Monthly Archives: May 2007

Buat duit dengan in-text advertising

Satu lagi sumber pendapatan dari PPC (pay per click) ialah dengan in-text ads. Ia sedikit berbeza dengan google adsense di mana ad diletakkan dalam satu form khusus.

In-text ad pula dipaparkan apabila pelawat meletakkan mouse pointer di atas link khas pada tulisan. Untuk demo iklan sila ke laman web kontera
Untuk mendaftar, laman web anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 250,000 page impressions per month dan kandungan web hendaklah dalam bahasa inggeris.

Saya telah menggunakan kontera beberapa minggu dan hasilnya agak menggalakkan tetapi dari segi CTR (click through rate) agak rendah berbanding dengan adsense. Walaubagaimanapun ia cukup baik sebagai alternatif kepada Adsense.

[tags]in-text ads, adsense, kontera, adsense alternative[/tags]

Ada sesiapa nak kerja dengan google?

Cakap saja nama google semua orang dah kenal pada hal google bukanlah enjin carian pertama yang wujud di internet. Yahoo, MSN, Altavista dan macam-macam lagi enjin carian yang ada di internet sebelum google.

Saya antara orang yang admire tentang cara google mendominasi internet, cara ia bekerja dan juga cara dia buat duit. Hehe..

Nak tengok macam mana orang bekerja dengan google. Boleh view clip ni..

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=jbf6T0uIk2A]

Apa pendapat anda?

Lebih 100 software dan ebook percuma untuk dimuat turun

Lebih 100 software dan ebook percuma untuk anda download dan gunakan. But nothing is FREE ๐Ÿ™‚ Untuk download setiap software dan ebook tu anda kena subscribe newsletter mereka.

Walaubagaimanapun saya dah browse semua senarai yang ada dan mendapati ada beberapa software atau panduan yang sangat berguna anda boleh dapati secara percuma (tanpa bayaran).

Antaranya seperti camstudio for internet marketer, traffic with youtube, article submitter, website creator dsb.

Cuba browse dan download apa yang anda betul-betul perlukan. Jangan buang terlalu banyak masa di sana. Nanti tergendala pulak kerja-kerja lain ๐Ÿ™‚

117 software and goodies [updated 23/06/2009 – website ni dah tak ada]

[tags]ebook percuma, software percuma, panduan percuma[/tags]

Badware – lagi satu masalah!

Baru-baru ni google dan stopBadWare memerangi website yang telah di “hacked” dan didapati mempunyai “badware” yang boleh menggugat keselamatan komputer pengguna.

Google telah meletakkan satu label “This site may harm your computer.” di bawah nama laman web di laman keputusan carian.

Jika anda klik pada link laman web tersebut ia akan pergi ke satu laman sementara google yang memberi amaran sekali lagi tentang laman web tersebut.

Kebanyakan laman web yang ‘terkena’ ialah yang menggunakan operating system Microsoft Windows. Antara beberapa laman web yang menerangkan secara terperinci tentang perkara ini ialah

Yang tak bestnya satu website saya pun terkena dengan penyakit ni. Tak tau pula setakat ni ada tak hosting yang guna OS linux terkena jugak. Tak taulah kenapa ada orang yang sibuk nak buat benda2 yang menyusahkan orang macam ni.

Satu hosting popular ipowerweb disenaraikan yang paling teruk dijangkiti dengan penyakit ni. Rujuk laman web stopbadware.org

*sigh*

[tags]google malware warning, badware, stopbadware, hackers, windows sucks[/tags]

Nak buat B2B atau B2C

Dah beberapa lama kerja sendiri, di sini saya nak kongsikan pengalaman sikit tentang model perniagaan B2B dan B2C.

Sebelum pergi jauh, untuk yang masih tak tau B2B ialah business to business manakala B2C ialah business to consumer. Atau dengan kata lain B2B kita beri perkhidmatan/produk kepada bisnes lain manakala untuk B2C kita menjual kepada orang perseorangan.

Kelebihan B2B ialah amaun bayaran yang diterima lebih besar jumlahnya (company willing to spend more) tapi kekurangannya perlukan banyak proses seperti hantar quotation, tunggu purchase order, nak mintak payment kena invois dan yang paling leceh nak dapatkan payment yang ada sesetengahnya makan tahun! menyebabkan susah kita nak roll duit untuk perniagaan.

Disebabkan banyak masalah dengan B2B saya cuba memasuki B2C dimana lebih berurusan dengan orang perseorangan. Memang lebih mudah (kurang karenah tertutama bab pembayaran) tetapi perlukan volume yang besar untuk menyamai target B2B. Jadi perlukan sistem otomatik untuk pemasaran, jualan, pembayaran, resit dsb. Kalau tidak memang penat.

Walaubagaimanapun terdapat juga golongan orang perseorangan yang mempunyai budget besar untuk sesetengah perkara tetapi terhad untuk bidang tertentu.

Contohnya budget untuk melangsungkan perkahwinan seperti membayar catering, andaman dan jurugambar yang agak tinggi. Atau mungkin juga orang ‘berada’ yang mempunyai citarasa tinggi untuk membayar upah dekorasi rumah atau design pakaian yang lain dari yang lain. Mereka sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk perkara tersebut.

Contoh satu perniagan B2B yang berjaya ialah seperti Jobstreet dan contoh B2C yang berjaya ialah AirAsia. Jika anda ingin menceburkan diri dalam perniagaan, putuskan anda ingin pilih B2B atau B2C. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Yang mana lebih sesuai untuk anda?

[tags]perniagaan, bisnes[/tags]