salah satu idea baru dan mungkin akan jadi trend.

Anda akan mendapat ‘credit’ setiap kali anda baca dan post di forum. Semakin banyak credit yang anda kumpul, semakin kerap iklan anda akan dipaparkan dan semakin tinggi kebarangkalian untuk laman web anda dilawati.

Boleh cuba percuma paling kurang untuk mendapat idea dan mungkin ia boleh digunakan untuk forum anda πŸ™‚

Daftar dan cuba percuma sekarangΒ (update: website ini sudah tidak ada)

WordPress vs XSitePro

Baru-baru ni plan nak buat few wordpress blog for few niches. Jadi pergi le mencari-cari theme yang sesuai untuk project tersebut. Saya download theme yang mempunyai 3 columns.

Lepas tu mulalah kerja-kerja modify code untuk masukkan affiliates and adsense code serta memantapkan lagi penampilan blog tersebut.

Bila dah siap, upload ke internet. Saya mula perasan satu benda. Loading time sangat perlahan. Kalau website lain dah load, blog yang dibuat dengan wordpress tadi masih lagi loading.

Hmmm.. ni salah satu kelemahan sesetengah theme wordpress (bukan semua). Jadi jika anda ingin tukar theme, ambil kira loading time untuk theme tersebut.

Apa yang saya nampak, wordpress is too flexible. Mempunyai banyak logik dan checking (if else statement and include dalam coding) menyebabkan setiap kali load memerlukan masa yang panjang.

Alternatifnya saya telah membeli perisian Xsitepro yang telah lama saya usha. Heheh.. At last saya mengaku yang saya memerlukan software ni. Dengan senang hatinya (tak ada le senang hati sangat) saya pun membuat online order di website Xsitepro dan pembayaran sebanyak USD197 sahaja (memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga Dreamweaver original πŸ™‚ ).

Lepas dah beli, download, install dan cuba. Pehhh.. memang rasa rugi sangat sebab tak beli perisian ni sejak dari dulu lagi.

Memang mudah, cepat dan banyak features yang ada sesetengahnya saya tak terfikir seperti sitemap yang lengkap, proses inter-page link yang menyenangkan, betapa mudahnya memasukkan adsense code dsb. Pasal SEO tak perlu cakap, semua dah dibereskan.

Semua editing dibuat secara offline jadi lebih laju. Dan uploading fail juga laju kerana semua fail di’generate’ kepada .html fail (tak perlu apa-apa logik PHP dsb). Yang paling best loading untuk website lebih laju dan navigation ala website yang lebih mudah.

Sesiapa yang perlukan banyak laman web, anda tak rugi untuk mencuba Xsitepro. Kalau sesiapa ada soalan pasal Xsitepro ni (cam pre-sale questions la) bolehla bertanya. Saya akan bantu apa yang saya tahu πŸ˜‰

How to convert doc to pdf and why you want to do so?

Wow… after found the fast and clean pdf reader – Foxit. I’m so excited. It loads even faster than MS Word. Then… I got an idea.

The problem:

Haha.. always start with the problem. and followed by solutions to solve it.

When you do a research online on certain topic, you will get a lot of relevant results on different websites. And after a while you will forget some of the websites you’ve just visited that have the answers for your problems.

Have you ever faced such problem? I have.. many times. My firefox’s bookmark and shortcuts are overused. I cannot remember what the websites are all about.

So what’s the solution then?

Continue reading