Author Archives: admin

Nak berjaya di internet? Buat dua benda ni

Baiklah hari ni saya nak ulas sedikit tentang 2 parkara terpenting yang perlu dilakukan HARI-HARI oleh internet marketer yang telah dibentangkan oleh Allan Gardyne dari associateprograms dalam newsletter beliau.

Jika anda belum subscribe newsletter beliau, anda boleh lakukan sekarang di associateprograms.com dan mendapat bonus 77 cara nak tarik pelawat ke laman web anda.

Apakah 2 perkara tersebut? Saya pun buat benda itu tetapi tak pernah terfikir ia adalah lebih mudah bila kita mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Jadi, apakah 2 perkara tersebut? Hehe.. tanya lagi. Inilah dia 2 perkara tersebut..

1. Add content

Tambah content untuk website atau blog anda seboleh-bolehnya setiap hari. Untuk mencapai ratusan atau ribuan mukasurat, anda perlu lakukannya dengan konsisten.

Setelah anda mencapai satu tahap, anda akan nampak hasilnya. Trafik akan datang dari sumber-sumber yang tak disangka juga secara konsisten.

2. Add link

Dapatkan link ke laman web anda. Setiap hari cuba cari tempat untuk menambah link ke laman web anda. Sama ada di laman web orang lain, laman web anda sendiri atau di web directory, di blog orang lain dsb.

Sebaik-baiknya link dari website yang mempunyai kaitan dengan laman web anda.

Untuk kesan yang lebih baik. Buat dua perkara ini

1. Add better content
2. Add better link

Untuk kesan yang lebih lebih baik lagi, buat 3 perkara ni

1. Add better content
2. Add better link
3. Capture email address

OK. harap topik ni tak berat untuk anda dan anda boleh terus lakukannya dan jadikan sebagai habit. Selamat berjaya.

Sebelum terlupa, selamat tahun baru hijrah juga kepada semua muslim. Semoga kita dapat menghayati erti hijrah ini. Hijrah ke arah yang lebih baik.

Untuk koleksi artikel berguna, saya telah wujudkan laman web khas perniagaan.net
. Subscribe newsletter untuk memaksimumkan proses penerimaan maklumat.

Maxis 3G now in Rawang!

Maxis jadi penyelamat kepada kelembapan TM untuk pasang streamyx dan kelembapan Celcom 3G mengembangkan sayap di Rawang.

Masa nak beli dulu kata kat Rawang dah cover Celcom 3G. Bila dah beli tak ada pulak even kat tengah bandar as claimed. Boring betul buat sales trick camni. (Sorry la kalau ada orang berkenaan yang baca ni)

Beberapa hari lepas, kat handphone saya (guna Maxis) tetiba ada logo 3G, terus cuba dan memang coverage sangat OK. Connection speed much better than Celcom 3G. Kelajuan download mencapai sehingga 30kbps. Dah hampir setanding dengan Streamyx pakej RM66.

Malam semalam terus ke Maxis KLCC untuk request lagi satu SIM card untuk masukkan dalam 3G card notebook (sambil bawa anak-anak tengok air pancut).

Tak tahan guna handphone as modem kejap je bateri habis sebab banyak guna internet.

Pakej 3G yang ditawarkan terbahagi kepada dua iaitu

*Untuk pay per use ni sesuai untuk cek email dan browse wap je.

Sila rujuk website Maxis untuk keterangan lanjut tentang caj

Senarai handphone 3G

* 3G card untuk notebook harga dalam lingkungan RM1000.

Ohh.. satu lagi, sekarang dah boleh tengok tv kat handphone!

Oleh kerana Maxis dengan Astro adik beradik, jadi banyak la siaran Astro boleh ditengok di handphone dengan caj flat rate RM20 sebulan. Yang ni saya tak boleh komen sebab tak subscribe. Ada pakej percubaan RM1 sehari.

Mungkin lepas ni jadi trend orang tengok bola live kat handphone pulak sambil naik LRT cam dalam iklan πŸ™‚ Tak pun tengok Akademi Fantasia kat handphone sebab kena stay back kat ofis. Haha

Ok dah cukup iklan Maxis. Kena kasi credit sebab telah menyelamatkan keadaan. Dah bertapa 4 bulan sebab internet connection slow. Banyak benda pending. Sekarang masanya untuk cergas semula dengan ilmu pertapaan yang terkumpul..

Visual Google PR viewer

Iklan: Tinggal 4 tempat saja lagi untuk workshop web perniagaan (10 Feb). Harga early bird akan berakhir tak lama lagi.

Ni satu tool yang agak menarik iaitu “visual page rank viewer“. Tool ni akan menunjukkan Google PR untuk semua link atas page yang kita mahukan.

Tool ni mungkin boleh digunakan untuk melihat Google PR atas satu page yang penuh dengan link ke page lain.

1. Masukkan URL untuk laman web

2. Lihat Google PR untuk setiap link dalam laman web tersebut

Ini agak berbeza dengan “Page rank search” yang terus memaparkan Google PR untuk setiap laman web di senarai keputusan carian

Apa itu Google PR?

Menyemak Google PR di Firefox browser

Jika anda masih belum menggunakan Firefox (internet browser yang percuma, selamat dan terbaik). Anda boleh download sekarang Firefox dengan Google Toolbar untuk anda melihat PR setiap laman web yang anda layari


Menyemak back link untuk laman web anda

Back link ialah link laman web lain ke laman web anda. Back link yang berkualiti ialah dari laman web yang popular dan relevan. Semakin banyak back link dan semakin berkualiti back link tersebut, semakin popular laman web anda.

Semakin popular laman web anda, semakin tinggi kebarangkalian untuk laman web anda mendapat tempat tinggi di enjin carian.

Bagaimana untuk nak semak back link?

Senang je, biasanya saya menggunakan yahoo kerana Google tidak menyenaraikan semua back link ke laman web anda.

Sile ke yahoo search di search.yahoo.com
Taip linkdomain:namadomainanda.com

Kalau di Google
Taip link:namadomainanda.com

Tak perlu masukkan www atau http dan click button ‘Search’. Semua laman web yang link ke laman web anda akan tersenarai. Berapakah laman web yang link ke laman web anda?

Baca tip mendapatkan link melalui link exchange

Nak tau bagaimana nak dapatkan laman web untuk link ke laman web anda? Intai pesaing anda. Siapa yang link kepada mereka dan anda lakukan yang sama πŸ˜‰

Ingin belajar lebih tentang pendapatan, perniagaan dan pemasaran internet?
Sertai workshop web perniagaan (setakat ini tinggal 8 tempat saja lagi)

Pengguna Internet di Malaysia

Dah berapa ramai ye pengguna internet di Malaysia sekarang? Sehingga September 2006, pengguna internet di Malaysia adalah seramai lebih 11 juta orang! Kira-kira 40% peratus jumlah penduduk.

Peratusan pengguna internet di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia selepas Hong Kong, Jepun, Korea, Singapura dan Taiwan.

Dari 11 juta, tak pasti pula berapa peratus yang membuat transaksi di internet. Kalau 10% bermakna 1 juta lebih orang berurusniaga secara online. Yang selebihnya mungkin cuma melayari internet dan menggunakan email sahaja.

Untuk perniagaan dan transaksi di internet menjadi lebih maju, lebih banyak kesedaran perlu diberikan kepada pengguna internet secara amnya. Tentang cara berurusniaga, kelebihan dan juga potensi yang internet boleh sediakan.

Adakah anda telah membuat pembelian secara online? Kalau tak pernah, kenapa? Tak selamat? Tak tau apa nak beli? Takut tertipu? Pernah tertipu? Tak perlu? Atau..?

* Statistik dari InternetWorldStats

[tags]pengguna internet, internet malaysia[/tags]

Dah hujung tahun..

Sedar tak sedar dah nak sampai penghujung tahun 2006. Dan yang lebih baik ia diakhiri dengan sambutan Hari Raya Korban yang mulia. Bolehlah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang telah dan akan kita lakukan.

Saya agak kurang ‘mood’ untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Mungkin ramai pengunjung blog dan newsletter saya sedar tentang hal ini. Cuma akhir-akhir ini banyak berfikir dan merancang.

Dalam pemasaran di internet, terlalu banyak perkara-perkara yang kita akan buat berulang-ulang kali sehingga tak terlarat lagi dah nak buat.

Kerana itulah saya ambil masa untuk merancang dan menulis pelan tindakan untuk dilakukan dalam projek akan datang. Menyenaraikan beberapa laman web dan peralatan (tools) yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja.

Disamping itu juga sibuk memikirkan tentang projek yang akan dibuat pada tahun 2007 dan tutup akaun 2006 πŸ™‚

Jadi kesimpulannya sibuk berfikir dan merancang. Saya tak ketinggalan melawat blog rakan-rakan yang lain. Hmm.. ramai juga yang agak kurang menulis akhir-akhir ni. Mungkin sebab cuti banyak, sibuk anak-anak nak masuk sekolah atau juga sedang merancang sesuatu projek rahsia (hehe..).

Sempat juga saya melihat projek Alang terbaru iaitu Ventedoy. Ia berkisar tentang pengiklanan dengan idea yang baru dan unik. Nak tau lebih lanjut bolehlah ke Ventedoy.

Memang tak dinafikan industri pengiklanan di internet memang lumayan. Google jadi top company di US pun kerana perniagaan iklan adwords dan adsense nya yang betul-betul meletup.

Akhir kata saya ingin ucapkan selamat menghayati AidilAdha dan selamat menyambut tahun baru dengan azam dan semangat baru!

Buat duit dengan laporan percuma lagi..

Update: Program ini telah ditutup. Tiada komisen akan dibayar selepas ini.

Ingat lagikah anda laporan percuma “The death of internet marketing”. Kini ada lagi satu laporan percuma yang anda boleh download iaitu “Give PPC the finger”.

Laporan ini menceritakan tentang alternatif pengiklanan kepada PPC (pay per click) dan search engine. Ia cuma setebal 11 mukasurat sahaja.

Penulis ingin memperkenalkan sistem terbarunya modernClick.com.

Berita baiknya, anda boleh mendapatkan wang dengan hanya refer orang untuk download laporan percuma tersebut. Yang lebih baiknya ialah komisen diberi kepada 3 peringkat.

Peringkat 1: USD1.00
Peringkat 2: USD0.75
Peringkat 3: USD0.50

Mari kita buat kira-kira sikit πŸ˜‰

Jika anda mendapat 100 orang yang download, dan 100 orang tadi mendapat 10 setiap seorang dan 1000 orang pula mendapat lagi 10, berapa yang anda akan dapat?

Peringkat 1: USD1.00 x 100 = USD100
Peringkat 2: USD0.75 x 1,000 = USD750
Peringkat 3: USD0.50 x 10,000 = USD5,000

Jumlah: USD5,850 secara percuma! Anda cuma perlu mempromosi sahaja dan tiada belian perlu dibuat. (Betul ke saya kira tu?)

Itu cuma illustrasi sahaja.. Semuanya bergantung kepada usaha anda untuk promosi.

Apa tunggu lagi?
Daftar percuma sekarang sebelum terlambat

Bayaran dibuat melalui paypal. Anda boleh menggunakan duit dalam akaun paypal ini untuk membeli atau membayar pelbagai servis/produk di internet.

Selamat berjaya!

[tags]buat duit, ebook percuma[/tags]

Dapatkan artikel untuk laman web percuma!

Tahukah anda kandungan adalah raja di internet? Content is king! Google dan lain-lain enjin carian sangat menitik beratkan kandungan yang relevan dan berguna di internet.

Untuk anda mewujudkan satu laman web yang berkesan dan mendapat keuntungan, salah satu cara ialah dengan menghasilkan banyak kandungan yang bermutu.

Masalahnya anda mungkin kekurangan idea dan kemahiran untuk menulis. Mungkin kini masalah anda akan dapat diatasi dengan adanya kandungan yang ditulis dan diberi secara percuma. Ia disediakan oleh seorang internet marketer Malaysia yang berpengalaman iaitu Mohd Fairuz.

Apa yang lebih baik ialah kandungan ini anda akan terima bukan sekali malah setiap bulan. Anda juga dibenarkan untuk mengubah, menambah artikel yang diberi tanpa memerlukan anda meletakkan nama penulis asal di bawahnya.

Psst.. Anda juga berpeluang buat duit dengan kandungan web percuma ini. Klik link di bawah untuk mendaftar dan mendapat maklumat lanjut

Update: website ini telah tidak boleh diakses (expired)

Celcom 3G activated

Hari ni 3G Card dah sampai. Lewat seminggu dari HP notebook yang diterima pada Selasa lepas yang dibeli dengan Celcom 3G + HP promo. So lepas ni tak perlu guna handphone untuk connect 3G. Dah dapat kurangkan masalah bateri handphone cepat habis..

Celcom 3G coverage nampaknya lebih luas. Dari segi stability tak tau lagi macam mana. Baru je dapat connect lepas set up 3G card dengan notebook.

Teknologi 3G masih muda jadi tak dapat nak lawan dengan streamyx. Oklah kalau nak guna bila on the move.

Firefox versi 2.0

Jika anda belum menggunakan firefox sebagai internet browser utama anda sangat rugi kerana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding internet browser lain.

Kini Firefox telah mengeluarkan versi terbaru 2.0. Pelbagai perkara telah ditambah, antara perkara yang saya suka tentang Firefox:

Banyak add-on yang memudahkan kerja seperti

– Performancing – untuk menulis blog offline
– TinyURL creator – cuma right click dan anda mendapat tinyurl untuk website tersebut. Boleh disimpan untuk digunakan akan datang
– Fasterfox – browse internet lebih laju
– Answers – alt-click untuk mendapatkan sesuatu perkataan yang akan dipaparkan pada page yang sama
– Adblock Plus – boleh blok/filter imej (biasanya iklan) dari subdomain,domain atau page
– Google toolbar – untuk tengok PageRank, subscribe RSS
– Ada banyak lagi anda boleh semak dan dowload di Firefox extension page

Feature terbaru di Firefox versi 2.0

– Boleh ‘restore session’ jika tertutup browser dan semua tab
– Membuka new window di new tab (tak perlu lagi right click open in new tab)

Beberapa kekurangan

– Agak kurang stabil tapi dapat diselamatkan oleh feature baru ‘restore session’
– Tanda pangkah untuk close tab disetiap tab. Kadang-kadang boleh tersilap tutup tab

Download sekarang Firefox versi 2.0

[tags]firefox, internet browser, mozilla, firefox extensions[/tags]