Author Archives: admin

Tingkatkan Adsense CTR dengan iklan Adsense yang tepat

Salah satu cara untuk dapatkan CTR (click through rate) yang tinggi bagi adsense ialah dengan mendapatkan iklan adsense yang tepat dan betul-betul kena dengan kandungan laman web anda.

Cara untuk kita ‘control’ iklan apa yang akan keluar ialah dengan menggunakan keyword yang kita mahukan.

Tetapkan keyword terlebih dahulu dan gunakan SEO technique untuk target iklan yang akan dikeluarkan oleh Google Adsense.

Maknanya, gunakan keyword tu dalam file name, page title, H1, H2, bold, italic dan juga ulang keyword dalam content 3-5 kali dalam 100 perkataan.

Anda akan mendapat iklan adsense yang lebih tepat dan ini akan meningkatkan lagi CTR untuk page tersebut.

Keyword is everything. Kadang2 saya pun terlupa nak implement benda ni.

[tags]adsense tips, panduan adsense[/tags]

Makan gaji vs Berniaga

Tengah duduk2 terfikir pula, kalau duduk saja camne duit nak masuk (ada jugak la masuk. hehe) tapi kalau kerja lebih lagi banyak masuk.

Bila makan gaji, kalau duduk saja dan buat kerja sikit2 pun hujung bulan tetap dapat gaji (ini gaji buta namanya). Ia lebih kepada time oriented. Kira berapa jam kita kerja. Tak cukup jam, tolak cuti atau tolak gaji.

Tapi ada juga kerja yang pentingkan deliverable mengikut scope yang ditentukan. Kalau dah banyak kali tak deliver, faham2 je la.

Kalau berniaga atau buat sales lebih kepada result oriented. Kalau tak dapat jualan maknanya tak dapat pendapatan atau komisen.

Dalam perniagaan kenalah bekerja secara bijak bukan kerja keras semata-mata. Jika cukup leverage, kerja yang sukar pun boleh jadi mudah. Kerja yang sikit pun boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

Sebab tu ada orang iklankan – tak perlu menjual tak perlu menaja, duduk saja dapat duit. hehehe

Seperti yang diceritakan dalam buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki, kita perlu bijak menggunakan OPM dan OPT iaitu other people’s money and other people’s time (bayar gaji untuk dapat masa lebih 24 jam sehari)

Dalam perniagaan internet ada lagi satu OPT iaitu other people’s traffic ๐Ÿ™‚ Kalau kita tak dapat top rank di search engine, iklankan produk kita di website yang mendapat top rank di search engine. Itu cara mudah untuk menggunakan OPT untuk mendapatkan lebih ramai prospek.

Tu je tips yang saya nak kongsikan, tapi cuba anda buat kalau nak tau keberkesanannya..

[tags]pemasaran internet, perniagaan internet, makan gaji, perniagaan[/tags]

E-book Panduan pemasaran di internet telah dilancarkan.

Masa yang ditunggu akhirnya telah tiba. E-book pertama siripanduan.com telah selamat dilancarkan pada hari ini 12 Februari 2007. Akan disusuli oleh beberapa panduan lain kelak.

Untuk 15 orang terawal menghantar testimoni, anda layak mendapat rebat 50% dari harga buku. Jadi sebenarnya anda cuma membayar separuh saja dari harga e-book tersebut disamping mempromosikan URL anda!

Maklumat lanjut tentang panduan pemasaran di internet

Workshop laman web perniagaan selesai

Setelah beberapa hari membuat persiapan untuk workshop kali ke-4 akhirnya ia telah selesai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Syllabus baru pun nampak lebih mendatangkan kesan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan teruskan berkomunikasi walaupun workshop dah berakhir. Terima kasih juga atas feedback dan testimoni yang diberi. Saya akan terus revise syllabus untuk memberi yang terbaik kepada peserta dimasa akan datang.

Di atas ialah gambar peserta sedang mengikuti workshop hands-on yang diadakan dengan kemudahan lengkap dan serba baru di MMU, Cyberjaya. Ada yang datang dari Kelantan dan Penang. Harap anda pulang dengan azam baru dan ilmu yang lebih untuk bermula.

Ramai juga sebenarnya yang memang berbakat, cuma perlukan sedikit lagi guide dan usaha. InsyaAllah saya akan usahakan permintaan untuk workshop lanjutan bagi yang dah berjaya ketahap yang ditetapkan untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Rasa nak demam pun ada ni, tapi terpaksalah bertahan kerana esok ada launch e-book pemasaran di internet. Saya masih lagi update e-book tersebut selagi ada idea untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli.

Jadi orang terawal membeli dan anda akan mendapat rebet 50% dari harga e-book. Nak tau bagaimana? Anda boleh subscribe list siripanduan.com. Anda orang pertama yang akan tahu. Satu panduan ringkas baru juga hampir siap sebagai buah tangan kepada subscribers siripanduan.com nanti.

Lepas workshop sempat lagi saya duduk berbual dengan rakan perniagan saya, Azizi untuk projek seterusnya. InsyaAllah dalam bulan 3 nanti akan bermula.

Ada satu kata-kata yang dikongsi yang menarik perhatian saya dan saya ingin kongsikan dengan anda pula. Bila balik saya buat search di gogle dan ini ialah proverb yang dimaksudkan

“When I dream alone, it is just a dream.
When we dream together, it is the beginning of reality.
When we work together, following our dream, it is the Creation of Heaven on Earth “
–Adapted Brazilian Proverb

Walau apa pun yang anda lakukan (yang baik2 je la) saya doakan semoga anda berjaya. Teruskan belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal..

Psst. jangan lupa jenguk siripanduan.com

Akan dilancarkan – E-book Panduan Pemasaran di Internet

Dah beberapa bulan e-book “Panduan pemasaran di internet” ni terperap dalam hard disk notebook saya ni kerana masalah dengan internet dsb. Akhirnya panduan ni dah 99% siap dan cuma tinggal pelancarannya sahaja.

Ia akan disusuli dengan beberapa siri panduan lain yang berkaitan, dalam satu laman web – siripanduan.com

Tunggu kemunculan panduan ini dalam masa terdekat. Secara tepatnya ialah pada 12 Februari 2007. Tak lama dah tu. Bangun pagi Isnin bolehlah cepat-cepat cek laman web tersebut.

Untuk makluman mengenai pelancaran dan pengumuman siri panduan berikutnya (ada juga panduan yang akan diberi percuma kepada subscribers) anda boleh melanggan newsletter siripanduan.com

Subscribers juga akan menerima preview panduan yang akan dikeluarkan dan saya mungkin akan membuka peluang untuk anda menambah pendapatan. Bagaimana? Nak tau kenalah jadi subscribers.

Beberapa orang pertama yang bertuah akan mendapat harga yang sangat istimewa dengan kemaskini percuma untuk versi baru akan datang. Kenapa? Kerana saya mahukan maklum balas dan testimonial untuk dimuatkan dalam website dan e-book tersebut.

Jadi, tunggu kemunculannya tak lama lagi di siripanduan.com

[tags]panduan pemasaran, pemasaran internet, promosi internet, strategi pemasaran[/tags]

USD1 berapa RM?

Tip ringkas. Semakin ramai yang buat bisnes di internet dan berurusan dengan USD atau matawang asing yang lain.

Untuk sesiapa yang selalu membeli mungkin sekarang lebih untung kerana matawang ringgit malaysia naik berbanding RM3.8 dahulu untuk USD1.

Sebaliknya sesiapa yang menjual produk/servis luar Malaysia atau mendapat komisen dalam USD agak kurang apabila ditukar ke ringgit sekarang ini. Ni mungkin agak terasa jika menukar wang dalam jumlah yang besar.

Bagaimana untuk menyemak tukaran matawang RM dan USD? Cara termudah ialah dengan menggunakan perkhidmatan percuma Yahoo Currency

Article Marketing

Salah satu cara pemasaran di internet ialah dengan menghantar artikel ke ‘article directory’. Tapi cara ini terlalu ‘time consuming’ dan dah lama saya tak menggunakan cara ni untuk mendapatkan traffic.

Antara kelebihannya ialah

  • Anda dapat presell apa yang kita nak jual or recommend
  • Link ke laman web kita lebih tinggi nilai kerana diletakkan dalam artikel yang mempunyai keyword berkaitan
  • Dapat masukkan link untuk dilawati oleh pembaca dan juga search engine
  • Article directory biasanya mempunyai ranking yang bagus dan ini akan memberi kesan kepada rank laman web anda.
  • Meningkatkan kredibiliti sebagai penulis atau pakar dalam bidang anda
  • Jika artikel betul-betul bagus, ia akan tersebar luas di internet dalam website lain juga

Memang ada internet marketer yang fokus menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan pelawat yang berkualiti tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira jika anda serius ingin memulakan pemasaran dengan cara ini.

Anda boleh download report percuma yang menceritakan tentang 10 penyebab article marketing anda akan gagal dan cuba hindari dari sebab2 tersebut. Di internet ‘content is king’.

[tags]pemasaran internet, promosi internet, cara promosi, artikel[/tags]

Membuat kajian pasaran di internet

Kajian pasaran penting sebelum mula membina laman web baru atau menjual produk di internet. Dengan carai ini barulah kita boleh tau apa yang orang mahukan dan mencari produk yang sesuai untuk dipromosikan.

Sejak akhir-akhir ni saya hadapi masalah untuk nak akses ke laman web overture keyword suggestion tool. Ini merupakan salah satu tool yang biasa digunakan untuk mendapat gambaran dan idea tentang apa yang biasa dicari.

Sebelum ini nichebot pun selalu menghadapi masalah. Mungkin kerana terlalu ramai pengguna yang menggunakan khidmat mereka. Maklumlah percuma ๐Ÿ™‚

Satu lagi ialah word tracker iaitu tool berbayar untuk membuat carian yang lebih mendalam. Boleh cuba trial version secara percuma. Kalau dah ada sesuatu yang betul2 untuk dicari bolehlah subscribe US8.23 sehari minimum.

Satu lagi option (yang gunakan overture dan yahoo result) ialah GoodKeywords. Ada 2 versi iaitu percuma dan berbayar. Yang berbayar pun (gold edition) boleh download dan cuba dulu. Saya pun tak download lagi gold. Akan download bila betul2 ada peluang nak buat keyword research in depth.

Dalam google adwords pun ada keyword suggestions yang akan senaraikan keyword yang dirasakan berkaitan dengan keyword asal yang kita masukkan. Ini boleh digunakan untuk membuat set of keywords dalam ‘campaign’ yang kita nak mulakan di adwords.

Ha, lagi satu ialah dengan menggunakan Google Suggest. Ini merupakan antara tool yang sedang diuji lagi dalam Google Labs. Ia akan mencadangkan keyword yang dicari berdasarkan keyword yang anda masukkan. Sambil anda taip, senarai cadangan akan ditunjukkan.

Jadi anda bolehlah cuba mana-mana keyword research/suggestion tool di atas untuk mendapatkan idea tentang pasaran sesuatu produk. Ramai tak orang demand, berapa ramai yang supply untuk menentukan ‘competition’ tinggi atau tidak.

Tool apa yang anda gunakan untuk membuat kajian pasaran?

Review Panduan Membeli Rumah – Tips Hartanah

Semalam telefon bimbit saya berbunyi. Oh panggilan dari rakan saya yang juga rakan perniagaan internet saya. Kami menjalankan servis design untuk pasaran global. Masih diperingkat permulaan.

Dia bertanya “Wan, e-book tipshartanah ok tak?”. Jawab saya “Hmm. Memang detail, complete jugaklah”. “Aku nak beli rumah ni. Dah dapat kat area Kinrara, tapi nak baca-baca dululah sebab tak pernah beli rumah lagi. Tu la nak tanya pasal ebook tu. Kalau ok aku nak beli”.

Satu yang saya respek rakan saya ni dia akan membeli yang ‘ori’ kerana baginya untuk mendapatkan ilmu dari ebook atau buku, dia akan keluarkan duit bagi terus menyokong. Sama juga dengan album kaset dan CD.

“Kalau kita tak beli yang ‘ori’ camne diorang nak terus ‘hidup’?” katanya. Memang betul pun. Sekarang pun saya dah beransur-ansur menukarkan perisian komputer saya dengan yang ‘ori’ termasuk Windows dan perisian penting dalam perniagaan internet.

Berbalik kepada e-book tips hartanah. Sebenarnya, e-book tersebut dah lama berada dalam notebook saya dan saya dah pernah baca beberapa kali tetapi masih belum sempat menulis review tentang e-book tersebut.

Pagi ini perkara pertama yang saya buat ialah membaca kembali e-book tersebut khas untuk menulis sedikit review bagi mereka yang sedang pertimbangkan untuk membelinya.

Bukan sedikit tapi banyak juga ni sebab e-book ini memang lengkap dengan jumlah mukasurat hampir 100! Jarang saya jumpa e-book ‘setebal’ ini.

E-book ini menceritakan dari awal hingga akhir proses pembelian rumah iaitu dari pencarian rumah, berurusan dengan ejen, melihat rumah, penilaian harga rumah, dokumen, pembayaran, pinjaman, pengeluaran kwsp sehingga pembatalan (dalam kes tertentu).

Apa yang menyebabkan saya kata e-book ini lengkap ialah kerana ia banyak menceritakan bukan saja tips yang ‘common sense’ tetapi lebih dari itu.

Ia melibatkan kira-kira pinjaman, yuran peguam, senarai semak pembelian rumah, mendapatkan pinjaman yang sesuai, huraian lengkap proses pengeluaran wang KWSP, dokumen-dokumen yang berkaitan pembelian dan pinjaman, cara menyemak status CCRIS dan CTOS (untuk kedudukan kredit), isu pembelian rumah seperti menduduki rumah lebih awal, masalah pinjaman dan pembatalan pembelian.

E-book ini ditutup dengan gambarajah keseruhan proses pembelian rumah dari awal hingga akhir beserta borang senarai semak untuk membeli rumah. Supaya anda tak terlepas pandang dengan perkara-perkara yang anda fikirkan remeh tetapi sebenarnya penting.

Banyak perkara yang diceritakan begitu mendalam kerana penulis telah berpengalaman menempuh proses pembelian rumah dan telah menyenaraikan kesilapan yang harus anda elak.

E-book ini juga datang sekali dengan bonus 10% diskaun yuran guaman dan laman web/forum ahli untuk penjelasan, soal-jawab lebih lanjut dan dokumen/borang lain yang berkaitan.

Bila membaca e-book ini, teringat kembali proses sukar yang saya lalui semasa membeli rumah pertama. Seperti penulis nyatakan, ia bukanlah sukar tetapi menjadi rumit kerana anda hanya melakukannya mungkin sekali atau dua saja seumur hidup (bagi yang bukan melabur dalam hartanah).

Jika sebelum ini saya dah membaca e-book ini, mungkin ia dapat menyelamatkan saya dari masalah yang saya tempuhi termasuk silap memilih lokasi dan kedudukan rumah, tidak memilih pakej pinjaman yang betul dan tidak mengetahui hak dan proses pembelian rumah. Ini semua menyebabkan kerugian yang bukan sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit jika dikira semula.

Jadi bagi saya RM40 harga buku ini adalah sangat berbaloi jika dibandingkan ribuan RM anda dapat jimat. RM40 dari RM200,000 harga rumah cuma 0.02% (tak sampai 0.2% atau 2%) dari harga rumah. Mungkin ebook tips hartanah ni boleh dipertimbangkan termasuk dalam pelaburan hartanah anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian sila ke tipshartanah.com

[tags]panduan membeli rumah, jual beli rumah[/tags]

Workshop web perniagaan – habis dijual!

Mula-mula saya nak ucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua. Semoga tahun baru ni akan dilimpahi lebih banyak rahmat dan nikmat dari Allah dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semalam orang terakhir membuat tempahan untuk workshop web perniagaan yang akan diadakan pada 10 Februari ini. Penutup yang baik untuk tahun 1427H.

Yang menarik, jualan tiket pada kali ini langsung tidak dilakukan di mana-mana opt-in list saya tetapi ia dilakukan oleh affiliate dan beberapa kaedah pemasaran lain yang dieksperimen oleh saya.

Jika anda berminat untuk berkongsi ilmu, anda boleh menghadiri workshop yang akan diadakan seterusnya. Buat pra-daftar sekarang dan saya akan maklumkan tarikh workshop akan datang.

Satu lagi ialah pelancaran laman web baru perniagaan.net sebagai sumber rujukan pendapatan dan perniagaan di internet. Ia sebenarnya berasal dari mailing list tips pemasaran yang pernah saya sediakan dulu. Kini saya mengembangkan skop kepada yang lebih besar tapi masih dalam tema yang berkaitan.

Saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan laman web bukannya blog untuk perniagaan.net bagi memudahkan navigasi dan pembacaan maklumat. Anda boleh melanggan newsletter untuk pelbagai tips dan artikel tentang perkara berkaitan.

Selamat bercuti hujung minggu saya ucapkan kepada anda. Juga saya doakan tahun baru ni kita akan berjaya dalam apa yang diusahakan. Amiin.