Monthly Archives: August 2009

Anda ada banyak akaun twitter?

Twitter yang digunakan sebagai microblogging makin diterima ramai. Ramai pengusaha perniagaan juga telah mula menggunakan twitter sebagai satu lagi medium pemasaran.

Apa yang berlaku ialah jika anda mempunyai banyak akaun twitter, anda perlu login dan logout ke akaun yang berlainan untuk menghantar ‘tweet’.

Ini akan menyukarkan kerja anda. 2 akaun pun dah cukup menyusahkan. Inikan pula jika anda mempunya 5 akaun twitter untuk 5 perniagaan yang berlainan.

Lama-lama akaun twitter anda tak aktif kerana susah untuk anda membuat posting. Continue reading

Belajar ilmu internet

Sekarang saya sedang sibuk ‘set up’ satu pusat pendidikan untuk perkongsian tentang ilmu internet dan teknologi maklumat.

Satu laman web telah dibuat dan dinamakan kelasInternet.com. Saya dan beberapa lagi rakan sedang sibuk membuat persiapan untuk syllabus kursus yang akan diadakan.

Kursus tertumpu kepada perkongsian tentang perkara teknikal dan perkara penting yang selalu menjadi rintangan dalam memulakan sesuatu perniagaan atau aktiviti lain di internet.

Jika anda berminat untuk belajar bolehlah subscribe newsletter kelasInternet.com. Tips percuma dan update terkini akan dihantar terus ke email anda.

KelasInternet.com terhasil daripada langkah pertama yang saya buat pada tahun 2006.  Apakah langkah pertama anda selepas ini?

Blog atau website?

Nak buat blog ke website? Mana satu pilihan anda? Dan kenapa?

Blog dah jadi satu trend sekarang. Semua orang ada blog dan banyak pula orang ‘claim’ yang blog boleh buat duit. Tak kisah lah dalam buku ke, ebook ke, blog, website, kawan cerita dan sebagainya.

Sebenarnya kewujudan blog dan website ni ada kekuatan/kelemahan masing-masing.

Mengikut pengalaman saya sendiri, pendapatan dari internet yang saya perolehi lebih 90% daripada website (secara terus). Bukan blog. Continue reading