Category Archives: Personal

Trip to Langkawi

Perkongsian untuk sesiapa yang ingin ke Langkawi nanti.

Baru-baru ni saya berkesempatan bawa keluarga (isteri dan 4 orang anak) ke Pulau Langkawi. Sebenarnya perancangan ni dah dari tahun lepas. Alhamdulillah tahun ni dapat jadi kenyataan.

Tujuan ke sana lebih kepada merasai apa yang tak boleh didapati di tempat lain. Kalau sekadar tujuan untuk shopping je, boleh pergi shopping dekat KL je lah ye.

Tiket kapal terbang

IMG_20131128_123241

Masa tempah tiket tu lebih kurang 2 bulan awal. Harga seorang dapat RM70 (all-in) seoarng untuk sehala menaiki AirAsia. Jadi untuk 6 orang hampir RM1000 dibelanjakan.

Saya pilih nak naik kapal terbang sebab untuk memandu sorang-sorang dari KL ke Kuala Perlis agak memenatkan. Penat drive pergi dan lagi penat masa drive nak balik. Pinggang pula tengah sakit nak duduk dalam kereta lama2 (mungkin ambil masa dalam 6 jam).

Lepas tu nak kena beli tiket feri dan naik feri dalam 45 minit kalau tak silap. Jadi untuk memudahkan dan boleh dikira berbaloi juga, kami pergi dengan kapal terbang.

Bawa hand luggage semasa pergi dan masa balik check-in luggage dalam 15kg (RM25) saja.

Kereta sewa

Harga: 80-200 mengikut jenis kereta.

Masa pergi sana kira “peak” time sebab school holiday. Sewa kereta Vios RM150 sehari. Dapat diskaun sebab ambil 3 hari dapat RM140 sehari. So total kena bayar RM420 untuk 3 hari.

Banyak perkhidmatan kereta sewa boleh didapati di internet. Pergi beberapa website dan buat perbandingan. Harga masih boleh dirunding. Jika tak boleh runding, pergi ke penyedia perkhidmatan yang lain.

Untuk lebih selamat, confirmkan semula kereta sewa sehari atau dua hari sebelum pergi.

Penginapan

2 tempat penginapan yang ideal ialah

1) Pekan Kuah – jika aktviti lebih kepada beli-belah dan pentingkan kemudahan ala bandar

2) Pantai Cenang – jika aktiviti banyak melibatkan pantai dan santai

Lagi bagus jika dapat menginap di 2 tempat berlainan semasa menjalankan aktiviti yang berlainan. Contoh sehari bermalam di Kuah dan 2 hari di Pantai Cenang.

Book hotel dan survey harga sekarang sangat mudah. Hari tu book hotel guna booking.com online saja. Dapatkan familiy room di sebuah motel di Kuah dengan harga RM140 satu malam. Sampai kat motel memang bilik dah book, just bayar kat sana. Ada sesetengah hotel kena bayar upfront online. Boleh juga cuba agoda.com

Pantai rekreasi

Pantai yang paling popular ialah Pantai Cenang. Di sini terdapat pelbagai aktiviti pantai seperti banana boat, jet ski dsb. Di pantai ini juga terdapat sangat banyak tempat penginapan, makan, bank, mall, under water world dsb.

Island hopping

IMG_20131127_100348Aktiviti popular di Langkawi ialah Island Hopping. Pergi ke 3 tempat dengan tarikan tersendiri

1) Pulau Dayang Bunting

Kat sini boleh mandi tasik. Kedalaman tasik tu 15 meter (lebih kurang 8 kali tinggi orang). Nak turun mandi pun takut. Kalau tak reti berenang boleh terjun dengan life jacket. Kanak-kanak ada tempat khas mandi-manda.

Hati-hati dengan monyet! Pantang tengok beg plastik atau terbau makanan. Kami pun hari tu kena serang sebab monyet nampak botol 100plus letak kat tepi beg. Jadi berwaspada.

2) Bagi makan helang

3) Pulau Beras Basah.

Di sini tempat untuk kanak-kanak mandi manda. Pantainya landai dan laut cetek. Tak kuat berombak seperti di Pantai Cenang.

Beli-belah

IMG_20131127_193139Kebanyakan benda yang nak dibeli semua ada di Pekan Kuah. Ia lebih murah berbanding di Pantai Cenang. Contoh kalau baju di Pantai Cenang dijual pada harga RM20, di Kuah mungkin hanya RM10.

Antara barangan popular yang dibeli di Langkawi..

  1. Minyak gamat
  2. Coklat
  3. Pinggan mangkuk dan barangan dapur
  4. Kain batik
  5. Beg

Antara kedai yang popular pula ialah

  1. Haji Ismail Group (HIG)
  2. Idaman Suri
  3. Rams

Di kedai-kedai di atas biansanya ada dijual semua barangan yang disenaraikan di atas. Jadi kalau malas nak pergi banyak tempat, pergi satu tempat boleh borong semua. Harga macam biasalah. Ada terlebih and terkurang sikit antara kedai-kedai tu. Tapi lebih murah jika banding kat KL.

Makan-makan

Pilihan makanan bayak di Pantai Cenang. McDonald’s, Old Town pun dah ada di Pantai Cenang. Tapi tak best la sebab restorang macam tu pergi mana-mana pun ada. So cari kedai yang unik sikit kat sana untuk makan-makan.

Di pekan Kuah pula, restoran yang popular ialah

  1. Wan Thai
  2. Bamboo

Kereta kabel

IMG_20131126_102403


IMG_20131126_105408

Kereta kabel kat Gunung Machinchang adalah tempat yang mesti pergi. Kereta kabel dia lebih kurang sama dengan Genting tetapi pemandangan gunung-ganang dan laut tu yang berbeza.Kereta kabel ni naik ke atas gunung yang memang cukup tinggi. Memang gayat bila gegar sikit je rasa cam nak luruh jantung ­čÖé Tapi tu memang pengalaman best

Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak RM10 (warganegara Malaysia. Kena tunjuk MyKad)

 Lain-lain

Ada beberapa benda lain yang ingin dikongsikan.

1. Paparazzi

Di tempat-tempat menarik seperti di kereta kabel dan island hopping tiba-tiba ada orang suh ambil gambar atau just snap curi-curi gambar kita. Lepas tu bila tengah beratur atau nak pulang, dia akan jual gambar-gambar yang dia dah ambil.

Kat kereta kabel sekeping gambar RM30! Manakala kat island hoping dia print gambar sorang-sorang di ‘piring’ yang berasingan. So RM10x6 = RM60!

Saya agak kurang senang dengan cara berniaga macam ni. Kita jadi serba salah. Nak bayar mahal, kalau nak biar nanti sayang dan dia buat apa pula dengan gambar kita tu.

2. Petrol

Stesen petrol banyak jadi jangan risau. Saya isi minyak penuh RM60 lebih, bila balik masih ada lagi setengah tank tak berguna. Tak akan dapat refund punya.

Jadi isi minyak sedikit dan bila perlu saja.

 

IMG_20131126_213240

Eagle square

 

Lokasi penting di Pulau Langkawi

  1. Kereta kabel, Gunung Machinchang berhampiran Telaga Tujuh
  2. Lapangan Terbang, Padang Mat Sirat
  3. Pantai Cenang
  4. Kuah

scr01

Nilai sebuah kehidupan

Setiap kali berjumpa dengan kenalan, kebanyakannya akan bertanyakan “kau buat apa sekarang?” dan jawapan kebiasaannya, “aku kerja di …”.

Kehidupan terlalu berkisar tentang pekerjaan. Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 7 malam kehidupan berkisar  dengan pekerjaan.

Saya pernah menulis ringkas tentang kehidupan seimbang sebelum ini tetapi kali ini saya ingin mengupas lebih banyak tentang nilai sebuah kehidupan.

Kita tau kehidupan bukan hanya pekerjaan, malah lebih dari itu. Mari kita lihat dari pelbagai aspek. Saya harap senarai di bawah merangkumi kesemuanya. Atau paling tidak semua yang penting.

  1. Nilai kepada agama – berapa banyak usaha kita lakukan untuk beribadah kepada Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., mendermakan harta ke jalan yang diredhai, menyampaikan ilmu agama, menyeru kepada yang baik dan menegah perkara mungkar
  2. Nilai kepada keluarga – berapa banyak usaha kita untuk menziarah, menjaga kebajikan dan membantu ayah dan ibu. Berapa banyak usaha dan tindakan yang dibuat untuk membahagiakan isteri/suami. Berapa banyak masa diluangkan untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Berapa banyak masa juga diluangkan untuk mengambil berat tentang saudara mara walaupun dengan memberi kunjungan setiap 2 atau 3 kali setahun.
  3. Nilai kepada jiran dan rakan – Berapa banyak usaha kita menghubungkan semula silaturrahim yang telah putus sekian lama. Adakah dengan update facebook menunjuk2 kecomelan anak, makanan lazat, percutian keluarga ke luar negara itu dikira sebagai menghubungkan silaturrahim?
  4. Nilai kepada masyarakat dan negara – membantu meningkatkan┬áekonomi, memperbaiki nilai sosial. Ia bermula dari individu dan keluarga yang membentuk masyarakat. Jadi tak perlu tunggu “orang lain” bertindak. Mulakan dengan kita dan keluarga kita.
  5. Nilai kepada diri sendiri – apa yang kita mahu dalam kehidupan ini. Ia berbalik kepada semua di atas. Untuk menjadi orang yang berguna, kita perlu memberi nilai kepada orang lain. Untuk memberi nilai kepada orang lain, kita perlu berusaha menyiapkan diri untuk belajar, berusaha dan berbakti.

Jadi bila dilihat semua di atas, adakah kita cukup bernilai? Bagaimana kita menetapkan nilai hidup kita? Adakah dengan hanya cemerlang  bekerja kita akan menjadi bernilai?

Fikirkan hala tuju sebenar hidup (tempat sementara sebelum kita mati dan dibangunkan semula). Jadi jadilah orang yang betul-betul mempunyai nilai. Mampu berbakti dan memberi kepada yang perlu. Bukan hanya pentingkan diri sendiri dan harta benda.

Wallahua’alam.

Kehidupan seimbang

Atau dalam bahasa Inggeris – balanced life.

Kehidupan manusia kian hari dilihat makin kian tak seimbang. Semuanya berkisar kepada kerja, pangkat, harta, materialistik, wang, keuntungan, kereta, gadget, internet, sosial, hiburan dan lain2 tarikan duniawi.

Mana pergi kehidupan beragama, jihad, dakwah, semangat kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, kerja kebajikan dan lain2 amalan untuk hadapi masa2 selepas mati?

Jangan terlalu sibuk mengejar bahagian di dunia, lupa pula untuk bekalan akhirat.

Peringatan utk diri sendiri dan kepada semua yang membaca.

Tips menulis resume

Kebelakangan ni saya mencari beberapa staff baru untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat. Saya pun pos beberapa iklan di jobs.lowyat.net dan mudah.my.

Hasilnya dapatlah beberapa resume untuk disaring dan kemudian jika ok calon akan dipanggil untuk interview.

Saya agak hampa dengan cara kebanyakan pemohon menghantar permohonan dan menulis resume mereka.

Berikut adalah beberapa tips yang saya ingin kongsikan yang mungkin boleh membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. Continue reading

Kembali menulis blog

Setelah sekian lama meninggalkan blog ni, hari ni saya spend sikit masa untuk update wordpress ke version baru, tukar theme dan lain-lain kerja yang patut.

Sebenarnya masih lagi mencari semangat dan sebab untuk kembali menulis di samping tugas-tugas harian yang sangat demanding.

Harap dapat membuat perkongsian di blog ini lagi nanti.

Pelepasan cukai individu

Dalam musim-musim nak failkan cukai, berikut ialah perkara yang mendapat pelepasan cukai. Bolehlah mula apply untuk pelepasan cukai tahun 2011 pula nanti.

  • Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan (RM1000)
  • Tabungan bersih dalam skim SSPN (RM3000)
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan (RM300)
  • Yuran langganan Jalur Lebar (RM500)
  • Anak di bawah umur 18 tahun (RM1000 seorang). Ehem.. ni satu alasan nak tambah anak. hehe
  • Insurans pendidikan dan perubatan (RM3000)

Di atas adalah pelepasan yang agak mudah dan boleh dilakukan berulangkali atau memang dah dilakukan pun tanpa disedari.

Boleh rujuk website LHDN untuk senarai penuh

Menyebarkan kebencian, fitnah dan keburukan

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya terlalu terdedah dengan berita dari media. Sebelum ni memang sangat jarang menonton tv dan membaca akhbar. Mungkin kerana terdapat banyak lagi media alternatif dan faktor keliling yang terpengaruh dengan media.

Kenapa saya tak suka tengok tv (terutama berita) dan membaca akhbar ialah kerana 90% berita yang disampaikan adalah negatif. Bukan setakat tu, bila login ke facebook juga terdapat perkara negatif yang dikeluh kesahkan oleh pengguna fb. Dalam blog pun sibuk komplen sana sini. Twitter pun tak habis-habis update pasal perkara yang tak berfaedah. Continue reading

Pembunuh produktiviti!

Boleh dikatakan semua orang yang bekerja pejabat sekarang duduk di hadapan komputer untuk bekerja. Komputer sekarang dengan kuasa internet telah menjadi satu alat yang sangat berguna.

Tak kurang juga menjadi alat yang membunuh produktiviti pekerja atau sesiapa saja yang menghadap komputer. Ia menyebabkan banyak gangguan dan hilang tumpuan semasa sedang membuat sesuatu kerja.

Antara aplikasi internet yang selalu dianggap pembunuh produktiviti ialah Continue reading

Jom cuci kereta sendiri..

Dulu saya memang cukup malas nak cuci kereta sendiri. Biasanya akan hantar ke kedai dan sambil tunggu tu boleh lah minum di kedai berhampiran.

Tetapi kebelakangan ini beberapa faktor menyebabkan saya beralih kepada membasuh kereta sendiri. Antaranya ialah kereta berwarna hitam yang cepat kotor, kekerapan hujan dan juga dari pembacaan buku tentang kewangan yang menyatakan kita kena berlatih untuk tidak bergantung dengan “solution” berbayar bila menghadapi masalah. Cuba kreativiti sendiri dan ia mungkin jauh lebih baik.

Jadi jom lihat apa yang bagus kalau anda cuci kereta sendiri Continue reading

Apa yang kita tertinggal?

Semalam saya pergi ke rumah ibu bapa saya. Mereka baru pulang dari kenduri di Pulau Pinang. Sempat menziarahi balu seorang rakan baik mereka yang baru meninggal dunia (al-fatihah buat Allahyarham).

Saya bersama isteri mendengar kisah lalu tentang bagaimana mereka mengenali Allahyarham. Bagaimana mereka lost contact dan berjumpa semula beberapa kali. Susah-senang yang dikongsi bersama. Macam-macam lagi yang diceritakan secara terperinci oleh ibu saya.

Bila mendengar kisah ini saya terfikir balik, boleh ke saya ceritakan kisah sebegini pada anak-anak atau cucu-cucu nanti jika dipanjangkan umur? Adakah saya mempunyai cerita sedemikian? Atau adakah saya akan ceritakan tentang facebook update? Blog posting? Email archive? Semuanya saya rasa kurang ter ‘kesan’ kepada hidup ni.

Lebih-lebih lagi kehidupan sekarang terlalu berkisar tentang kerja, kerjaya, wang, kebendaan, hiburan dan seumpama. Semua orang terlalu sibuk dan tak punyai masa untuk orang lain.

Kini ia diganti kehidupan maya melalui email, facebook, twitter, blog. Saya bukanlah anti-teknologi tetapi saya rindukan masa-masa lampau di mana perhubungan persahabatan dan persaudaraan itu lebih dari facebook dan email.

Bagaimana pula pendapatan anda?