Tag Archives: proaktif

Perkara sama perspektif berbeza

Ada sebuah gelas. Air dituangkan ke dalamnya sehingga separuh penuh. Adakah gelas itu separuh penuh? Atau separuh kosong? Kedua-duanya betul. Perkara yang sama tetapi perspektif berbeza.

Perspektif ini adalah perkara yang penting. Ia melibatkan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian. Bila kita menghadapi masalah, adakah kita akan mengeluh kerana masalah itu menimpa kita atau kita akan rasa itu ada peluang untuk kita belajar perkara baru dan jadi lebih kuat.

Ada juga satu cerita tentang sebuah kilang kasut. Ia menghantar seorang pekerja untuk membuat kajian pasaran di India tentang potensi untuk menjual kasut di sana. Selepas beberapa hari pekerja tersebut pulang dan memberitahu mereka tiada peluang kerana semua orang di sana tidak memakai kasut. Continue reading