Author Archives: admin

Macam mana nak kira zakat pendapatan?

Dah nak hujung tahun. Tahun depan azam nak update blog sebulan sekali. Ok tak? Hehe..

Ok sempena nak hujung tahun ni nak tutup akaun. Banyaklah perkara yang ditutup. Kira-kira perniagaan, dapat bonus, muhasabah diri, kira untung internet bisnes dsb.

Tetapi sudahkah anda bayar zakat pendapatan? Layakkah anda untuk bayar zakat pendapatan?

Ramai yang tak jelas lagi pasal zakat pendapatan. Saya bukan ustaz tapi saya cuba sampaikan apa yang saya tahu. Kalau ada tersilap harap dapat betulkan. Kalau ada lebih maklumat harap dapat tambah.

Zakat pendapatan mempunyai nisab yang tertentu. Jika pendapatan bersih anda melebihi nisab, maka anda layak bayar zakat dan menjadi kewajipan anda membayar zakat pendapatan. Ini kerana pendapatan yang kita perolehi terdapat hak orang lain di dalamnya. Jadi inilah cara untuk kita menyucikan pendapatan tersebut.

Pengeluaran zakat tidaklah banyak. Anggaran kasar tidak akan melebihi 2.5% dari jumlah pendapatan. Tapi kalau dikumpulkan setahun mungkin nampak banyak (tapi masih sedikit jika dibandingkan dengan pendapatan setahun kita).

Pengiraannya lebih kurang begini. Continue reading

Kenapa kad debit tak best.

Masih ingat dulu masa kecoh-kecoh pasal debit card yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan. Kononnya dengan debit card, kewangan anda akan lebih terancang dan anda tak akan berhutang. Katanya anda telah membuat pilihan yang lebih bijak! Tapi bank tetap nak “push” kad kredit berbanding kad debit. Hehe

Saya cuba guna kad debit untuk beberapa kali dan boleh tahan sekejap je. Jadi saya simpulkan kad debit masih tak praktikal sampai sekarang.

Ada 2 jenis kad debit. Pertama yang kita kena “top up” duit dalam tu. Kedua, yang link terus ke akaun bank kita.

Berikut ialah beberapa sebab saya kata kad debit tak best (pendapat peribadi). Continue reading

Cara verify kad kredit dalam Paypal

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, anda seharusnya biasa dengan melakukan pembayaran secara online.

Ini kerana pertama mungkin anda akan membeli barangan online dari merchant untuk produk sokongan perniagaan anda (contoh: hosting, opt-in list) dan kedua anda perlu membantu pelanggan anda membuat pembayaran kelak.

Salah satu kaedah pembayaran ialah melalui paypal. Paypal bukanlah sebuah bank tetapi sebuah syarikat yang membantu pengusaha internet mendapatkan pembayaran dengan cara mudah, cepat dan selamat. Continue reading

Anda ada banyak akaun twitter?

Twitter yang digunakan sebagai microblogging makin diterima ramai. Ramai pengusaha perniagaan juga telah mula menggunakan twitter sebagai satu lagi medium pemasaran.

Apa yang berlaku ialah jika anda mempunyai banyak akaun twitter, anda perlu login dan logout ke akaun yang berlainan untuk menghantar ‘tweet’.

Ini akan menyukarkan kerja anda. 2 akaun pun dah cukup menyusahkan. Inikan pula jika anda mempunya 5 akaun twitter untuk 5 perniagaan yang berlainan.

Lama-lama akaun twitter anda tak aktif kerana susah untuk anda membuat posting. Continue reading

Belajar ilmu internet

Sekarang saya sedang sibuk ‘set up’ satu pusat pendidikan untuk perkongsian tentang ilmu internet dan teknologi maklumat.

Satu laman web telah dibuat dan dinamakan kelasInternet.com. Saya dan beberapa lagi rakan sedang sibuk membuat persiapan untuk syllabus kursus yang akan diadakan.

Kursus tertumpu kepada perkongsian tentang perkara teknikal dan perkara penting yang selalu menjadi rintangan dalam memulakan sesuatu perniagaan atau aktiviti lain di internet.

Jika anda berminat untuk belajar bolehlah subscribe newsletter kelasInternet.com. Tips percuma dan update terkini akan dihantar terus ke email anda.

KelasInternet.com terhasil daripada langkah pertama yang saya buat pada tahun 2006.  Apakah langkah pertama anda selepas ini?

Blog atau website?

Nak buat blog ke website? Mana satu pilihan anda? Dan kenapa?

Blog dah jadi satu trend sekarang. Semua orang ada blog dan banyak pula orang ‘claim’ yang blog boleh buat duit. Tak kisah lah dalam buku ke, ebook ke, blog, website, kawan cerita dan sebagainya.

Sebenarnya kewujudan blog dan website ni ada kekuatan/kelemahan masing-masing.

Mengikut pengalaman saya sendiri, pendapatan dari internet yang saya perolehi lebih 90% daripada website (secara terus). Bukan blog. Continue reading

Apa yang kita tertinggal?

Semalam saya pergi ke rumah ibu bapa saya. Mereka baru pulang dari kenduri di Pulau Pinang. Sempat menziarahi balu seorang rakan baik mereka yang baru meninggal dunia (al-fatihah buat Allahyarham).

Saya bersama isteri mendengar kisah lalu tentang bagaimana mereka mengenali Allahyarham. Bagaimana mereka lost contact dan berjumpa semula beberapa kali. Susah-senang yang dikongsi bersama. Macam-macam lagi yang diceritakan secara terperinci oleh ibu saya.

Bila mendengar kisah ini saya terfikir balik, boleh ke saya ceritakan kisah sebegini pada anak-anak atau cucu-cucu nanti jika dipanjangkan umur? Adakah saya mempunyai cerita sedemikian? Atau adakah saya akan ceritakan tentang facebook update? Blog posting? Email archive? Semuanya saya rasa kurang ter ‘kesan’ kepada hidup ni.

Lebih-lebih lagi kehidupan sekarang terlalu berkisar tentang kerja, kerjaya, wang, kebendaan, hiburan dan seumpama. Semua orang terlalu sibuk dan tak punyai masa untuk orang lain.

Kini ia diganti kehidupan maya melalui email, facebook, twitter, blog. Saya bukanlah anti-teknologi tetapi saya rindukan masa-masa lampau di mana perhubungan persahabatan dan persaudaraan itu lebih dari facebook dan email.

Bagaimana pula pendapatan anda?

Semak banyak nama domain sekaligus

Semasa proses nak pilih domain, mungkin ada beberapa nama yang anda telah fikirkan. Mungkin nama-nama tersebut juga anda ingin gunakan .com dan .net yang mana available.

Untuk memudahkan kerja, anda sebenarnya boleh cek semua nama domain tersebut sekaligus dengan tool yang disediakan di domaintools.com. Anda hanya perlu senaraikan domain yang anda inginkan dan klik pada butang “Submit”

scrshot_1

Senarai keputusan akan dipaparkan menunjukkan sama ada nama domain tersebut masih lagi boleh didaftarkan atau telah didaftar oleh orang lain. Anda juga akan ditunjukkan dengan domain extension lain seperti .net .org .info .biz sebagai pilihan.

Cuba tool ini sekarang

Web hosting mana yang bagus?

Dah terlanjur cakap web hosting. Mungkin ramai yang tertanya-tanya web hosting provider mana yang bagus?

Ada beberapa criteria untuk pilih web hosting dan yang paling penting ialah berdasarkan keperluan anda sendiri.

  1. Apakah tujuan anda membeli web hosting – untuk letak website yang simple? forum? email? blog yang akan anda update dengan gambar setiap hari?
  2. Boleh tak kalau hosting down sehari? Atau kalau down sehari anda kena marah oleh customer anda (kalau ada)
  3. Adakah anda akan gunakan advanced feature dalam web hosting anda? Contohnya ruby on rails, setting php.ini, apache etc.

Kalau anda baru bermula dan tak tau apa-apa, boleh mulakan dengan yang paling murah (sekitar RM10-RM50 setahun). Dari sini anda boleh belajar menggunakan standard features yang ada.

Kalau anda seorang yang mahir dan advanced, pilihlah yang mempunyai support yang bagus dan memberikan banyak pilihan advanced features. Yang ni saya sangat syorkan exabytes mengikut pengalaman sendiri.

Rujuk web hosting directory dan pilih kesesuaian anda. Jika perlu, hubungi web hosting provider tersebut untuk bertanya soalan sebelum beli. Dengan cara ini anda juga dapat tahu bagaimana mereka handle pertanyaan dari pelanggan.

Pakej web hosting tanpa had!

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia web hosting di Malaysia walaupun pakej seperti ini telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa beberapa tahun lepas contohnya oleh hostgator.

Pakej web hosting tanpa had ~ Tiada had ‘space’, tiada had untuk ‘bandwidth’ dan tiada had sebanyak mana domain ditambah kepada akaun tersebut (ini yang terpenting).

Dulu saya mengalami masalah untuk host banyak website dengan domain yang berbeza-beza. Untuk mendapatkan hosting terpaksa membuat bayaran dalam RM80 setahun. Kalau ada 10 website bukan RM800 jadinya? Continue reading