Author Archives: admin

Model perniagaan internet

Tahukah anda di internet anda boleh menjalankan perniagaan internet dengan pelbagai cara? Bukan hanya dengan menjual produk sahaja malah lebih dari itu.

Baru-baru ini saya telah membaca e-book terkini tentang perniagaan internet oleh rakan saya, Tazilan (penulis e-book laris “Idea Bisnes Luar Biasa”).

E-book baru yang bertajuk “10 Model Perniagaan Internet” ini menceritakan tentang 10 model yang anda boleh ikuti untuk menjana pendapatan di internet. Bukan 1 atau 2 tapi 10 🙂

Setiap model diberikan penjelasan mudah dengan contoh laman web dan gambar. Kemudian terdapat juga perbandingan, tips dan rujukan untuk setiap penerangan.

Saya sangat syorkan buku ini kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan menjana pendapatan di internet.

Sekarang sedang dalam harga permulaan cuma RM20. Dengar cerita beliau akan menaikkan lagi selepas ini. Sementara tengah murah bolehlah anda beli dan baca.

Semoga e-book ini dapat membantu. Yang penting anda sanggup melakukan apa yang anda baca baru nampak hasilnya 😉

Anda juga boleh mendapat preview percuma 10 model perniagaan internet di laman web tersebut.

CIMB Clicks – TAC

Untuk pengusaha perniagaan internet di Malaysia terutama yang menggunakan CIMB Bank (atau dulu namanya BCB), sila daftar nombor telefon anda untuk tujuan menerima TAC daripada pihak bank sebelum 6 Oktober 2006.

Jangan nanti last minute timbul masalah nak transfer duit dsb.

Maklumat lanjut di laman web CIMBClicks

Adsense is Alive – Adsense Guru bersuara…

Ini posting ke-3 saya hari ni. Dan sekarang baru pukul 9.20 pagi. Yang bekerja dipejabat mungkin baru masuk kerja sekarang. Selamat bekerja.

Sangat menarik. Lebih banyak maklumat dan idea. Melimpah-limpah di internet. Adakah anda telah menggunakannya sebaik mungkin atau anda sekadar tak ambil tahu.. (cam dalam iklan)

Saya ada subscribe newsletter Adsense Guru Joel Comm. Beliau telah mengeluarkan satu report untuk membalas report The Death of Adsense and Life After Adsense.

Plot ceritanya agak menarik (tidak teknikal, lebih kepada cerita) dan pada bab akhirnya menyentuh tentang kenapa publisher Adsense ialah orang yang sebenarnya mempunyai kekayaan di internet.

Seperti biasa, ia sangat bagus untuk mendapatkan lebih idea. Boleh download percuma sekarang di AdsenseIsAlive.com

Time to check ‘Google Checkout’ out

Dah kena blok akaun paypal, mulalah mencari alternative untuk payment via credit card selain paypal. Salah satu alternative ialah Google Checkout. Payment processing and management oleh Google.

Untuk pembeli, ciri-cirinya lebih kurang seperti paypal

1. Daftar akaun Google (kalau dah ada Gmail tak perlu daftar lagi)
2. Masuk dan simpan maklumat kad kredit di Google Checkout

Untuk penjual, ada beberapa ciri tambahan jika dibandingkan dengan Google
1. Ada logo Google Checkout jika iklan dibuat menggunakan Adwords (logo cam troli)
2. Percuma $10 transaction untuk setiap $1 iklan Adwords yang dibelanjakan
3. Jika tak iklan dengan Adwords, caj 2% + $0.20 dikenakan per transaksi (paypal caj 1.9 – 2.9% + $0.30 per trans – maklumat lanjut caj paypal)

Maklumat lanjut Google Checkout untuk penjual

Cara faks ke oversea

Baru-baru ni saya dapat satu email dari paypal mengatakan akaun paypal saya kena blok. Sebab dia tak berapa jelas. Tapi ada kena mengena dengan ‘name match’. Ada sesiapa yang kena blok jugak?

So kelam kabut la jadinya sebab banyak transaction menggunakan paypal. Kena hantar beberapa dokumen yang diminta melalui faks (scan tak boleh).

First time faks ke US (biasanya scan + email je). Rupa-rupanya kena go through operator 101 (terima kasih Fairuz kerana membantu). Bila ada menu untuk pilihan.

1. Pilih BM/English
2. Pilih tempatan/antarabangsa
3. Pilih panggilan/bayaran/fax

Operator akan tanya

1. Nombor fax penerima
2. Nombor fax penghantar
3. Nama penghantar

Bila operator siap dail dan dengar tone fax (yang bising2 tu) tekan start fax untuk hantar dokumen.

Caj yang dikenakan tak tau. Kena tunggu bil 🙂 Tu la kadang-kala teknologi lama pun still berguna walaupun teknologi internet dah maju. hehe..

The death of Adsense & life after Adsense

Ramai bloggers sibuk mempromosikan report The death of Adsense. Hari ni dah keluar siri ke-2 sambungannya iaitu Life after Adsense.

Tajuk kedua-dua report tu memang best. Mesti ramai penggemar Adsense yang tertarik untuk tahu lebih lanjut. Apa yang diceritakan ada betul dan ada yang tak berapa betul jugak. Saya pun tak perasan walaupun ada akaun Adwords (sebab lama tak bid)

Rahsia terletak pada report kedua dan yang paling menarik ialah cerita food chain (rantai makanan) macam masa belajar sains kat sekolah dulu di mukasurat ke 30. Hmm.. apa yang diceritakan memang masuk betul. Tahu tapi kadang-kadang terrrlupa.

Idea lama yang telah diolah untuk menjana lebih wang bagi menggantikan pendapatan dari Adsense. Dulu yang saya pernah baca cara menggunakan Google Adwords untuk mendapatkan affiliate commission tapi dah agak kurang berkesan sekarang kerana bid agak tinggi pada Adwords.

Walaubagaimanapun report ini berguna untuk anda bagi mendapatkan lebih idea dengan cara berbeza menjana wang di internet.

Download percuma kedua-dua report sekarang

Bercuti sambil bekerja

Baru-baru ni saya telah ke Genting bersama keluarga untuk bercuti sambil bekerja (macam lawatan sambil belajar la) sempena promosi yang ditawarkan – 3 hari 2 malam dengan breakfast dan pertunjukan Mysteria (ala magic show)

Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan (cuma RM48.88×2) dan orang pula tak ramai. Puas anak saya bermain semua mainan dalam theme park sampai taknak balik. (Saya pun join sekali dapat tiket free sempena birthday)

theme park genting

(pemandangan theme park dari bilik tingkat 13. Klik untuk besarkan)

Ok bukan nak cerita tentang show Mysteria atau theme park tapi tentang perniagaan dan pendapatan di internet.

Di sana saya masih lagi menjalankan aktiviti di internet seperti membalas email, menyemak pesanan dan bayaran dsb menggunakan notebook dengan sambungan internet menggunakan 3G (kat sana maxis 3G tak cover)

DSC00050.jpg

(Buat kerja sambil mengadap tingkap dengan theme park view. Ok jugak sekali-sekala ubah angin. Asyik ngadap white board je kat home office)

Disamping bercuti, saya sempat juga untuk mengkaji, membuat pelan dan menetapkan sasaran sehingga berakhirnya tahun 2006 ini. Beberapa perubahan dan tindakan akan diambil untuk terus maju.

Adakah anda juga telah menetapkan sasaran? Jika belum, lakukan sekarang. Tetapkan sasaran dan sediakan pelan tindakan untuk mencapainya.

Dalam bercuti ni baru terasa yang pendapatan pasif di internet sangat-sangat istimewa. Apa yang saya maksudkan ialah Google Adsense dan juga Affiliate programs. Pendapatan anda berjalan walaupun anda sedang bercuti!

Tiada panggilan telefon untuk dijawab, tiada email untuk dibalas. Tetapi ada habuan dari penjualan atau klik. Semuanya dilakukan oleh pihak ke-3 iaitu Google atau Merchant.

Jadi cuba pelbagaikan sumber pendapatan anda di internet dan beri lebih tumpuan untuk menjana pendapatan secara pasif di internet.

Selamat berjaya.

How to accelerate your internet connection

Tired of very slow internet connection with GPRS, I’ve been looking for internet accelerator and download accelerator programs. At last I found few applications that really help.

Maybe some of you (especially with dial-up or GPRS connection can use it for faster internet surfing and file downloading.

1. Ashampoo Internet Accelerator

This application is a freeware. The download size is about 2.1MB. You need to run it once and get your PC reconfigured for optimized internet connection setting.

2. Download Accelerator Plus

This software has been in market long time ago. I had used it back in the dial up age. I like it because it is free (ad supported), accelerate your download with multiple download connection (chuncks) and download resume capability.

I’ve also tried Free Download Manager before but always got downloaded files corrupted and can’t be used/installed.

Another alternative is by going to the nearest cyber cafe that charge RM2/hour. Lucky enough they have special promotion during this mooncake festival. They offer RM1.50/hour for one month period starting from 6/9 – 6/10.

So need to bring my notebook to cybercafe if I need to download/upload huge files.

Feel like browsing the net back in 1996 again 😐 But at least now I am able to check my e-mail through my 3G phone even when queueing at the supermarket. I’ll tell bit more on 3G soon. What it can do, how much you have to pay and how it can benefit you most.

Multiple streams of internet income

Internet slow ni teruja pulak nak menulis sebab nak surf slow sangat.

Kalau kita tengok-tengok ‘income statement’ kita. Berapa punca pendapatan dan berapa pula punca menghabiskan pendapatan.

Rata-rata orang yang makan gaji mempunyai SATU punca pendapatan BESAR dan mungkin ada sedikit sumber pendapatan lain terutamanya dari pelaburan.

Dan tak dinafikan sumber untuk kita menyalurkan pendapatan kita tu memang cukup banyak. Loan kereta, sewa rumah, supermarket, kad kredit, stesen minyak, TNB, celcom dan list ni boleh berterusan sampai esok pagi.

Ok, tentu ramai dah pernah dengar tentang Multiple Streams of Income. Tahukah anda di internet anda mempunyai potensi yang LEBIH besar untuk mendapatkan pelbagai sumber pendapatan? Continue reading

5 tips menulis di internet

Dah makin ramai orang berminat untuk menulis blog dan menghasilkan artikel di internet. Ini terbukti dengan wujudnya banyak blog yang ditulis oleh orang Malaysia mengenai pelbagai topik.

Penulisan di internet (sama ada artikel, blog atau e-book) mempunyai beberapa perbezaan dengan penulisan buku. Jadi jangan menulis seolah-olah anda mengarang buku. Nanti jadi buku teks pulak. hehe

Di sini ada 5 tips yang penting untuk anda menulis di internet bagi memudahkan pelawat membaca penulisan anda.

  1. Letakkan tajuk yang memikat hati pembaca. Tajuk dengan nombor contohnya “5 tips menulis di internet” atau “10 teknik hebat melariskan jualan anda” merupakan sesuatu yang disukai kerana pembaca tahu yang dia akan mendapat sekian banyak tips.
  2. Gunakan ‘bullet’ dan ‘numbering’ untuk isi penting. Ada sesetengah orang tak ada masa nak baca artikel yang panjang terutamanya di internet sebab ada banyak lagi blog lain dia nak baca 🙂
  3. Banyakkan ‘white space’ atau ruangan antara tulisan. Hadkan perenggan anda kepada 2-4 baris sahaja. Ada sesetengah penulis menulis tanpa perenggan! Kesian pembaca tak boleh nak ‘break’
  4. Pastikan artikel anda ringkas dan ‘straight to the point’. Artikel yang panjang berjela agak kurang digemari. Kalau terlalu panjang, cuba pecahkan kepada beberapa artikel pendek.
  5. Penulisan anda perlulah sebaik-baiknya memberi manfaat kepada pembaca kerana setiap pelawat yang datang inginkan sesuatu daripada anda. Sama ada nak hilangkan bosan, nak dapatkan tips, nak dapatkan idea, nak dapatkan barang percuma dsb.

Di atas cuma beberapa tips untuk anda tetapi terdapat banyak lagi tips lain yang anda boleh cari di internet. Selamat menulis. Kejayaan di internet ialah melalui penulisan. Tulis tulis dan terus menulis. Eh.. tulis ke taip?