Author Archives: admin

Sesi perah otak di kedai mamak

Sekarang dah jam 6.30 pagi. Malam ni tak tidur menghabiskan masa sepagi bersama dengan abang di kedai mamak. Bukan berbual kosong tapi berbincang tentang perniagaan.

Banyak yang diperbincangkan dan banyak juga idea dan ilham yang timbul serta dikongsikan bersama. Mungkin sesi seperti ini patut diadakan lebih kerap dalam kumpulan yang kecil

Antara perkara yang dibincangkan termasuk

  1. sistem sebenar dalam perniagaan – case study – kedai mamak 24 jam 🙂
  2. perniagaan dan man power (yang mahir/buruh) yang diimport
  3. cara hidup mewah peniaga seperti melancong – bukan untuk menunjuk2 tapi untuk ketenangan fikiran dan bebas dari tumpuan fikiran kepada bisnes hampir 24 jam (bukan 9-5)
  4. networking – bukan sekadar bertukar kad bisnes tetapi lebih kepada sokong-menyokong untuk perkembangan perniagaan
  5. spend to expand – berfikiran lebih jauh dalam melaburkan duit untuk perkembangan yang lebih pesat
  6. hala tuju peniaga melayu malaysia – setakat mana? duit banyak, job banyak, kebebasan masa, kereta besar, glamer atau apa?
  7. menghabiskan duit untuk pemasaran, mendapatkan balik duit dengan jualan.. pemasaran tertumpu, menguasai media pemasaran..
  8. dan lain-lain lagi……………

Terlalu banyak untuk disenaraikan dan dikupas dalam posting ni. Membuatkan otak ligat berfikir dan memberi semangat untuk terus berusaha..

Adwords Editor

Untuk siapa2 yang gunakan adwords sebagai salah satu cabang pemasaran, anda boleh cuba Adwords Editor oleh Google (percuma) di mana anda boleh melakukan perkara-perkara berikut (copy paste from Google site)

    * Navigate your account quickly and easily
    * Make bulk changes to keywords and ad text
    * Work offline, then upload your changes
    * Copy and paste keywords and ad text
    * Circulate proposed changes and get feedback

Malaysia web hosting directory

Baru je up satu lagi laman web directory untuk rujukan anda. Kepada yang mencari-cari hosting yang sesuai bolehlah mencari dan pilih mana yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Ada yang memerlukan space yang besar, ada yang perlukan harga yang rendah, PHP support, domain name murah dsb.

Directory ini akan ditambah dari masa ke semasa apabila web hosting baru ditemui.

Lebih banyak features, review dan lain-lain sumber berguna akan ditambah untuk rujukan anda mengenai web hosting, domain name registration dan webmaster tools.

Sila ke MalaysiaCheapHosting.Com

Celcom 3G and HP notebook promotion

[Nota: Post ini telah lama dan promosi ini telah berakhir. Harap maklum]

Ni iklan percuma untuk celcom n HP. Mungkin berguna untuk anda.

Celcom dengan kerjasama HP sedang buat promosi untuk pakej data 3G + 3G Card + Notebook dengan harga serendah RM190 sebulan. Saya sekarang pun sedang guna maxis 3G dengan harga RM120 sebulan.

Maknanya, kalau tambah lagi RM70 sebulan selama 2 tahun (servis kontrak) dapat 1 notebook dengan 3G card disamping boleh guna 3G. Biar betul!

Tapi yang RM190 tu cuma notebook celeron. Kalau nak Intel Core 2 Duo kena bayar RM219.90 sebulan. Tambahan lagi RM30 lebih kurang. Tapi still boleh jimat RMx,xxx sebab harga notebook tu pun boleh tahan.

Klik untuk maklumat lanjut

Ada sesiapa yang dah subscribe for this package? Boleh komen? Tarikh tutup 30 November or while stocks last.

Update: (8/11/2006)

Saya dah call untuk tanya maklumat lanjut promosi ni. Ni lebih maklumat tentang promosi:

  • 2 pilihan bayaran – bayaran sekaligus dengan cash/kad kredit atau bayaran ezy payment dengan kad kredit terpilih (EON, Maybank and RHB)
  • Harga pakej basic – RM190/mo atau RM4560 sekaligus
  • Harga pakej deluxe – RM219.90/mo atau RM5277.60 sekaligus
  • Detail untuk notebook specs – pakej basic nx6310 (RM4947) atau pakej deluxe nx6320 (RM5525)
  • Promosi termasuk 3G unlimited access 2 tahun (RM120x24=RM2880) + 3G card worth more than RM700 (dont know exact price)
  • Untuk maklumat tentang proses pendaftaran boleh hubungi 1-800-11-3447. Pendaftaran boleh juga dibuat di menara celcom jalan semarak.

7 langkah berjaya dalam affiliate program – free download

Saya nak kongsi sikit tentang affiliate program. Ramai yang dah mula kenal tentang affiliate program. Di malaysia pun dah banyak usahawan internet yang memperkenalkan affiliate program sebagai salah satu cara untuk memasarkan produk mereka.

Topik affiliate ni pun dah banyak saya bincangkan dalam forum/mailing list tertutup bekas peserta workshop yang telah lepas bermula dari asas hingga tips2 untuk menjana pendapatan dari affiliate program.
Jika anda masih tersangkut dan tidak dapat membuat sebarang komisen dari affiliate program atau anda ingin mendalami lagi teknik buat duit dengan affiliate, anda boleh mendapat idea dari special report yang ditulis oleh super affiliate Ewen Chia dari Singapore.

Download percuma sekarang report bertajuk “Affiliate Money Machine“. Semoga ia  bermanfaat untuk anda.

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat semua penganut agama Islam. Harap belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya dan mohon kemaafan kalau ada salah silap saya selama ini.

Baru je balik dari kampung. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan pulang dan kali ini banyak kenangan yang dapat dikenang 🙂

Antaranya ialah kursus belajar membuat lemang, ketupat dan sate.. Ni gambar-gambar yang sempat dirakam..


lemang


ketupat


sate

Ni pulak model utama untuk hari raya 🙂 Anak ke-2 saya

Selepas raya ini mungkin akan berlaku beberapa perubahan dan kebanyakan masa akan dihabiskan untuk menjalankan perancangan yang telah diatur.

Walaubagaimanapun masa akan tetap diiperuntukkan untuk menulis bagi berkongsi dengan pembaca.

Jadikan bulan Syawal satu permulaan untuk anda lakukan perkara yang anda ingini. Semoga mendapat berkat dan berjaya! All the best!

Setup wireless home network

Adakah anda mempunyai lebih dari satu komputer di rumah? Boleh dikatakan makin ramai yang dah ada lebih dari 1 PC kat rumah. Ada sesetengah siap ada sorang satu.

Untuk utilize broadband connection kat rumah, anda boleh setup home network. Kalau susah sangat nak tarik cable dari bilik ke bilik dan yang paling leceh dari tingkat atas ke bawah, wireless adalah option terbaik.

Tadi saya beli satu Wireless ADSL Router (dlink harga RM155 kat midvalley) untuk pasang di rumah. Sebab guna notebook jadi bolehlah bergerak ke mana2 ceruk rumah termasuk kat luar rumah.

Ni gambar kotak wireless router tersebut


wireless ADSL router

Ni pula gambar untuk setup home network


home network

Pstt. anda juga boleh kongsi internet connection dengan jiran. Tapi kena cek kot2 langgar terms oleh tmnet pula. Wireless home network mmg sangat sesuai utk student yg kongsi rumah sewa ramai2.

Kalau ada 6 orang, baru bayar rm11 sorang untuk pakej RM66. Hmm.. jimat tu.

Google PR tukar lagi

Hari ni anda boleh semak google PR (page rank). Mungkin PR website anda bertukar sama ada turun atau naik.

Untuk nak cek Google PR boleh download Google Toolbar atau cek secara online pergi ke PRchecker.info

Website saya ada yang naik dan ada yang turun tapi kebanyakannya  plus minus 1. Tak ada yang mendadak naik.

WordPress vs XSitePro

Baru-baru ni plan nak buat few wordpress blog for few niches. Jadi pergi le mencari-cari theme yang sesuai untuk project tersebut. Saya download theme yang mempunyai 3 columns.

Lepas tu mulalah kerja-kerja modify code untuk masukkan affiliates and adsense code serta memantapkan lagi penampilan blog tersebut.

Bila dah siap, upload ke internet. Saya mula perasan satu benda. Loading time sangat perlahan. Kalau website lain dah load, blog yang dibuat dengan wordpress tadi masih lagi loading.

Hmmm.. ni salah satu kelemahan sesetengah theme wordpress (bukan semua). Jadi jika anda ingin tukar theme, ambil kira loading time untuk theme tersebut.

Apa yang saya nampak, wordpress is too flexible. Mempunyai banyak logik dan checking (if else statement and include dalam coding) menyebabkan setiap kali load memerlukan masa yang panjang.

Alternatifnya saya telah membeli perisian Xsitepro yang telah lama saya usha. Heheh.. At last saya mengaku yang saya memerlukan software ni. Dengan senang hatinya (tak ada le senang hati sangat) saya pun membuat online order di website Xsitepro dan pembayaran sebanyak USD197 sahaja (memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga Dreamweaver original 🙂 ).

Lepas dah beli, download, install dan cuba. Pehhh.. memang rasa rugi sangat sebab tak beli perisian ni sejak dari dulu lagi.

Memang mudah, cepat dan banyak features yang ada sesetengahnya saya tak terfikir seperti sitemap yang lengkap, proses inter-page link yang menyenangkan, betapa mudahnya memasukkan adsense code dsb. Pasal SEO tak perlu cakap, semua dah dibereskan.

Semua editing dibuat secara offline jadi lebih laju. Dan uploading fail juga laju kerana semua fail di’generate’ kepada .html fail (tak perlu apa-apa logik PHP dsb). Yang paling best loading untuk website lebih laju dan navigation ala website yang lebih mudah.

Sesiapa yang perlukan banyak laman web, anda tak rugi untuk mencuba Xsitepro. Kalau sesiapa ada soalan pasal Xsitepro ni (cam pre-sale questions la) bolehla bertanya. Saya akan bantu apa yang saya tahu 😉