Category Archives: Business

Cara faks ke oversea

Baru-baru ni saya dapat satu email dari paypal mengatakan akaun paypal saya kena blok. Sebab dia tak berapa jelas. Tapi ada kena mengena dengan ‘name match’. Ada sesiapa yang kena blok jugak?

So kelam kabut la jadinya sebab banyak transaction menggunakan paypal. Kena hantar beberapa dokumen yang diminta melalui faks (scan tak boleh).

First time faks ke US (biasanya scan + email je). Rupa-rupanya kena go through operator 101 (terima kasih Fairuz kerana membantu). Bila ada menu untuk pilihan.

1. Pilih BM/English
2. Pilih tempatan/antarabangsa
3. Pilih panggilan/bayaran/fax

Operator akan tanya

1. Nombor fax penerima
2. Nombor fax penghantar
3. Nama penghantar

Bila operator siap dail dan dengar tone fax (yang bising2 tu) tekan start fax untuk hantar dokumen.

Caj yang dikenakan tak tau. Kena tunggu bil 🙂 Tu la kadang-kala teknologi lama pun still berguna walaupun teknologi internet dah maju. hehe..

Bercuti sambil bekerja

Baru-baru ni saya telah ke Genting bersama keluarga untuk bercuti sambil bekerja (macam lawatan sambil belajar la) sempena promosi yang ditawarkan – 3 hari 2 malam dengan breakfast dan pertunjukan Mysteria (ala magic show)

Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan (cuma RM48.88×2) dan orang pula tak ramai. Puas anak saya bermain semua mainan dalam theme park sampai taknak balik. (Saya pun join sekali dapat tiket free sempena birthday)

theme park genting

(pemandangan theme park dari bilik tingkat 13. Klik untuk besarkan)

Ok bukan nak cerita tentang show Mysteria atau theme park tapi tentang perniagaan dan pendapatan di internet.

Di sana saya masih lagi menjalankan aktiviti di internet seperti membalas email, menyemak pesanan dan bayaran dsb menggunakan notebook dengan sambungan internet menggunakan 3G (kat sana maxis 3G tak cover)

DSC00050.jpg

(Buat kerja sambil mengadap tingkap dengan theme park view. Ok jugak sekali-sekala ubah angin. Asyik ngadap white board je kat home office)

Disamping bercuti, saya sempat juga untuk mengkaji, membuat pelan dan menetapkan sasaran sehingga berakhirnya tahun 2006 ini. Beberapa perubahan dan tindakan akan diambil untuk terus maju.

Adakah anda juga telah menetapkan sasaran? Jika belum, lakukan sekarang. Tetapkan sasaran dan sediakan pelan tindakan untuk mencapainya.

Dalam bercuti ni baru terasa yang pendapatan pasif di internet sangat-sangat istimewa. Apa yang saya maksudkan ialah Google Adsense dan juga Affiliate programs. Pendapatan anda berjalan walaupun anda sedang bercuti!

Tiada panggilan telefon untuk dijawab, tiada email untuk dibalas. Tetapi ada habuan dari penjualan atau klik. Semuanya dilakukan oleh pihak ke-3 iaitu Google atau Merchant.

Jadi cuba pelbagaikan sumber pendapatan anda di internet dan beri lebih tumpuan untuk menjana pendapatan secara pasif di internet.

Selamat berjaya.

Penjenamaan semula servis web hosting

Dalam sibuk-sibuk dengan persiapan workshop, sempat lagi untuk setup new brand untuk web hosting yang lama iaitu from ADSTec Hosting kepada JomHost.Com cuma design baru je belum up lagi. Dengan harga permulaan RM20 sehingga harga maksimum RM80.

Sejak akhir tahun 2004 buat hosting servis ni, lama-lama memang tak boleh nak lawan bila big company offer web hosting service yang berGiga besarnya. Nak lawan tak berani walaupun boleh nak ‘oversell’. Buatnya customer memasing upload image, video bebanyak, kantoi. So saya ambil keputusan untuk target individu dan startup company denga harga yang rendah.

Satu lagi, berita baik untuk sesiapa yang nak buat duit lebih, JomHost Affiliate pun dah siap dan boleh handle semua jenis bayaran asalkan proses belian/pesanan dibuat melalui website. (Memang semua kena online. Offline tak terima. heheh)

20% komisen diberikan untuk setiap jualan pakej hosting dan servis akan datang kecuali domain name. Servis lain seperti web programming dan design sedang dalam perbincangan dengan partner dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

So apa lagi.. JomHost!

Panduan ringkas “5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet”

Kepada semua pembaca blog ahmadazwan.com..

Hari ini dengan rasminya saya akan menulis blog dalam bahasa Melayu. Ada yang bertanya dan ada yang segan nak komen bila saya menulis dalam English.

Baiklah bermula hari ini anda akan melihat penulisan artikel dwi-bahasa di blog ini 🙂 Harapan saya agar anda boleh memanfaatkan ilmu yang terdapat dalam blog ini sebaik mungkin dan jangan segan-segan untuk bertanya dan memberi komen.

Saya ingin mengumumkan keluaran terbaru panduan ringkas hasil penulisan saya bertajuk “5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet” yang anda boleh download secara percuma.

Sesiapa yang dah baca bolehlah memberi komen dan apa2 pendapat tentang penulisan panduan ringkas tersebut dan anda boleh menyebarkan kepada sesiapa yang anda mahu secara percuma..

Satu lagi pengumuman iaitu tentang workshop “Bina Laman Web Perniagaan” yang akan dilangsungkan pada bulan hadapan. (macam melangsungkan perkahwinan pulak. hehe). Kepada yang berminat boleh buat pra-pendaftaran untuk mendapatkan maklumat terkini.

Become part of internet history

update: The website is no longer available. Has been bought over by someone else.

Wow.. I’ve just listed my website in 50pageswebsite.com made by my fellow Malaysians friend, Alang. I’m really impressed with his ideas and work.

This website will list 500 websites with their title, description and URL in 50 different pages. That means there will be 10 websites listed per page. The price range from $1 to $50 per page listing according to the page you want your website to be listed with $50 for page 1 to $1 for page 50 (both first and last page SOLD OUT!).

If you want to be part of the history, hurry go get your own place there before it’s too late.

Now it’s already 2 a.m., I’m still awake and to finish up my next projects for traffic generation programs. Phew..