MEPS Interbank Transfer – berapa hari clear?

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada lagi yang belum tahu tentang Interbank transfer ni.

Bila anda buat interbank transfer (transfer duit dari satu bank ke bank yang lain) melalui MEPS, berapa lama masa diambil untuk duit tersebut dapat dilihat atau dikeluarkan di bank lagi satu?

Jawapannya agak mudah.

1. transfer hari bekerja sebelum 12 tgh hari, dapat pada hari sama selepas 6 petang

2. transfer hari bekerja selepas 12 tgh hari, dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

3. transfer hari tidak bekerja (tak kira masa), dapat pada hari bekerja berikutnya selepas 6 petang

Ini penting jika sekiranya anda ingin membuat pembayaran balik loan atau membeli barang dan tersilap transfer pada hari Jumaat selepas 12 tgh hari dimana duit itu hanya akan clear pada hari Isnin selepas 6 petang.

Semoga bermanfaat, jika ada silap harap beritahu untuk saya betulkan.

Update: Jadual terkini untuk Interbank Funds Transfer

2 thoughts on “MEPS Interbank Transfer – berapa hari clear?

  1. Hatake

    Satu penama telah memindahkan duit dari akaunya ke akaun sy…masa adalah jam 10mlm hari rabu ..sy periksa akaun sy tiada apa2 transaction dilakukan..setelah di tanya..orang itu menjawab dia menggunakan ibg…sekiranya IA memerlukan 3 hari waktu bekerja..pada hari apa Dan pada pukul berapakah Wang it akan masuk ke akaun sy..?? Adalah cara untuk periksa Wang in..?

    1. admin Post author

      IBG transfer ambil masa tak sampai 24 jam. Kalau masuk 10 malam biasanya 8 pagi hari bekerja berikutnya dah clear. Bukan seperti cek.

Comments are closed.