Berapa pendapatan anda dari program affiliate?

Apa jawapan anda untuk soalan tajuk di atas? Berapa yang anda dapat setelah anda mempromosikan program affiliate yang anda telah daftar?

Bagi yang hampa mempromosikan program affiliate, jangan berputus asa. Ada beberapa sebab anda tidak mendapat pendapatan dari program affiliate. Antara sebab-sebabnya

1. Anda tidak menghantar cukup pelawat

Anda perlu menghantar sekurang-kurangnya 200 pelawat ke laman web ‘merchant’ untuk test ‘conversion rate’. Jika dari 200 yang anda hantar, 2 yang beli maknanya conversion rate ialah 1%.

Jadi boleh dikatakan anda perlu hantar 100 pelawat untuk dapatkan 1 jualan. Adakah anda telah menghantar 100 pelawat?

Bagaimana untuk mendapatkan pelawat sebanyak itu? Ada beberapa cara

a – Anda ada opt-in list anda sendiri
b – Anda perlukan laman web yang mendapat pelawat yang ramai setiap hari
c – Anda bayar untuk letak iklan di laman web yang ramai pelawat
d – Anda bayar untuk iklan menggunakan Google Adwords
e – Ada banyak lagi cara.. (saya akan keluarkan e-book pasal pemasaran nanti)
* Kira keuntungan yang anda boleh perolehi sebelum bayar untuk iklan

2. Anda tidak konsisten

Ramai yang berhenti terlalu awal untuk promosi bila tidak mendapat hasil. Hasil hanya akan diperolehi bagi yang konsisten mempromosi kerana setiap kali anda menghantar pelawat ke laman web ‘merchant’, affiliate ID anda akan ‘overwrite’ affiliate ID bagi affiliate sebelumnya.

3. Anda tidak mempromosi pada pasaran sasaran (target market)

Anda tidak boleh letak iklan menjual buku tentang masakan di blog tentang haiwan peliharaan! Anda juga tidak boleh melambakkan semua affiliate di laman web anda dengan harapan ada orang akan klik dan membelinya. (mungkin ada la.. jugak orang beli. hehe.. Tapi teknik ni kurang berkesan)

4. Anda menjual!

Aik? Ni pun salah ke? Rilek, tapi memang betul pun. Siapa suka bila anda asik nak jual barang je. Cuba la kasi tips ke recommendation ke review ke.. baru best. Lepas tu letak la affiliate link di akhir artikel/tips/review/recommendation yang anda karang.

Sukakah anda bila ada orang menjual kepada anda? Atau anda lebih suka ‘kawan’ anda recommend produk kepada anda?

Itu antara sebab kenapa anda tidak dapat komisen dari program affiliate. Jadi jangan salahkan merchant (kadang2 salah merchant jugak, tu nanti kita akan bincang…).

Psst.. berapa yang anda dapat untuk laporan Mike Filsaime? Jika anda tak tau tentang laporan tersebut. Anda boleh dapatkan panduan yang saya tulis (boleh rebrand untuk tukarkan ke affiliate ID anda secara percuma)

Mantapkan ilmu di dada dan teruskan usaha. InsyaAllah anda akan berjaya.

p.s – Jika anda ada tip lain, anda boleh beri komen. Atau mungkin anda tak setuju dengan apa yang saya katakan di atas pun boleh komen.

p.p.s – Untuk banyak lagi tips tentang pemasaran, anda boleh join workshop yang akan diadakan. Bimbingan berterusan melalui forum dan email akan diberikan.

[tags]Affiliate[/tags]

3 thoughts on “Berapa pendapatan anda dari program affiliate?

  1. azwan

    cikgucyber, yahoogroups bergantung pada guideline setiap groups. ada sesetengah membenarkan promosi mungkin dengan syarat tertentu seperti hanya promosi produk berguna, tak boleh skim cepat kaya etc.

Comments are closed.