Cara faks ke oversea

Baru-baru ni saya dapat satu email dari paypal mengatakan akaun paypal saya kena blok. Sebab dia tak berapa jelas. Tapi ada kena mengena dengan ‘name match’. Ada sesiapa yang kena blok jugak?

So kelam kabut la jadinya sebab banyak transaction menggunakan paypal. Kena hantar beberapa dokumen yang diminta melalui faks (scan tak boleh).

First time faks ke US (biasanya scan + email je). Rupa-rupanya kena go through operator 101 (terima kasih Fairuz kerana membantu). Bila ada menu untuk pilihan.

1. Pilih BM/English
2. Pilih tempatan/antarabangsa
3. Pilih panggilan/bayaran/fax

Operator akan tanya

1. Nombor fax penerima
2. Nombor fax penghantar
3. Nama penghantar

Bila operator siap dail dan dengar tone fax (yang bising2 tu) tekan start fax untuk hantar dokumen.

Caj yang dikenakan tak tau. Kena tunggu bil 🙂 Tu la kadang-kala teknologi lama pun still berguna walaupun teknologi internet dah maju. hehe..

8 thoughts on “Cara faks ke oversea

  1. burhan

    Satu dari sebab-sebab saya lambat nak mulakan buat website sebelum ni ialah pasal banyak sangat affiliate yang bayarannya berkaitan Paypal.

    Pening kepala saya di buatnya, sedangkan belum pandai sangat nak buat website/blog dah terbaca dengan artikel-artikel dibawah ni;-

    1) http://www.chapter-M.com
    2) http://wwwpaypalwarning.com/

    Sekarang awak pulak kena blok, macam yang lain- lain dalam 1 dan 2 di atas.

    Tolong jelaskan ya!

  2. azwan

    biasala company oversea ni takut ngan bayang2 sendiri. saya rasa akaun saya kena blok sbb ada match dgn maybe ‘pengganas’ kot. hmm.. entah le.

    kena faxkan bukan sekadar IC, biz registration tapi surat beranak!

    hopefully tak berlaku la perkara camni lain kali. nyusahkan je

    tapi takleh jadikan alasan utk tak buat internet bisnes 😉

  3. Fairuz

    Kita tak boleh hanya bergantung pada satu sumber sahaja, spt PayPal. Kena ada back up plan. Kalau anda baca PayPal Report tulisan Mike Filsaime, anda tentu tahu mengapa kena ada 2-3 payment processor.

  4. Pingback: Blog Perniagaan Internet » Blog Archive » Akaun paypal kene block?

  5. Pingback: » Akaun paypal kene block? PROINFO.COM: Exploration of input, knowledge, marketing, online business.

  6. syak

    aduh….akhirnya setelah sy search byk tempat akhirnya sy jumpa gak blog yg bincang hal ni.sy pn kena blog,limited access.td bru scan n hantar ke paypal.dlm account dia suh upload ja tp dlm emel dia suh send through [email protected] kwn2 di sini dpt tlg.

  7. syak

    alhamdulillah…xsampai 5jam hantar emel kt paypal n just upload file dorg dah bg unlimited access@fully restored.bru berkira2 nk faks.tp emel2 dr paypal mmg byk confius dgn mcm2 yg dorg request n xstandardize….huhu

Comments are closed.