E-book SEO dari Google. Siapa nak beli?

Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet mesti pernah dan akan mendengar tentang SEO dan SEM iaitu Searh Engine Optimization/Marketing.

Google ada mengeluarkan satu “e-book” tentang SEO. Teknik terbaik untuk memenuhi kehendak GoogleBot iaitu ‘robot’ yang akan melawat laman web kita dan membawa balik info tertentu. Adakah anda berminat untuk tahu apa yang terkandung dalam e-book tersebut?

Ini sebenarnya bukanlah satu e-book. Lebih kepada panduan (guide) dan “good practice” yang disarankan oleh Google selari dengan apa yang mereka inginkan dari sesuatu website.

Panduan ini juga tidak dijual (Fuhh.. lega.. ) dan boleh didapati percuma di blog rasmi Google Webmaster Central. Di sana anda boleh download Google SEO Starter Guide tersebut dan ikut panduan yan diberikan.

Antara perkara yang disentuh dalam panduan tersebut ialah

  • on-page optimization -page title, description meta tags, heading, image description
  • structure URL and navigation
  • anchor text for link back
  • robots.txt
  • cara promosi website yang betul
  • peralatan (tool) dan sumber rujukan berguna lain

Lebih 65% orang hanya melihat muka surat pertama sahaja dalam keputusan search engine. Kalau anda berada ditempat teratas muka surat kedua pun amat jauh bezanya jika anda berada ditempat terbawah muka surat pertama.

Jadi jangan lepaskan peluang mempromosikan laman web anda secara percuma di search engine dan mendapatkan pelawat yang berkualiti dengan mudah.

2 thoughts on “E-book SEO dari Google. Siapa nak beli?

Leave a Reply to murshidism Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *