Tag Archives: credit card

Payment gateway di Malaysia

Jika anda ada buat perniagan internet, ada beberapa cara untuk anda dapatkan bayaran dari pelanggan.

1. Menggunakan bayaran terus ke akaun bank anda (bank transfer contoh seperti maybank2u, cash deposit machine)

2. Menggunakan payment gateway (boleh menerima kad kredit dan beberapa cara bayaran lain)

Payment gateway yang terdapat di Malaysia seperti berikut

  1. ipay88.com (daftar rm488 sekali, 4% setiap transaksi)
  2. MOLPay (sebelum ni NBePay)
  3. senangpay
  4. billplz (cuma MEPS. RM1.50 setiap transaksi)
  5. webcash.com.my (2% setiap transaksi)

Manakalah payment gateway popular lain adalah seperti

  1. paypal.com
  2. 2checkout.com
Buat masa ni saya mempunyai pengalaman menerima bayaran melalui ipay88 dan paypal sahaja. Yang lain masih belum cuba. Mungkin ada yang dah cuba ingin berkongsi pengalaman.

Duit percuma menggunakan kad kredit

Tahukah anda yang anda boleh menggunakan duit percuma dengan kad kredit selama sehingga 50 hari tanpa dikenakan sebarang caj?

Cara ini adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang. Dengan cara ini anda boleh meminjam wang dari kad kredit untuk digunakan dan dipulangkan secara penuh selepas 50 hari.

Ini sangat berguna bagi perniagaan. Anda membeli dengan kad kredit, selepas 50 hari barulah pembayaran penuh dilakukan. Anda boleh mendapat bayaran dari pelanggan dalam tempoh tersebut sekali dengan keuntungan! Tanpa mengeluarkan duit sendiri.

Begini caranya. Rujuk rajah di bawah. Continue reading

Kenapa kad debit tak best.

Masih ingat dulu masa kecoh-kecoh pasal debit card yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan. Kononnya dengan debit card, kewangan anda akan lebih terancang dan anda tak akan berhutang. Katanya anda telah membuat pilihan yang lebih bijak! Tapi bank tetap nak “push” kad kredit berbanding kad debit. Hehe

Saya cuba guna kad debit untuk beberapa kali dan boleh tahan sekejap je. Jadi saya simpulkan kad debit masih tak praktikal sampai sekarang.

Ada 2 jenis kad debit. Pertama yang kita kena “top up” duit dalam tu. Kedua, yang link terus ke akaun bank kita.

Berikut ialah beberapa sebab saya kata kad debit tak best (pendapat peribadi). Continue reading