Category Archives: Business

Workshop web perniagaan – habis dijual!

Mula-mula saya nak ucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua. Semoga tahun baru ni akan dilimpahi lebih banyak rahmat dan nikmat dari Allah dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semalam orang terakhir membuat tempahan untuk workshop web perniagaan yang akan diadakan pada 10 Februari ini. Penutup yang baik untuk tahun 1427H.

Yang menarik, jualan tiket pada kali ini langsung tidak dilakukan di mana-mana opt-in list saya tetapi ia dilakukan oleh affiliate dan beberapa kaedah pemasaran lain yang dieksperimen oleh saya.

Jika anda berminat untuk berkongsi ilmu, anda boleh menghadiri workshop yang akan diadakan seterusnya. Buat pra-daftar sekarang dan saya akan maklumkan tarikh workshop akan datang.

Satu lagi ialah pelancaran laman web baru perniagaan.net sebagai sumber rujukan pendapatan dan perniagaan di internet. Ia sebenarnya berasal dari mailing list tips pemasaran yang pernah saya sediakan dulu. Kini saya mengembangkan skop kepada yang lebih besar tapi masih dalam tema yang berkaitan.

Saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan laman web bukannya blog untuk perniagaan.net bagi memudahkan navigasi dan pembacaan maklumat. Anda boleh melanggan newsletter untuk pelbagai tips dan artikel tentang perkara berkaitan.

Selamat bercuti hujung minggu saya ucapkan kepada anda. Juga saya doakan tahun baru ni kita akan berjaya dalam apa yang diusahakan. Amiin.

Menyemak back link untuk laman web anda

Back link ialah link laman web lain ke laman web anda. Back link yang berkualiti ialah dari laman web yang popular dan relevan. Semakin banyak back link dan semakin berkualiti back link tersebut, semakin popular laman web anda.

Semakin popular laman web anda, semakin tinggi kebarangkalian untuk laman web anda mendapat tempat tinggi di enjin carian.

Bagaimana untuk nak semak back link?

Senang je, biasanya saya menggunakan yahoo kerana Google tidak menyenaraikan semua back link ke laman web anda.

Sile ke yahoo search di search.yahoo.com
Taip linkdomain:namadomainanda.com

Kalau di Google
Taip link:namadomainanda.com

Tak perlu masukkan www atau http dan click button ‘Search’. Semua laman web yang link ke laman web anda akan tersenarai. Berapakah laman web yang link ke laman web anda?

Baca tip mendapatkan link melalui link exchange

Nak tau bagaimana nak dapatkan laman web untuk link ke laman web anda? Intai pesaing anda. Siapa yang link kepada mereka dan anda lakukan yang sama 😉

Ingin belajar lebih tentang pendapatan, perniagaan dan pemasaran internet?
Sertai workshop web perniagaan (setakat ini tinggal 8 tempat saja lagi)

RM5000 online transaction

Bukan saya yang dapat RM5k tapi buat belian terbesar RM5k secara online – melalui internet dan telefon. Sebelum ini belian terbesar USD197 iaitu beli Xsitepro. Tu belum kira monthly payment macam adwords, aweber, hosting dsb yang kalau nak kira-kira semua pun lebih RMxxxx.
Jadi tak mustahil untuk anda mendapat transaksi RMxxx di internet bukan? Belum cuba belum tahu.

Notebook HP yang dibeli dengan HP + Celcom 3G promo dah dapat. Jadi sekarang baru lah ada masa nak setup semua aplikasi penting dan transfer semua data dari notebook lama.

Ada beberapa features menarik kat notebook ni yang dijangka akan lebih membuatkan kerja lebih efisen + efektif (ada beza tau efisen dan efektif. Kalau nak tau baca balik report The Death of IM).
Sebenarnya dah minggu lepas dapat tapi sibuk dengan persediaan workshop 2 disember lepas. Alhamdulillah workshop berjalan lancar. Peserta yang datang begitu bersemangat sekali. Ada yang datang dari Gerik, Perak! Hari tu paling jauh datang dari Johor Bahru.

Tahniah saya ucapkan pada semua dan lepas ni mulalah sesi bimbingan untuk semua bekas peserta. Semoga anda terus bersemangat untuk mula menjana pendapatan di internet dan yang terpenting ambil tindakan.

[tags]hp notebook, celcom 3G, bengkel laman web, duit internet[/tags]

Trend internet marketing

Memang betullah cerita Mike Filsaime dalam reportnya “The Death of Internet Marketing“. Sehari dua ni saya melakukan kunjungan ke beberapa blog internet marketer esp Malaysia setelah lama sibuk dengan kerja2 sendiri.

Rata-rata (tak semua) menceritakan perkara yang sama dengan cara yang berbeza. Sama juga seperti di opt-in list yang dihantar. Menarik juga tengok pelbagai teknik yang digunakan..

Mungkin dah mula kena fikirkan tentang ‘bentuk perniagaan’ yang dimaksudkan oleh Mike untuk bertahan pada masa akan datang. Dan fikirkan tentang kelainan dan market yang boleh ditembusi selain internet marketing.

Apa-apa pun setiap orang mempunyai hala tuju masing-masing dan cara masing-masing untuk buat pemasaran dan duit di internet…

Sekarang ni banyak usaha terbantut kerana line internet yang terlalu perlahan. Sedang tunggu notebook + celcom 3g baru, kalau tak ok juga mungkin kena sewa office ataupun pindah rumah lagi.. 

Lebih 28,000 dalam masa 120 hari!

Jika anda selalu melayari internet, tentu anda masih ingat dengan nama Gobala Krishnan yang sinonim dengan ebook keluarannya bertajuk chapter-m.

Sekarang beliau hendak mendedahkan rahsia bagaimana caranya beliau menjana lebih RM28,000 dalam masa 120 hari sahaja. Itu pun kalau anda ingin tahu 🙂

Yang lebih baik ialah anda boleh mempelajari teknik yang digunakannya secara percuma sahaja sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan rakyat Malaysia..

Dapatkan percuma sekarang

Sesi perah otak di kedai mamak

Sekarang dah jam 6.30 pagi. Malam ni tak tidur menghabiskan masa sepagi bersama dengan abang di kedai mamak. Bukan berbual kosong tapi berbincang tentang perniagaan.

Banyak yang diperbincangkan dan banyak juga idea dan ilham yang timbul serta dikongsikan bersama. Mungkin sesi seperti ini patut diadakan lebih kerap dalam kumpulan yang kecil

Antara perkara yang dibincangkan termasuk

  1. sistem sebenar dalam perniagaan – case study – kedai mamak 24 jam 🙂
  2. perniagaan dan man power (yang mahir/buruh) yang diimport
  3. cara hidup mewah peniaga seperti melancong – bukan untuk menunjuk2 tapi untuk ketenangan fikiran dan bebas dari tumpuan fikiran kepada bisnes hampir 24 jam (bukan 9-5)
  4. networking – bukan sekadar bertukar kad bisnes tetapi lebih kepada sokong-menyokong untuk perkembangan perniagaan
  5. spend to expand – berfikiran lebih jauh dalam melaburkan duit untuk perkembangan yang lebih pesat
  6. hala tuju peniaga melayu malaysia – setakat mana? duit banyak, job banyak, kebebasan masa, kereta besar, glamer atau apa?
  7. menghabiskan duit untuk pemasaran, mendapatkan balik duit dengan jualan.. pemasaran tertumpu, menguasai media pemasaran..
  8. dan lain-lain lagi……………

Terlalu banyak untuk disenaraikan dan dikupas dalam posting ni. Membuatkan otak ligat berfikir dan memberi semangat untuk terus berusaha..

Celcom 3G and HP notebook promotion

[Nota: Post ini telah lama dan promosi ini telah berakhir. Harap maklum]

Ni iklan percuma untuk celcom n HP. Mungkin berguna untuk anda.

Celcom dengan kerjasama HP sedang buat promosi untuk pakej data 3G + 3G Card + Notebook dengan harga serendah RM190 sebulan. Saya sekarang pun sedang guna maxis 3G dengan harga RM120 sebulan.

Maknanya, kalau tambah lagi RM70 sebulan selama 2 tahun (servis kontrak) dapat 1 notebook dengan 3G card disamping boleh guna 3G. Biar betul!

Tapi yang RM190 tu cuma notebook celeron. Kalau nak Intel Core 2 Duo kena bayar RM219.90 sebulan. Tambahan lagi RM30 lebih kurang. Tapi still boleh jimat RMx,xxx sebab harga notebook tu pun boleh tahan.

Klik untuk maklumat lanjut

Ada sesiapa yang dah subscribe for this package? Boleh komen? Tarikh tutup 30 November or while stocks last.

Update: (8/11/2006)

Saya dah call untuk tanya maklumat lanjut promosi ni. Ni lebih maklumat tentang promosi:

  • 2 pilihan bayaran – bayaran sekaligus dengan cash/kad kredit atau bayaran ezy payment dengan kad kredit terpilih (EON, Maybank and RHB)
  • Harga pakej basic – RM190/mo atau RM4560 sekaligus
  • Harga pakej deluxe – RM219.90/mo atau RM5277.60 sekaligus
  • Detail untuk notebook specs – pakej basic nx6310 (RM4947) atau pakej deluxe nx6320 (RM5525)
  • Promosi termasuk 3G unlimited access 2 tahun (RM120x24=RM2880) + 3G card worth more than RM700 (dont know exact price)
  • Untuk maklumat tentang proses pendaftaran boleh hubungi 1-800-11-3447. Pendaftaran boleh juga dibuat di menara celcom jalan semarak.

Model perniagaan internet

Tahukah anda di internet anda boleh menjalankan perniagaan internet dengan pelbagai cara? Bukan hanya dengan menjual produk sahaja malah lebih dari itu.

Baru-baru ini saya telah membaca e-book terkini tentang perniagaan internet oleh rakan saya, Tazilan (penulis e-book laris “Idea Bisnes Luar Biasa”).

E-book baru yang bertajuk “10 Model Perniagaan Internet” ini menceritakan tentang 10 model yang anda boleh ikuti untuk menjana pendapatan di internet. Bukan 1 atau 2 tapi 10 🙂

Setiap model diberikan penjelasan mudah dengan contoh laman web dan gambar. Kemudian terdapat juga perbandingan, tips dan rujukan untuk setiap penerangan.

Saya sangat syorkan buku ini kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan menjana pendapatan di internet.

Sekarang sedang dalam harga permulaan cuma RM20. Dengar cerita beliau akan menaikkan lagi selepas ini. Sementara tengah murah bolehlah anda beli dan baca.

Semoga e-book ini dapat membantu. Yang penting anda sanggup melakukan apa yang anda baca baru nampak hasilnya 😉

Anda juga boleh mendapat preview percuma 10 model perniagaan internet di laman web tersebut.

CIMB Clicks – TAC

Untuk pengusaha perniagaan internet di Malaysia terutama yang menggunakan CIMB Bank (atau dulu namanya BCB), sila daftar nombor telefon anda untuk tujuan menerima TAC daripada pihak bank sebelum 6 Oktober 2006.

Jangan nanti last minute timbul masalah nak transfer duit dsb.

Maklumat lanjut di laman web CIMBClicks

Time to check ‘Google Checkout’ out

Dah kena blok akaun paypal, mulalah mencari alternative untuk payment via credit card selain paypal. Salah satu alternative ialah Google Checkout. Payment processing and management oleh Google.

Untuk pembeli, ciri-cirinya lebih kurang seperti paypal

1. Daftar akaun Google (kalau dah ada Gmail tak perlu daftar lagi)
2. Masuk dan simpan maklumat kad kredit di Google Checkout

Untuk penjual, ada beberapa ciri tambahan jika dibandingkan dengan Google
1. Ada logo Google Checkout jika iklan dibuat menggunakan Adwords (logo cam troli)
2. Percuma $10 transaction untuk setiap $1 iklan Adwords yang dibelanjakan
3. Jika tak iklan dengan Adwords, caj 2% + $0.20 dikenakan per transaksi (paypal caj 1.9 – 2.9% + $0.30 per trans – maklumat lanjut caj paypal)

Maklumat lanjut Google Checkout untuk penjual