Saya lihat masih ramai yang berniaga di internet menggunakan blogspot. Tak salah menggunakan blogspot kerana ia mudah dan percuma. Tetapi bagaimana pula dengan domain .blogspot.com tersebut?
Ia nampak agak kurang profesional dan domain tersebut boleh dirampas (di banned atau servis terhenti) bila-bila masa saja oleh blogspot.
Satu alternatif yang mudah dan murah tetapi sangat praktikal ialah membeli domain anda sendiri (domainanda.com) diwaktu yang sama masih menggunakan blogspot.com.
Haa.. kan lebih cun kalau ada .com sendiri? Lebih profesional dan jika berlaku apa-apa dengan blogspot anda masih memegang nama .com anda. Kalau nak pindah guna wordpress atau hosting sendiri pun boleh gunakan nama yang sama.
Bagaimana nak register .com anda sendiri untuk blogspot.com?
1. Semak nama domain yang anda kehendaki sama ada masih ada atau tidak
2. Jika sudah dapat nama. Buat pembayaran RM35 (harga domain setahun) dan pendaftaran
** Penting – pastikan anda masukkan alamat blogspot anda di bahagian “nota lain (jika ada)”
3. Ubah sedikit setting anda dalam blogspot (akan diberikan dalam email selepas pendaftaran)
Dah siap. Anda mempunyai .com domain sendiri tetapi masih menggunakan blogspot yang percuma dan sangat mudah digunakan itu.
I am using custom domain for blogger. Some said that it is not SEO friendly, yet I disagree.
salam;
domain.com milik sendiri memang banyak kelebihan di samping harganya yang murah dengan berbagai pilihan harga.
setuju bro… saya uda pake domain.com dari asal nya blogspot.com…
saya juga setuju… setelah bertungkus-lumus bina trafik sendiri, jangan biar hasil usaha selama nie tumpas angkara nak jimat RM35 tuu…
saya baru cuba personal domain for blogspot, karna my blog masih new, not yet tahu perbezaannya.