Baiklah hari ni saya nak ulas sedikit tentang 2 parkara terpenting yang perlu dilakukan HARI-HARI oleh internet marketer yang telah dibentangkan oleh Allan Gardyne dari associateprograms dalam newsletter beliau.
Jika anda belum subscribe newsletter beliau, anda boleh lakukan sekarang di associateprograms.com dan mendapat bonus 77 cara nak tarik pelawat ke laman web anda.
Apakah 2 perkara tersebut? Saya pun buat benda itu tetapi tak pernah terfikir ia adalah lebih mudah bila kita mengetahui apa yang perlu dilakukan.
Jadi, apakah 2 perkara tersebut? Hehe.. tanya lagi. Inilah dia 2 perkara tersebut..
1. Add content
Tambah content untuk website atau blog anda seboleh-bolehnya setiap hari. Untuk mencapai ratusan atau ribuan mukasurat, anda perlu lakukannya dengan konsisten.
Setelah anda mencapai satu tahap, anda akan nampak hasilnya. Trafik akan datang dari sumber-sumber yang tak disangka juga secara konsisten.
2. Add link
Dapatkan link ke laman web anda. Setiap hari cuba cari tempat untuk menambah link ke laman web anda. Sama ada di laman web orang lain, laman web anda sendiri atau di web directory, di blog orang lain dsb.
Sebaik-baiknya link dari website yang mempunyai kaitan dengan laman web anda.
Untuk kesan yang lebih baik. Buat dua perkara ini
1. Add better content
2. Add better link
Untuk kesan yang lebih lebih baik lagi, buat 3 perkara ni
1. Add better content
2. Add better link
3. Capture email address
OK. harap topik ni tak berat untuk anda dan anda boleh terus lakukannya dan jadikan sebagai habit. Selamat berjaya.
Sebelum terlupa, selamat tahun baru hijrah juga kepada semua muslim. Semoga kita dapat menghayati erti hijrah ini. Hijrah ke arah yang lebih baik.
Untuk koleksi artikel berguna, saya telah wujudkan laman web khas perniagaan.net. Subscribe newsletter untuk memaksimumkan proses penerimaan maklumat.