Pemasaran tiang lampu..

Dah lama tak update blog. Betul-betul sibuk selepas menganjurkan workshop pertama laman web perniagaan. Dalam workshop tersebut sempat saya kongsikan teknik mengkaji pasaran, pemasaran dan jualan berkesan di internet, membina laman web perniagaan dan sedikit tentang affiliate dan adsense.

Yang menariknya saya sedang merancangkan program berterusan untuk melihat kejayaan peserta-peserta workshop ini termasuk bimbingan email, tips melalui list, forum tertutup dsb.

Workshop ke-2 akan di adakan tak lama lagi insyaAllah pada 16 September 2006. Pengumuman tarikh akan dibuat setelah beberapa arrangement selesai dengan beberapa pihak.

Haa.. berbalik kepada tajuk posting kali ni. “Pemasaran tiang lampu”.. hehehe. Apa yang pertama akan anda fikirkan? Orang jual tiang lampu? TNB?

Begini ceritanya, saya sekarang dalam proses untuk pindah ke pinggir bandar (bukan pedalaman ye). Inilah kelebihan perniagaan di internet, anda boleh melakukannya di mana saja asalkan ada komputer dan internet.

Macam biasa, kalau nak pindah kena la kita cari lori untuk disewa. Nak angkut barang-barang untuk berpindah. Di mana nak cari lori sewa? Siapa tau angkat tangan..

Perkara pertama yang saya fikir ialah di tiang lampu dan batang pokok. Biasakah anda melihat “LORI SEWA 01X-XXXXXX” tergantung di tiang-tiang lampu dan pokok? Adakah pemasaran cara ini berkesan? Bagi saya, ya (untuk lori sewa lah)

Baiklah apa yang saya ingin ‘relate’ kan di sini ialah terdapat jenis pemasaran yang berkesan untuk produk atau servis tertentu. Adakah anda telah mendapatkan teknik pemasaran berkesan untuk produk anda?

Adakah dengan cara affiliate atau classifieds atau SEO atau viral marketing atau blog atau…? Ini berlaku kepada beberapa produk/servis yang saya berikan secara online. Ada sesetengah sesuai menggunakan teknik A tetapi tidak sesuai langsung bagi produk/servis lain.

Hmm… sekarang saya tengah membuat analisa lanjut tentang pemasaran bersesuaian dengan produk dan servis secara online. Tunggu laporan akan datang insyaAllah.

Lepas ni kenalah guna 3G/GPRS (unlimited data package) untuk akses internet sementara tunggu line Telekom masuk dan dapat register streamyx.

8 thoughts on “Pemasaran tiang lampu..

  1. azwan

    yep md pai. idup kat sini lain sket dari dok kat cheras 🙂 bukan jauh sgt dr kl pun. kat rawang je.. hehe

    sewa rumah murah cuma skrang net guna gprs/edge slow sket la sementara tunggu streamyx

  2. mdpai

    sy yang kat sini pun, cuma pakai line 3G je..walaupun mhl, 70 euro (RM330) sebulan, namun sy gagahkan jugak untuk beli..hehe

  3. aliff omar

    streamyx dah register line telekom pun dah masuk wan tapi aku tension dah seminggu lebih tak boleh nak online..abis tertangguh keja!! last guna direct line 1315 terus boleh…hidup kena kreatif sikit…sikit ke banyak??

Comments are closed.