Dulu saya ada buat posting tentang fund availability untuk interbank fund transfer atau bila orang akan dapat duit bila kita buat interbank funds transfer (pemindahan wang berlainan bank)
Terbaru rata-rata bank mengikut jadual seperti di bawah.
1. Jika fund transfer dibuat pada hari bekerja
Masa Transfer | Masa Terima |
sebelum 5 pagi | 11 pagi |
5-8 pagi | 2 petang |
8-11 pagi | 5 petang |
11 pagi-2 petang | 8 malam |
2-5 petang | 11 malam |
selepas 5 petang | 11 pagi (hari bekerja berikutnya) |
2. Jika fund transfer dibuat pada hari tidak bekerja (cuti hujung minggu dan cuti am)
– tidak kira pukul berapa akan dapat pada pukul 11 pagi hari bekerja berikutnya.
* Jadual di atas untuk Interbank IBG transfer sahaja. Tidak terpakai untuk Instant Transfer yang akan terus dapat bila transfer tetapi kos lebih tinggi dalam 50sen ke RM2 bergantung kepada bank.
* Hari bekerja dan cuti am biasanya mengikut tetapan Wilayah Persekutuan.
Nota: Oleh kerana terlalu banyak komen bertanya tentang bila nak clear walaupun telah terang-terang dinyatakan di atas, jadi saya off comment untuk post ini. Sila cek betul2 jadual yang diberikan di atas ya. Terima kasih.