Category Archives: Personal

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan..

Baru je settle remove blog lama, install blog baru, masukkan posting lama dan membetulkan configuration asas wordpress ni. So lepas ni adalah kerja-kerja lain kena buat macam cari theme baru, masukkan plugin baru dan sebagainya.

Entah macam mana blog lama dulu tak boleh upgrade to latest wordpress. Jadi buatlah research macam mana cara termudah. Ingat nak transfer data dari database ke database tapi tengok-tengok structure database pun dah lain.

So gunalah satu plug-in namanya wp xml migrate yang boleh export semua posting dan comments jadi xml (wp xsr file) dan import dari blog wordpress version baru.

Lepas ni boleh lah aktif berblog dan kemungkinan besar semua posting dalam ni akan diubah ke BM dan posting BI akan dimasukkan dalam blog lain (untuk global market) kerana kebanyakan yang baca blog ni orang Melayu Malaysia.

Selamat berpuasa, bersahur, bertarawih, beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ni..

Welcome to the world!

I still remember my posting when getting my 2nd child past 2 years and now I’m writing the same post title again for my 3rd one! Alhamdulillah. This time I’m blessed with a baby girl born on 8/8/08 at 10.35pm. Now I have no reason not to remember her birth date 🙂

baby

sleep like a baby…

Accidently deleted my blog!

Few days ago, I had accidently deleted this blog and all the database gone. When asking the web hosting support, they said that they only had one backup which is after the blog been deleted.

Almost gave up but still look around for any backups that I had and fortunately I got a fantastico auto backup during upgrade of wordpress version.
So the latest posting I manage to get is in June 2007. Not much I wrote since then anyway. So will start again updating this blog but not as active as before. Have commitment with other things.

Danger! Information overload.

Wah dah lama saya tak menulis. Pergi bertapa sebenarnya. Hehe. Menuntut ilmu. Tapi online biz still jalan dan pada hujung minggu lepas pun masih berjalan workshop laman web perniagaan kali ke-6. Workshop ini akan diadakan lagi mungkin pada bulan Julai insyaAllah.

Mengenai tajuk posting kali ini, tahukah anda penyakit paling bahaya abad ini ialah “information overload”? Anda dihujani dengan informasi tak kira di mana anda berada.

Bila depan internet anda tak lepas dari mengunjungi blog, laman web informasi, email, iklan dsb. Di rumah ada tv, dalam kereta ada radio, jalan2 boleh baca SMS atau surf guna 3G. Surat khabar, majalah, buku, risalah iklan, billboard dan baaaanyak lagi.

Sehinggakan kebanyakan kita hanya menerima maklumat sahaja dan tak tau atau tak sempat untuk mengaplikasikan apa yang diterima. Kita akan “menjadi orang yang pandai tapi tak nampak hasil”. Ini yang sangat2 merugikan.

Buat seketika cuba jauhkan diri anda dari sumber maklumat (terutama yang tak penting dan berunsur negatif seperti tv) dan fokus pada kerja yang anda ingin lakukan dan anda akan nampak hasilnya.

Belajar tak salah, tetapi tidak mengamalkan apa yang dipelajari adalah satu kerugian besar. Maklumat akan tetap sampai. Anda cuma perlu mencari ketika perlu tetapi untuk menjalankan apa yang diterima, anda perlukan komitmen dari diri sendiri.

Just do it.

Dah hujung tahun..

Sedar tak sedar dah nak sampai penghujung tahun 2006. Dan yang lebih baik ia diakhiri dengan sambutan Hari Raya Korban yang mulia. Bolehlah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang telah dan akan kita lakukan.

Saya agak kurang ‘mood’ untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Mungkin ramai pengunjung blog dan newsletter saya sedar tentang hal ini. Cuma akhir-akhir ini banyak berfikir dan merancang.

Dalam pemasaran di internet, terlalu banyak perkara-perkara yang kita akan buat berulang-ulang kali sehingga tak terlarat lagi dah nak buat.

Kerana itulah saya ambil masa untuk merancang dan menulis pelan tindakan untuk dilakukan dalam projek akan datang. Menyenaraikan beberapa laman web dan peralatan (tools) yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja.

Disamping itu juga sibuk memikirkan tentang projek yang akan dibuat pada tahun 2007 dan tutup akaun 2006 🙂

Jadi kesimpulannya sibuk berfikir dan merancang. Saya tak ketinggalan melawat blog rakan-rakan yang lain. Hmm.. ramai juga yang agak kurang menulis akhir-akhir ni. Mungkin sebab cuti banyak, sibuk anak-anak nak masuk sekolah atau juga sedang merancang sesuatu projek rahsia (hehe..).

Sempat juga saya melihat projek Alang terbaru iaitu Ventedoy. Ia berkisar tentang pengiklanan dengan idea yang baru dan unik. Nak tau lebih lanjut bolehlah ke Ventedoy.

Memang tak dinafikan industri pengiklanan di internet memang lumayan. Google jadi top company di US pun kerana perniagaan iklan adwords dan adsense nya yang betul-betul meletup.

Akhir kata saya ingin ucapkan selamat menghayati AidilAdha dan selamat menyambut tahun baru dengan azam dan semangat baru!

Celcom 3G activated

Hari ni 3G Card dah sampai. Lewat seminggu dari HP notebook yang diterima pada Selasa lepas yang dibeli dengan Celcom 3G + HP promo. So lepas ni tak perlu guna handphone untuk connect 3G. Dah dapat kurangkan masalah bateri handphone cepat habis..

Celcom 3G coverage nampaknya lebih luas. Dari segi stability tak tau lagi macam mana. Baru je dapat connect lepas set up 3G card dengan notebook.

Teknologi 3G masih muda jadi tak dapat nak lawan dengan streamyx. Oklah kalau nak guna bila on the move.

RM5000 online transaction

Bukan saya yang dapat RM5k tapi buat belian terbesar RM5k secara online – melalui internet dan telefon. Sebelum ini belian terbesar USD197 iaitu beli Xsitepro. Tu belum kira monthly payment macam adwords, aweber, hosting dsb yang kalau nak kira-kira semua pun lebih RMxxxx.
Jadi tak mustahil untuk anda mendapat transaksi RMxxx di internet bukan? Belum cuba belum tahu.

Notebook HP yang dibeli dengan HP + Celcom 3G promo dah dapat. Jadi sekarang baru lah ada masa nak setup semua aplikasi penting dan transfer semua data dari notebook lama.

Ada beberapa features menarik kat notebook ni yang dijangka akan lebih membuatkan kerja lebih efisen + efektif (ada beza tau efisen dan efektif. Kalau nak tau baca balik report The Death of IM).
Sebenarnya dah minggu lepas dapat tapi sibuk dengan persediaan workshop 2 disember lepas. Alhamdulillah workshop berjalan lancar. Peserta yang datang begitu bersemangat sekali. Ada yang datang dari Gerik, Perak! Hari tu paling jauh datang dari Johor Bahru.

Tahniah saya ucapkan pada semua dan lepas ni mulalah sesi bimbingan untuk semua bekas peserta. Semoga anda terus bersemangat untuk mula menjana pendapatan di internet dan yang terpenting ambil tindakan.

[tags]hp notebook, celcom 3G, bengkel laman web, duit internet[/tags]

Ketupat dan open house raya

Tadi saya tengok2 stats dalam awstats. Pergi ke bahagian keywords dan tengok sesuatu yang agak mencuit hati. So nak share dengan anda.

Antara keyword yang orang cari dan sampai ke blog ni ialah tentang ketupat. Oh, rasa-rasanya mesti orang ni nak buat open house kot.

Demam open house belum berakhir lagi. Lepas ni demam cuti sekolah pula. Kalau nak ikutkan takkan habis.

Bulan 12 ni bulan yang sibuk untuk saya settlekan benda yang belum settle dan akan adakan satu lagi workshop terakhir untuk tahun ini (mulanya cadang nak buat tahun depan tapi ramai dah dok tanya dan register waiting list).

Ada sesiapa yang pakar buat ketupat? Haa.. ni peluang untuk anda jual video tutorial untuk buat website menjelang raya tahun depan pulak! Jom pergi workshop dan mula buat perniagaan secara online

Lebih 28,000 dalam masa 120 hari!

Jika anda selalu melayari internet, tentu anda masih ingat dengan nama Gobala Krishnan yang sinonim dengan ebook keluarannya bertajuk chapter-m.

Sekarang beliau hendak mendedahkan rahsia bagaimana caranya beliau menjana lebih RM28,000 dalam masa 120 hari sahaja. Itu pun kalau anda ingin tahu 🙂

Yang lebih baik ialah anda boleh mempelajari teknik yang digunakannya secara percuma sahaja sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan rakyat Malaysia..

Dapatkan percuma sekarang

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua penganut agama Islam. Harap belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya dan mohon kemaafan kalau ada salah silap saya selama ini.

Baru je balik dari kampung. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan pulang dan kali ini banyak kenangan yang dapat dikenang 🙂

Antaranya ialah kursus belajar membuat lemang, ketupat dan sate.. Ni gambar-gambar yang sempat dirakam..


lemang


ketupat


sate

Ni pulak model utama untuk hari raya 🙂 Anak ke-2 saya

Selepas raya ini mungkin akan berlaku beberapa perubahan dan kebanyakan masa akan dihabiskan untuk menjalankan perancangan yang telah diatur.

Walaubagaimanapun masa akan tetap diiperuntukkan untuk menulis bagi berkongsi dengan pembaca.

Jadikan bulan Syawal satu permulaan untuk anda lakukan perkara yang anda ingini. Semoga mendapat berkat dan berjaya! All the best!