Kenapa kad debit tak best.

Masih ingat dulu masa kecoh-kecoh pasal debit card yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan. Kononnya dengan debit card, kewangan anda akan lebih terancang dan anda tak akan berhutang. Katanya anda telah membuat pilihan yang lebih bijak! Tapi bank tetap nak “push” kad kredit berbanding kad debit. Hehe

Saya cuba guna kad debit untuk beberapa kali dan boleh tahan sekejap je. Jadi saya simpulkan kad debit masih tak praktikal sampai sekarang.

Ada 2 jenis kad debit. Pertama yang kita kena “top up” duit dalam tu. Kedua, yang link terus ke akaun bank kita.

Berikut ialah beberapa sebab saya kata kad debit tak best (pendapat peribadi).

1. Kebanyakannya tak boleh digunakan untuk online payment.

2. Bila bayar petrol dia akan “lock” duit dalam akaun sehingga maksimum RM150

3. Kalau yang kena top up, memang tak top up lah jawabnya sebab susah nak cari tempat nak top up.

4. Belanja RM3 baru dapat 1 point (itu pun kalau yang dapatlah) berbanding kad kredit belanja RM1 boleh dapat sampai 5 point! Hoho

5. Tak boleh guna “future money”. Kalau dalam perniagaan atau pelaburan, OPM (other people’s money) adalah bagus untuk leverage. Kad kredit berikan sehingga 50 hari dana percuma untuk kita pusing (jangan silap pusing sudah)

6. Kad debit hampir sama bahaya je dengan kad kredit (kalau banyak duit dalam tu) kerana duit dalam tu tak nampak macam duit “cash”

Jadi sehingga sekarang saya terus menggunakan kad kredit setelah banyak kali cuba nak guna debit card kerana kad kredit lagi best. Kena jaga jangan sampai kad kredit “makan tuan”.

p/s: Mula tahun depan kena bayar RM50 cukai untuk setiap kad. Jadi kena maintain 1 kad sahaja. Kad mana lah akan jadi mangsa untuk ditamatkan perkhidmatan..

6 thoughts on “Kenapa kad debit tak best.

  1. namran

    betul tu.
    kadang2 memang tak berbaloi pun
    tiap transaction kene bank in dulu.

    rase ade dua kad debit
    xpenah pakai pun sampai skrg.

    sebelum buat mmg ada plan nk try guna..

    tapi kad kredit lagi berguna.. hehe

  2. AimanAhmad

    betul tu.. saya pun dh beralih ke kad kredit tp kene limitkan rm500 je sebulan.. kalo lebih… macam yang tuan katala.. makan diri..

  3. afaf

    nk tanye..klo kte bru buat debit card maybank…dy ade tempoh tertentu ke untuk valid…contohnye slps 2 jam wat kad bru kte boleh gne tok mmbeli belah…sbb mslhnye..sy lps bbrp jam buat je debit kad maybank tu, sy tros isi borang something la..nk wat pembelian on9..tp dy kte valid account is required…padahal sy da isi no akaun yg btol~..hurm..cne tu?

    1. azwan

      Setahu saya lepas dah buat terus boleh guna. Untuk buat online transaction, kena activate untuk enable online purchase dalam m2u dulu. Tapi saya cek dalam m2u dah tak ada link tu maybe sebab saya dah pernah buat dulu. Lepas login m2u. Click pada “Home”. Sepatutnya akan ada link “Maybankard Secure Online Shopping Registration” bawah kategori “Utilities”. Lepas dah isi form tu akan ambil masa dalam 24 jam kot untuk boleh guna for online purchase

Comments are closed.