Tag Archives: blog

Kenapa masih guna domain blogspot.com kalau anda boleh guna .com sendiri?

Saya lihat masih ramai yang berniaga di internet menggunakan blogspot. Tak salah menggunakan blogspot kerana ia mudah dan percuma. Tetapi bagaimana pula dengan domain .blogspot.com tersebut?

Ia nampak agak kurang profesional dan domain tersebut boleh dirampas (di banned atau servis terhenti) bila-bila masa saja oleh blogspot.

Satu alternatif yang mudah dan murah tetapi sangat praktikal ialah membeli domain anda sendiri (domainanda.com) diwaktu yang sama masih menggunakan blogspot.com.

Haa.. kan lebih cun kalau ada .com sendiri? Lebih profesional dan jika berlaku apa-apa dengan blogspot anda masih memegang nama .com anda. Kalau nak pindah guna wordpress atau hosting sendiri pun boleh gunakan nama yang sama.

Bagaimana nak register .com anda sendiri untuk blogspot.com?

Continue reading

Blog atau website?

Nak buat blog ke website? Mana satu pilihan anda? Dan kenapa?

Blog dah jadi satu trend sekarang. Semua orang ada blog dan banyak pula orang ‘claim’ yang blog boleh buat duit. Tak kisah lah dalam buku ke, ebook ke, blog, website, kawan cerita dan sebagainya.

Sebenarnya kewujudan blog dan website ni ada kekuatan/kelemahan masing-masing.

Mengikut pengalaman saya sendiri, pendapatan dari internet yang saya perolehi lebih 90% daripada website (secara terus). Bukan blog. Continue reading

Kalau saya tak blog, saya micro blog..

twitterBanyak perkara yang ingin kongsikan dengan pembaca, cuma saya tak ada masa untuk duduk meluangkan masa dan mengarang dengan panjang lebar tentang sesuatu perkara.

Terima kasih kepada twitter kerana menyelamatkan keadaan. Sekarang saya boleh micro blog banyak kali sehari dan banyak yang saya boleh kongsikan dengan anda semua.

Join twitter.com dan jangan lupa ‘follow’ saya di twitter.com/azwandotnet. Twitter updates saya juga telah dimasukkan dalam blog ini dibahagian kanan paling atas untuk anda lihat tentang penemuan dan perkongsian terkini.

Selamat ber blog dan ber micro blog!

Update: Untuk masukkan twitter update ke dalam blog, anda boleh gunakan code yang disediakan dalam http://twitter.com/widgets. Dapatkan code dan paste ke sidebar (lebih mudah gunakan text widget dalam wordpress).

p/s: Apa kata share kan twitter anda dalam ruangan comment?

5 sebab anda perlu guna Google Analytics

analytics

Sekarang saya sibuk menambah Google Analytics kepada semua website yang saya ada. Dari yang paling banyak trafik kepada yang paling kurang trafik. Pada mulanya saya tak mahu menukarnya memandangkan statistik dalam awstat/cpanel sudah memadai.

Bila baru-baru ini saya tinjau kembali ke Google Analytics, beberapa feature menarik saya temui menyebabkan saya rasa perlu menambahnya ke dalam semua website popular yang saya ada.

Antara sebabnya ialah

1. Semua statistik – satu tempat

Anda tak perlu log masuk ke cpanel yang berlainan untuk melihat statistik laman web yang berlainan.

2. Paparan dalam bentuk “line graph” dan “pie chart” yang lebih membawa erti

3. Analisis yang lebih mendalam untuk anda perbaiki kelemahan yang ada dengan mengkaji ‘trend’ dan ‘behavior’ pelawat anda.

– di Malaysia, orang dari bandar/negeri mana paling banyak ke laman web anda?
– ramai guna IE ke Firefox? (penting untuk script/browser compatible)
– berapa ramai yang menggunakan resolution screen kurang dari 102x x 768 (penting untuk design)
– berapa orang yang masuk dan terus keluar tanpa sempat melawat-lawat page lain dalam laman web anda (bounce rate)
– berapa purata page yang dilawati oleh seorang pelawat?
– banyak lagi..

4. Anda boleh mengukur kejayaan anda secara automatik dengan adanya fungsi “goals”

– berapa ramai pelawat yang download ebook percuma anda?
– berapa ramai yang telah membuat bayaran?
– berapa ramai yang telah …. (anda tentukan) ?

5. Kebolehan integrate dengan adwords/adsense dan benchmark dengan site dalam industri yang sama.

Ni saya belum cuba lagi tetapi nampak macam menarik. So anda pun saya cadangkan untuk mula menggunakan Google Analytics dan lihat setakat mana ia mampu mengembangkan potensi laman web anda. Selamat mencuba..

Dah upgrade WordPress 2.7?

Malam ni saja tengok-tengok cpanel hosting kot-kot ada upgrade untuk wordpress 2.7 dalam Fantastico. Sekali memang ada betul.

Sebelum ni adalah tengok sikit preview tentang wordpress 2.7 ni tapi tak ada sangat features yang betul-betul ada ‘wow’ factor.

Antara kelainan yang ketara

  1. Navigation bar sebelah kiri ala-ala maybank2u lama dulu. Boleh expand and collapse
  2. Kebanyakan box untuk functions (di dashboard dan posting page) boleh drag and drop. So boleh letakkan box penting dekat atas
  3. Beberapa plug-in dah diserap sebagai fungsi asas contohnya seperti sticky post
  4. Banyak editing function dah gunakan AJAX. Tak perlu nak refresh page. Terus boleh buat editing atas page yang sama.

Mungkin belum habis explore lagi. Features lain yang ada adalah seperti berikut.

Add media without creating post
Bulk editing of posts
Upgrades and installs over secure FTP
HTTPOnly Cookies
Plugin browser/installer
Comment reply from admin
Drag and drop on dashboard and post screen
Sticky posts
Navigation expand/collapse in two directions
Inline PHPdoc documentation
Quick Edit inline editing
New design/layout
Shortcuts menu
XMLRPC Comments API
Comment threading and paging
Revised Dashboard
API additions
QuickPress
Automatic upgrade
Screen Options to hide/show modules/columns on screens

Jadi, kepada yang dah update, apa feature baru yang anda paling suka?

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan..

Baru je settle remove blog lama, install blog baru, masukkan posting lama dan membetulkan configuration asas wordpress ni. So lepas ni adalah kerja-kerja lain kena buat macam cari theme baru, masukkan plugin baru dan sebagainya.

Entah macam mana blog lama dulu tak boleh upgrade to latest wordpress. Jadi buatlah research macam mana cara termudah. Ingat nak transfer data dari database ke database tapi tengok-tengok structure database pun dah lain.

So gunalah satu plug-in namanya wp xml migrate yang boleh export semua posting dan comments jadi xml (wp xsr file) dan import dari blog wordpress version baru.

Lepas ni boleh lah aktif berblog dan kemungkinan besar semua posting dalam ni akan diubah ke BM dan posting BI akan dimasukkan dalam blog lain (untuk global market) kerana kebanyakan yang baca blog ni orang Melayu Malaysia.

Selamat berpuasa, bersahur, bertarawih, beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ni..