Author Archives: admin

RM5000 online transaction

Bukan saya yang dapat RM5k tapi buat belian terbesar RM5k secara online – melalui internet dan telefon. Sebelum ini belian terbesar USD197 iaitu beli Xsitepro. Tu belum kira monthly payment macam adwords, aweber, hosting dsb yang kalau nak kira-kira semua pun lebih RMxxxx.
Jadi tak mustahil untuk anda mendapat transaksi RMxxx di internet bukan? Belum cuba belum tahu.

Notebook HP yang dibeli dengan HP + Celcom 3G promo dah dapat. Jadi sekarang baru lah ada masa nak setup semua aplikasi penting dan transfer semua data dari notebook lama.

Ada beberapa features menarik kat notebook ni yang dijangka akan lebih membuatkan kerja lebih efisen + efektif (ada beza tau efisen dan efektif. Kalau nak tau baca balik report The Death of IM).
Sebenarnya dah minggu lepas dapat tapi sibuk dengan persediaan workshop 2 disember lepas. Alhamdulillah workshop berjalan lancar. Peserta yang datang begitu bersemangat sekali. Ada yang datang dari Gerik, Perak! Hari tu paling jauh datang dari Johor Bahru.

Tahniah saya ucapkan pada semua dan lepas ni mulalah sesi bimbingan untuk semua bekas peserta. Semoga anda terus bersemangat untuk mula menjana pendapatan di internet dan yang terpenting ambil tindakan.

[tags]hp notebook, celcom 3G, bengkel laman web, duit internet[/tags]

Berapa pendapatan anda dari program affiliate?

Apa jawapan anda untuk soalan tajuk di atas? Berapa yang anda dapat setelah anda mempromosikan program affiliate yang anda telah daftar?

Bagi yang hampa mempromosikan program affiliate, jangan berputus asa. Ada beberapa sebab anda tidak mendapat pendapatan dari program affiliate. Antara sebab-sebabnya

1. Anda tidak menghantar cukup pelawat

Anda perlu menghantar sekurang-kurangnya 200 pelawat ke laman web ‘merchant’ untuk test ‘conversion rate’. Jika dari 200 yang anda hantar, 2 yang beli maknanya conversion rate ialah 1%.

Jadi boleh dikatakan anda perlu hantar 100 pelawat untuk dapatkan 1 jualan. Adakah anda telah menghantar 100 pelawat?

Bagaimana untuk mendapatkan pelawat sebanyak itu? Ada beberapa cara

a – Anda ada opt-in list anda sendiri
b – Anda perlukan laman web yang mendapat pelawat yang ramai setiap hari
c – Anda bayar untuk letak iklan di laman web yang ramai pelawat
d – Anda bayar untuk iklan menggunakan Google Adwords
e – Ada banyak lagi cara.. (saya akan keluarkan e-book pasal pemasaran nanti)
* Kira keuntungan yang anda boleh perolehi sebelum bayar untuk iklan

2. Anda tidak konsisten

Ramai yang berhenti terlalu awal untuk promosi bila tidak mendapat hasil. Hasil hanya akan diperolehi bagi yang konsisten mempromosi kerana setiap kali anda menghantar pelawat ke laman web ‘merchant’, affiliate ID anda akan ‘overwrite’ affiliate ID bagi affiliate sebelumnya.

3. Anda tidak mempromosi pada pasaran sasaran (target market)

Anda tidak boleh letak iklan menjual buku tentang masakan di blog tentang haiwan peliharaan! Anda juga tidak boleh melambakkan semua affiliate di laman web anda dengan harapan ada orang akan klik dan membelinya. (mungkin ada la.. jugak orang beli. hehe.. Tapi teknik ni kurang berkesan)

4. Anda menjual!

Aik? Ni pun salah ke? Rilek, tapi memang betul pun. Siapa suka bila anda asik nak jual barang je. Cuba la kasi tips ke recommendation ke review ke.. baru best. Lepas tu letak la affiliate link di akhir artikel/tips/review/recommendation yang anda karang.

Sukakah anda bila ada orang menjual kepada anda? Atau anda lebih suka ‘kawan’ anda recommend produk kepada anda?

Itu antara sebab kenapa anda tidak dapat komisen dari program affiliate. Jadi jangan salahkan merchant (kadang2 salah merchant jugak, tu nanti kita akan bincang…).

Psst.. berapa yang anda dapat untuk laporan Mike Filsaime? Jika anda tak tau tentang laporan tersebut. Anda boleh dapatkan panduan yang saya tulis (boleh rebrand untuk tukarkan ke affiliate ID anda secara percuma)

Mantapkan ilmu di dada dan teruskan usaha. InsyaAllah anda akan berjaya.

p.s – Jika anda ada tip lain, anda boleh beri komen. Atau mungkin anda tak setuju dengan apa yang saya katakan di atas pun boleh komen.

p.p.s – Untuk banyak lagi tips tentang pemasaran, anda boleh join workshop yang akan diadakan. Bimbingan berterusan melalui forum dan email akan diberikan.

[tags]Affiliate[/tags]

Awas dengan blog FREE

Pagi ni pergi jenguk2 di forum wangcyber ada satu thread pasal blog cikguonline kena suspend sbb langgar TOS (terms of service)

WordPress.com memang agak strict dengan pengiklanan dan revenue generation dekat blog diorang. So berhati-hati untuk post affiliate dan adsense memang langsung tak boleh.

Kalau di blogger.com, adsense memang sah boleh sebab owner dia adalah Google. Ikut mana pun dia akan dapat juga keuntungan.

Jadi berhati-hati bila menggunakan mana-mana servis percuma di internet. Baca dengan berhati-hati syarat yang dikenakan dan jangan lupa backup kerja.

Cara terbaik, beli hosting sendiri dan install wordpress guna Fantastico. So selamat nak letak adsense ke iklan ke apa ke.

To cikguonline, bersabar dan teruskan usaha anda 🙂 Ramai yang memberi sokongan..

Trend internet marketing

Memang betullah cerita Mike Filsaime dalam reportnya “The Death of Internet Marketing“. Sehari dua ni saya melakukan kunjungan ke beberapa blog internet marketer esp Malaysia setelah lama sibuk dengan kerja2 sendiri.

Rata-rata (tak semua) menceritakan perkara yang sama dengan cara yang berbeza. Sama juga seperti di opt-in list yang dihantar. Menarik juga tengok pelbagai teknik yang digunakan..

Mungkin dah mula kena fikirkan tentang ‘bentuk perniagaan’ yang dimaksudkan oleh Mike untuk bertahan pada masa akan datang. Dan fikirkan tentang kelainan dan market yang boleh ditembusi selain internet marketing.

Apa-apa pun setiap orang mempunyai hala tuju masing-masing dan cara masing-masing untuk buat pemasaran dan duit di internet…

Sekarang ni banyak usaha terbantut kerana line internet yang terlalu perlahan. Sedang tunggu notebook + celcom 3g baru, kalau tak ok juga mungkin kena sewa office ataupun pindah rumah lagi.. 

Pemasaran viral menggunakan rebranded e-book/report

Salah satu untuk mempercepatkan proses penyebaran e-book atau report selain dari memberinya secara percuma ialah dengan membenarkan orang lain re-brand (memasukkan affiliate ID mereka) dalam e-book tersebut.

Baru-baru ini saya sibuk mencari PDF rebrand software yang sesuai untuk panduan buat duit dengan laporan percuma dan akhirnya menemui beberapa pilihan.

1. ViralPDF – ini yang paling popular dan mudah di mana anda boleh memberikan satu aplikasi untuk orag download dan menukar sendiri affiliate ID mereka. Saya akan membeli yang ini untuk projek akan datang.

2. PDF link changer – aplikasi ini mencari semua link dalam sesuatu PDF dan boleh menukarnya dengan mudah (perlu dilakukan oleh anda sendiri)

3. Ace PDF brander – lebih kurang seperti PDF link changer tetapi agak mahal

4. PDF995edit – percuma tetapi agak tidak user friendly

5. CustomPDF – generate PDF menggunakan PHP script. Boleh generate PDF fail di server dan orang boleh download fail tersebut.

Sesiapa yang dah download laporan “Death of Internet Marketing” di bawah saya bolehlah mendapatkan panduan ini dengan affiliate ID anda (isi borang di dalam page tersebut)

Ketupat dan open house raya

Tadi saya tengok2 stats dalam awstats. Pergi ke bahagian keywords dan tengok sesuatu yang agak mencuit hati. So nak share dengan anda.

Antara keyword yang orang cari dan sampai ke blog ni ialah tentang ketupat. Oh, rasa-rasanya mesti orang ni nak buat open house kot.

Demam open house belum berakhir lagi. Lepas ni demam cuti sekolah pula. Kalau nak ikutkan takkan habis.

Bulan 12 ni bulan yang sibuk untuk saya settlekan benda yang belum settle dan akan adakan satu lagi workshop terakhir untuk tahun ini (mulanya cadang nak buat tahun depan tapi ramai dah dok tanya dan register waiting list).

Ada sesiapa yang pakar buat ketupat? Haa.. ni peluang untuk anda jual video tutorial untuk buat website menjelang raya tahun depan pulak! Jom pergi workshop dan mula buat perniagaan secara online

Lebih 28,000 dalam masa 120 hari!

Jika anda selalu melayari internet, tentu anda masih ingat dengan nama Gobala Krishnan yang sinonim dengan ebook keluarannya bertajuk chapter-m.

Sekarang beliau hendak mendedahkan rahsia bagaimana caranya beliau menjana lebih RM28,000 dalam masa 120 hari sahaja. Itu pun kalau anda ingin tahu 🙂

Yang lebih baik ialah anda boleh mempelajari teknik yang digunakannya secara percuma sahaja sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan rakyat Malaysia..

Dapatkan percuma sekarang

Panduan ringkas percuma!

Ramai yang bertanya kepada saya apabila menerima promosi tentang laporan percuma “The Death of Internet Marketing”.

Antara soalannya – nak buat apa dengan ni? macam mana nak register? macam mana boleh dapat duit? Dan macam-macam lagi..

Adakah anda masih ‘blur’ dan tak tahu tentang apa yang sering disebut-sebut dengan laporan yang sedang hangat ini?

Tahukah anda, dengan laporan percuma ini anda boleh menjana wang dengan banyak? tetapi dalam masa yang terhad sahaja.

Download panduan percuma yang saya karang ini yang akan menjawab persoalan anda dan menerangkan ‘langkah demi langkah’ cara-cara menggunakan peluang ini untuk menjana wang dalam USD!

Masa semakin suntuk. Panduan ini tak akan berguna lagi bila laporan “The Death of Internet Marketing” ditarik balik.

Download panduan bertajuk “Buat duit mudah dengan laporan percuma” dan mulakan sekarang.

Death of internet marketing pulak!

Lepas kecoh2 pasal death of Adsense. Keluar pula satu lagi report kali ni dari Mike Filsaime tentang death of internet marketing.

Report ni menceritakan tentang ‘trend’ internet marketing sekarang yang semakin menurun tak seperti beberapa tahun lepas (dan mungkin akan terus menurun?). Sebabnya diterangkan secara panjang lebar dalam report.

Ada beberapa perkara yang menarik seperti illustrasi tentang product launch overdose, information overload, effective vs efficient, the long tail effect etc.

Memang berbaloi untuk dibaca. Boleh dijadikan panduan berguna dan tambahkan idea tentang internet marketing.

Download percuma sekarang

Get credit to read/post at forums

Ni salah satu idea baru dan mungkin akan jadi trend.

Anda akan mendapat ‘credit’ setiap kali anda baca dan post di forum. Semakin banyak credit yang anda kumpul, semakin kerap iklan anda akan dipaparkan dan semakin tinggi kebarangkalian untuk laman web anda dilawati.

Boleh cuba percuma paling kurang untuk mendapat idea dan mungkin ia boleh digunakan untuk forum anda 🙂

Daftar dan cuba percuma sekarang (update: website ini sudah tidak ada)