Macam mana nak kira zakat pendapatan?

Dah nak hujung tahun. Tahun depan azam nak update blog sebulan sekali. Ok tak? Hehe..

Ok sempena nak hujung tahun ni nak tutup akaun. Banyaklah perkara yang ditutup. Kira-kira perniagaan, dapat bonus, muhasabah diri, kira untung internet bisnes dsb.

Tetapi sudahkah anda bayar zakat pendapatan? Layakkah anda untuk bayar zakat pendapatan?

Ramai yang tak jelas lagi pasal zakat pendapatan. Saya bukan ustaz tapi saya cuba sampaikan apa yang saya tahu. Kalau ada tersilap harap dapat betulkan. Kalau ada lebih maklumat harap dapat tambah.

Zakat pendapatan mempunyai nisab yang tertentu. Jika pendapatan bersih anda melebihi nisab, maka anda layak bayar zakat dan menjadi kewajipan anda membayar zakat pendapatan. Ini kerana pendapatan yang kita perolehi terdapat hak orang lain di dalamnya. Jadi inilah cara untuk kita menyucikan pendapatan tersebut.

Pengeluaran zakat tidaklah banyak. Anggaran kasar tidak akan melebihi 2.5% dari jumlah pendapatan. Tapi kalau dikumpulkan setahun mungkin nampak banyak (tapi masih sedikit jika dibandingkan dengan pendapatan setahun kita).

Pengiraannya lebih kurang begini.

1. Kira jumlah pendapatan kasar anda setahun. Jika gaji sebulan RM3,000, jadi gaji kasar setahun ialah RM3,000 x 12bulan = RM36,000. Kalau dapat bonus dan pendapatan lain, tambahkan sekali.

2. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan seperti diri sendiri (8k), isteri (3k) dan anak-anak (1k seorang), ibubapa, kwsp dan jumlah simpanan tabung haji untuk tahun ini.

Jumlah 1 (pendapatan) ditolak dengan jumlah 2 (perbelanjaan) dapatlah jumlah pendapatan ‘bersih’ yang akan dikenakan zakat. Itupun jika jumlah bersih melebihi nisab (contoh nisab RM8k untuk wilayah).

Susah? Tu cara manual untuk pemahaman kita bersama. Untuk lebih mudah, gunakan saja kalkulator yang disediakan oleh pusat zakat di kawasan masing-masing. Klik pada link di bawah.

Pusat zakat wilayah | Pusat zakat selangor

Lain-lain pusat zakat bolehlah rujuk laman web pusat zakat yang berkenaan. Harap maklumat ini membantu dan dapatlah kita bersihkan pendapatan kita dengan cara mengeluarkan zakat. Ia dapat membantu asnaf yang sangat memerlukan serta pembangunan ummah secara keseluruhan.

Jika terdapat soalan, bolehlah lawati laman web atau hubungi pusat pungutan zakat kawasan masing-masing. Termasuk cara pengiraan, pembayaran, jenis-jenis zakat yang lain seperti simpanan, emas dan sebagainya.

6 thoughts on “Macam mana nak kira zakat pendapatan?

  1. Siti Nor Eleza Razari

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya megenai simpanan ASB yang dibuat secara pinjaman(ASB loan) kepada Bank. Mungkin principal tidak dinyatakan didalam buku simpanan kerana ia masih dikira sebagai pinjaman, tetapi bagaimana pula bonus tahunan yang di peroleh pada awal tahun,tetapi bonus/dividen tersebut akan digunakan untuk membayar pinjaman bagi tahun hadapannya. Dalam erti kata lain duit itu di rolling semula untuk melunaskan pinjaman, Adakah jumlah dividen itu perlu di kirakan zakatnya?

    1. azwan

      Perkara ni boleh rujuk ke pusat zakat. Dalam situasi yang ragu-ragu, saya sarankan kira sahaja zakat kerana jumlahnya terlalu kecil iaitu 2.5% sahaja. Selebihnya boleh digunakan untuk apa saja termasuk bayaran semula pinjaman. Wallahua’lam.

  2. helmi

    salam

    dalam mana2 web yg saya jumpa cara pengiraan zakat pendapatan merujuk kpd pendapatan setahun sahaja. jika saya sudah mempunyai pendapatan dari tahun sebelumnya, adakah ianya akan dicampur sekali atau dikira pendapatan yg BARU diperoleh bermula januari tahun itu sahaja?

    1. admin Post author

      Boleh kira pendapatan tahun sebelumnya secara berasingan dan buat pembayaran zakat yang sepatutnya. Tiada denda lewat bayar dikenakan.

Comments are closed.