Nak naikkan sesuatu laman web? Buat dua perkara ni

Baiklah hari ni saya nak ulas sedikit tentang 2 parkara terpenting yang perlu dilakukan sebolehnya HARI-HARI oleh internet marketer yang telah dibentangkan oleh Allan Gardyne dari associateprograms.com dalam newsletter beliau tak lama dulu.

Apakah 2 perkara tersebut? Saya pun buat benda itu tetapi tak pernah terfikir ia adalah lebih mudah bila kita mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Jadi, apakah 2 perkara tersebut? Hehe.. tanya lagi. Inilah dia 2 perkara tersebut..

1. Add content

Tambah content untuk website atau blog anda seboleh-bolehnya setiap hari. Untuk mencapai ratusan atau ribuan mukasurat, anda perlu lakukannya dengan konsisten.

Setelah anda mencapai satu tahap, anda akan nampak hasilnya. Trafik akan datang dari pelbagai sumber juga secara konsisten.

2. Add link

Dapatkan link ke laman web anda. Setiap hari cuba cari tempat untuk menambah link ke laman web anda. Sama ada di laman web orang lain, laman web anda sendiri atau di web directory, di blog orang lain dsb.

Sebaik-baiknya link dari website yang mempunyai kaitan dengan laman web anda.

Oppss.. sebenarnya yang penting ada dua, tapi untuk kesan yang lebih lebih baik , tambah lagi satu perkara iaitu

>> Capture email address

Yang ni kena gunakan reliable autoresponder service seperti aweber.com atau getresponse.com

OK. harap topik ni tak berat tapi berguna dan anda boleh terus lakukannya dan jadikan sebagai habit. Selamat berjaya.

2 thoughts on “Nak naikkan sesuatu laman web? Buat dua perkara ni

  1. azwan

    Yep betul, perlukan usaha yang konsisten. Contohnya seminggu tambah 2 artikel baru dan add 5 link dari website lain..

Comments are closed.