Category Archives: General

Biodata Nabi Muhammad s.a.w.

Sempena menyambut maulidurrasul pada tahun ini, saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita lebih mengenali seterusnya mencintai baginda bersungguh-sungguh.

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
Nota: Kandungan di atas diambil dari website lain. Ia terdapat di banyak website di internet tetapi tidak diketahui penulis asal. Harap ia bermanfaat dan jika terdapat kesalahan, harap maklumkan.

Cara deactivate voicemail

Voicemail atau peti simpanan suara di Malaysia sangat jarang digunakan atau memang langsung tak berguna.

Setiap kali kita hubungi seseorang dan termasuk dalam voicemail recorder, kita terpaksa membayar walaupun tidak bercakap.

Berikut senarai cara untuk deactivate voicemail mengikut telco. Tetapi tak dapat dipastikan keberkesanan.

  1. Maxis – ##109# (no longer working)
  2. Digi – *128#, pilih mobile service, voice mail & deactivate.
  3. Celcom – ##002#

Atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan (customer service)

  1. Celcom – Dial 1111
  2. Maxis – Dial 123
  3. Digi – Dial 13131
  4. RedOne- Dial 1909
  5. U Mobile- Dial 1318

 

Interbank Funds Transfer – Berapa hari clear?

Dulu saya ada buat posting tentang fund availability untuk interbank fund transfer atau bila orang akan dapat duit bila kita buat interbank funds transfer (pemindahan wang berlainan bank)

Terbaru rata-rata bank mengikut jadual seperti di bawah.

1. Jika fund transfer dibuat pada hari bekerja

Masa Transfer Masa Terima
sebelum 5 pagi  11 pagi
5-8 pagi  2 petang
8-11 pagi  5 petang
11 pagi-2 petang  8 malam
2-5 petang  11 malam
selepas 5 petang  11 pagi (hari bekerja berikutnya)

2. Jika fund transfer dibuat pada hari tidak bekerja (cuti hujung minggu dan cuti am)
– tidak kira pukul berapa akan dapat pada pukul 11 pagi hari bekerja berikutnya.

* Jadual di atas untuk Interbank IBG transfer sahaja. Tidak terpakai untuk Instant Transfer yang akan terus dapat bila transfer tetapi kos lebih tinggi dalam 50sen ke RM2 bergantung kepada bank.

* Hari bekerja dan cuti am biasanya mengikut tetapan Wilayah Persekutuan.

Nota: Oleh kerana terlalu banyak komen bertanya tentang bila nak clear walaupun telah terang-terang dinyatakan di atas, jadi saya off comment untuk post ini. Sila cek betul2 jadual yang diberikan di atas ya. Terima kasih.

Dah hampir setengah tahun!

Ya memang betul. Dah hampir setengah tahun blog ni tak di update. Saya telah dengan jayanya menganak tirikan blog ini. Kesian dia 🙂

Selama saya tak update blog ini, saya masih lagi berkongsi ilmu melalui medium lain.

Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke-7 hari ni (peh dah 7 tahun rupanya kawen dan dianugerahkan 4 cahaya mata Alhamdulillah), harap diberi kekuatan untuk saya terus berkongsi ilmu pengetahuan untuk manfaat ramai.

Kebanyakan perkongsian saya berkisar tentang internet, perniagaan dan kewangan. Anda juga boleh subscribe mailing list saya di pendapatantambahan.com. Semoga mendapat manfaat.

Satu website besar atau banyak website kecil?

Website yang boleh buat duit di internet dikenali sebagai VRE (virtual real estate). Ada nilai website yang meningkat dengan ketara dan ada pula yang meningkat dengan perlahan.

Cara untuk mengukur peningkatan nilai website pula boleh dibuat dengan melihat pada

1. Jumlah pelawat yang berkunjung

2. Duit yang boleh dihasilkan

Adakah dengan membuat website ‘kecil’ yang banyak akan menghasilkan pendapatan yang tinggi? Atau dengan mempunyai satu website yang ‘besar’ dengan beribu mukasurat (pages) lebih baik? Continue reading

Website paling popular di Malaysia

Pernahkah anda tertanya-tanya website apakah yang paling popular di Malaysia? Mungkin susah nak cari jawapan yang betul-betul pasti, tetapi Alexa ada jawapannya. Paling tidak memberi sedikit gambaran tentang ranking website di Malaysia.

Tahukah anda kebanyakan website yang terdapat dalam senarai 100 teratas ialah website popular yang BUKAN dari Malaysia seperti google, facebook, microsoft, wordpress dan sebagainya.

Jadi website apakah yang memang berasal dari Malaysia? Lihat ranking yang saya senaraikan berikut (nombor rank disebelah kiri) Continue reading

Aweber with new price structure?

I used aweber for my email marketing for quite some time now. I paid the subscription fee every 3 months (quarterly) deducted automatically from my credit card.

But recently I checked aweber website and found that the price has been restructured. Previously they charged about USD19/mo for first 10,000 subscribers just bit higher compared to getresponse.

But now the price is USD19/mo just for 500 subscriber!

Maybe I missed some important announcement from them with the justification of the new price introduced. I’ve sent an email to the support asking if the existing member would be charged following the new price structure or retain the same old price.

So after this maybe I need to subscribe for getresponse and do some review to promote it instead of aweber that I’ve been promoting for so long.