Tag Archives: analytics

5 sebab anda perlu guna Google Analytics

analytics

Sekarang saya sibuk menambah Google Analytics kepada semua website yang saya ada. Dari yang paling banyak trafik kepada yang paling kurang trafik. Pada mulanya saya tak mahu menukarnya memandangkan statistik dalam awstat/cpanel sudah memadai.

Bila baru-baru ini saya tinjau kembali ke Google Analytics, beberapa feature menarik saya temui menyebabkan saya rasa perlu menambahnya ke dalam semua website popular yang saya ada.

Antara sebabnya ialah

1. Semua statistik – satu tempat

Anda tak perlu log masuk ke cpanel yang berlainan untuk melihat statistik laman web yang berlainan.

2. Paparan dalam bentuk “line graph” dan “pie chart” yang lebih membawa erti

3. Analisis yang lebih mendalam untuk anda perbaiki kelemahan yang ada dengan mengkaji ‘trend’ dan ‘behavior’ pelawat anda.

– di Malaysia, orang dari bandar/negeri mana paling banyak ke laman web anda?
– ramai guna IE ke Firefox? (penting untuk script/browser compatible)
– berapa ramai yang menggunakan resolution screen kurang dari 102x x 768 (penting untuk design)
– berapa orang yang masuk dan terus keluar tanpa sempat melawat-lawat page lain dalam laman web anda (bounce rate)
– berapa purata page yang dilawati oleh seorang pelawat?
– banyak lagi..

4. Anda boleh mengukur kejayaan anda secara automatik dengan adanya fungsi “goals”

– berapa ramai pelawat yang download ebook percuma anda?
– berapa ramai yang telah membuat bayaran?
– berapa ramai yang telah …. (anda tentukan) ?

5. Kebolehan integrate dengan adwords/adsense dan benchmark dengan site dalam industri yang sama.

Ni saya belum cuba lagi tetapi nampak macam menarik. So anda pun saya cadangkan untuk mula menggunakan Google Analytics dan lihat setakat mana ia mampu mengembangkan potensi laman web anda. Selamat mencuba..