Category Archives: Business

Getting your first dollar

Not sure whether I wrote about this before but just to remind myself about this matter. It is the key for success in making money actually.

People always talk about getting extra money. Make BIG money but most of them who talked about it just didn’t make it. And they will continue to talk about it.

These people will talk about what is the best business to do now, high margin, low risk, mass market, profitable. The ‘smarter’ people then talk about how to penetrate the market, doing a viral marketing approach to get more money in very little time.

At the end, none of those “smart” people is making money. I think because they are too ‘smart’ to see the little yet so important thing; which is how you want to get your first dollar. Once you can do this, you have no problem making ‘extra’ money. That’s the small secret.

p/s: Am thinking to get my first dollar for my new project………..

[tags]business tips, making money, money online[/tags]

Rahsia kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong

Saya mendapat satu artikel akhbar tentang Tan Sri Lim Goh Tong yang terkenal dengan kejayaan membina empayar Genting. Berikut ada sedikit nasihat yang dikongsikan beliau untuk sesiapa yang ingin berjaya.

‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.
‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan – lakukan secara berperingkat walaupun perlahan – asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Saya belum tahu dari mana sumber ini dipetik. Akan update lagi untuk sumber asal artikel ini.

[tags]rahsia kejayaan, lim goh tong, genting, tips perniagaan[/tags]

Nak buat B2B atau B2C

Dah beberapa lama kerja sendiri, di sini saya nak kongsikan pengalaman sikit tentang model perniagaan B2B dan B2C.

Sebelum pergi jauh, untuk yang masih tak tau B2B ialah business to business manakala B2C ialah business to consumer. Atau dengan kata lain B2B kita beri perkhidmatan/produk kepada bisnes lain manakala untuk B2C kita menjual kepada orang perseorangan.

Kelebihan B2B ialah amaun bayaran yang diterima lebih besar jumlahnya (company willing to spend more) tapi kekurangannya perlukan banyak proses seperti hantar quotation, tunggu purchase order, nak mintak payment kena invois dan yang paling leceh nak dapatkan payment yang ada sesetengahnya makan tahun! menyebabkan susah kita nak roll duit untuk perniagaan.

Disebabkan banyak masalah dengan B2B saya cuba memasuki B2C dimana lebih berurusan dengan orang perseorangan. Memang lebih mudah (kurang karenah tertutama bab pembayaran) tetapi perlukan volume yang besar untuk menyamai target B2B. Jadi perlukan sistem otomatik untuk pemasaran, jualan, pembayaran, resit dsb. Kalau tidak memang penat.

Walaubagaimanapun terdapat juga golongan orang perseorangan yang mempunyai budget besar untuk sesetengah perkara tetapi terhad untuk bidang tertentu.

Contohnya budget untuk melangsungkan perkahwinan seperti membayar catering, andaman dan jurugambar yang agak tinggi. Atau mungkin juga orang ‘berada’ yang mempunyai citarasa tinggi untuk membayar upah dekorasi rumah atau design pakaian yang lain dari yang lain. Mereka sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk perkara tersebut.

Contoh satu perniagan B2B yang berjaya ialah seperti Jobstreet dan contoh B2C yang berjaya ialah AirAsia. Jika anda ingin menceburkan diri dalam perniagaan, putuskan anda ingin pilih B2B atau B2C. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Yang mana lebih sesuai untuk anda?

[tags]perniagaan, bisnes[/tags]

Sudah terang lagi bersuluh

Semalam majlis fatwa kebangsaan dah umumkan pelaburan internet adalah haram. Itulah yang mungkin ditunggu-tunggu oleh pelabur internet yang aktif memperjuangkan skim tersebut.

Dah macam-macam yang dikatakan sebelum ni macam tak masuk akal je oleh pelabur aktif ni. Dah terang-terang interest tu haram, tapi tak tau macam mana boleh putar belit jadi halal. Bila orang tegur, melenting marah.

Tak tahulah lepas ni apa pula hujah yang akan dikemukakan kalau ada lagi yang sibuk dok promosikan skim pelaburan di internet ni.

Untuk yang baru nak mula melabur beruntunglah sebab tak rugi banyak. Yang dah melabur tu berhenti serta merta dan sedekahkan semua keuntungan sebab tak boleh guna sendiri pun duit keuntungan tu. Itu pun kalau untunglah sebab banyak dah skim yang dah bawa lari duit.

Satu lagi kerja yang harus dilakukan untuk sesiapa yang melabur ialah memberitahu semua ‘orang bawahannya’ yang pelaburan internet adalah haram sebagaimana mereka mempromosi untuk join skim pelaburan sebelum ini. Sebab ada ‘saham’ juga kat orang2 bawah tu. Jangan lupa..

Mulakanlah perniagaan internet yang sebenar atau sertai program yang betul-betul sah. Kalau tak tau, belajar. Pendapatan yang sikit tapi berkat lebih baik dari yang banyak tetapi haram atau syubahat. Peringatan untuk diri sendiri juga. Wallahua’lam..

[tags]perniagaan internet, pelaburan internet[/tags]

Mendapatkan produk untuk dijual di internet

Adakah anda telah mula menjana pendapatan di internet? Jika belum, apa yang sedang menghalang anda daripada memulakannya?

Ramai yang mengadu tak ada produk untuk dijual online atau tak tau apa yang hendak dijual online. (Kalau nak dikira alasan ramai orang memang pandai mencipta alasan. Memang kreatif :P)

Tahukah anda cara paling mudah untuk bermula di internet ialah dengan JV (joint venture). Anda tidak mempunyai produk, jadi carilah orang yang mempunyai produk untuk anda jual di internet.

Di internet ada beberapa cara untuk anda menjual produk orang lain.

1. Affiliate program

Anda cuma ‘refer’ orang ke laman web penjual produk tersebut. Bila ada jualan anda akan mendapat komisen.

Dengan cara ini anda tak perlu ada produk, tak perlu menerima bayaran, tak perlu berurusan dengan pelanggan dsb. Anda hanya perlu memperkenalkan prospek kepada laman web penjual.

2. Resell rights

Anda membeli produk dan anda mempunyai hak menjualnya kembali mengikut terma dan syarat yang dikenakan oleh tuan punya produk.

Anda boleh menyimpan 100% daripada keuntungan yang anda perolehi.

Peringatan: Beli produk resell right yang anda rasa anda MAMPU untuk menjualnya. Jangan beli produk yang dah terlalu ramai menjualnya. Ini akan mendatangkan masalah kepada anda.

3. PLR (private label rights)

Anda membeli produk PLR kemudian anda boleh mengubahnya mengikut kehendak anda dan meletakkan nama anda sebagai pengeluar/penulis produk tersebut.

Keuntungan 100% juga menjadi milik anda.

Produk PLR popular untuk artikel, ebook dan perisian komputer.

4. JV (joint venture)

Anda kenal dengan sesiapa yang mempunyai produk unik yang masih belum dijual di internet? Hubungi mereka dan buat pakatan. Anda menjual di internet, dia akan sediakan produknya.

Salah seorang rakan saya, Tazilan ada menjual VCD panduan solat ketika sakit dengan kerjasama pihak lain.

Mudah bukan? Yang penting anda perlu memulakannya. Gagal setelah mencuba lebih baik dari tak mencuba langsung.

Atau anda nak ikut kata-kata seperti dalam file animasi “robots” – Never try, never fail 🙂

Ada lagi beberapa cara lain yang agak kurang popular yang menggunakan produk orang lain untuk meraih pendapatan di internet. Anda boleh buat carian untuk setiap cara yang dinyatakan di atas.

Promosi:

Jika anda ingin belajar cara membina laman web untuk menjual (secara hands-on) dan juga teknik pemasaran yang anda boleh gunakan. Anda boleh hadir ke workshop laman web perniagaan yang akan diadakan pada 7 April 2007 di MMU Cyberjaya.

Workshop ini ialah yang ke-6 akan diadakan dan telah ramai yang mendapat manfaat darinya. Semua peserta diberi bimbingan selepas workshop di forum tertutup dan mailing list.

Anda akan belajar bukan sekadar membina laman web malah lebih banyak dari itu. Workshop ini sesuai untuk ‘newbie’ yang mempunyai asas penggunaan komputer dan internet.

Maklumat lanjut dan pendaftaran

p.s. Harga early bird (jimat RM40) sehingga 16 Mac dan tempat duduk terhad kepada 25 orang sahaja.

[tags]perniagaan internet, peluang perniagaan, iklan produk, laman web[/tags]

Talk pendapatan internet @UiTM

Sebenarnya event ni dah lama di adakan (27 Jan) tetapi saya baru je dapat sikit gambar dari penganjur, jadi saya post di sini untuk dikongsikan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saya dijemput untuk berkongsi sikit pendapat (bukan pendapatan ye) dengan rakan2 pelajar di UiTM Shah Alam.

Ini satu program yang bagus mendedahkan tentang perkara yang betul menjana pendapatan di internet di peringkat awal lagi.

Sambutan agak menggalakkan walaupun promosi dijalankan agak lewat atau dengan kata lain ‘last minute’. Kena pulak student baru dapal elaun PTPTN so ramai yang pergi enjoy hari tu. Tahniah kepada yang hadir dan enjoy talk perniagaan/pendapatan internet pada hari tersebut.

Sebelum ini pun saya ada buat beberapa talk ringkas di beberapa IPT anjuran kelab permata dan pernah sekali bergabung dengan shuth tapi tak sempat la nak bersembang2 sebab dia dah cabut awal.

Atas permintaan penganjur dan pelajar, saya akan menjalankan workshop laman web perniagaan dengan harga diskaun pelajar. Tempat di UiTM pada 24 Feb (Sabtu ni). Jadi ni merupakan workshop kali ke-5 seumpamanya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi penganjur – khairul di 012-9110950 (untuk student UiTM atau berdekatan sahaja dan bawah 23 tahun).

Tempat duduk hampir penuh. Jadi jika nak hadir, bolehlah contact penganjur dan buat tempahan.

[tags]workshop laman web perniagaan, perniagaan internet, pendapatan di internet[/tags]

Makan gaji vs Berniaga

Tengah duduk2 terfikir pula, kalau duduk saja camne duit nak masuk (ada jugak la masuk. hehe) tapi kalau kerja lebih lagi banyak masuk.

Bila makan gaji, kalau duduk saja dan buat kerja sikit2 pun hujung bulan tetap dapat gaji (ini gaji buta namanya). Ia lebih kepada time oriented. Kira berapa jam kita kerja. Tak cukup jam, tolak cuti atau tolak gaji.

Tapi ada juga kerja yang pentingkan deliverable mengikut scope yang ditentukan. Kalau dah banyak kali tak deliver, faham2 je la.

Kalau berniaga atau buat sales lebih kepada result oriented. Kalau tak dapat jualan maknanya tak dapat pendapatan atau komisen.

Dalam perniagaan kenalah bekerja secara bijak bukan kerja keras semata-mata. Jika cukup leverage, kerja yang sukar pun boleh jadi mudah. Kerja yang sikit pun boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.

Sebab tu ada orang iklankan – tak perlu menjual tak perlu menaja, duduk saja dapat duit. hehehe

Seperti yang diceritakan dalam buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki, kita perlu bijak menggunakan OPM dan OPT iaitu other people’s money and other people’s time (bayar gaji untuk dapat masa lebih 24 jam sehari)

Dalam perniagaan internet ada lagi satu OPT iaitu other people’s traffic 🙂 Kalau kita tak dapat top rank di search engine, iklankan produk kita di website yang mendapat top rank di search engine. Itu cara mudah untuk menggunakan OPT untuk mendapatkan lebih ramai prospek.

Tu je tips yang saya nak kongsikan, tapi cuba anda buat kalau nak tau keberkesanannya..

[tags]pemasaran internet, perniagaan internet, makan gaji, perniagaan[/tags]

Workshop laman web perniagaan selesai

Setelah beberapa hari membuat persiapan untuk workshop kali ke-4 akhirnya ia telah selesai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Syllabus baru pun nampak lebih mendatangkan kesan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan teruskan berkomunikasi walaupun workshop dah berakhir. Terima kasih juga atas feedback dan testimoni yang diberi. Saya akan terus revise syllabus untuk memberi yang terbaik kepada peserta dimasa akan datang.

Di atas ialah gambar peserta sedang mengikuti workshop hands-on yang diadakan dengan kemudahan lengkap dan serba baru di MMU, Cyberjaya. Ada yang datang dari Kelantan dan Penang. Harap anda pulang dengan azam baru dan ilmu yang lebih untuk bermula.

Ramai juga sebenarnya yang memang berbakat, cuma perlukan sedikit lagi guide dan usaha. InsyaAllah saya akan usahakan permintaan untuk workshop lanjutan bagi yang dah berjaya ketahap yang ditetapkan untuk perkongsian yang lebih mendalam.

Rasa nak demam pun ada ni, tapi terpaksalah bertahan kerana esok ada launch e-book pemasaran di internet. Saya masih lagi update e-book tersebut selagi ada idea untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli.

Jadi orang terawal membeli dan anda akan mendapat rebet 50% dari harga e-book. Nak tau bagaimana? Anda boleh subscribe list siripanduan.com. Anda orang pertama yang akan tahu. Satu panduan ringkas baru juga hampir siap sebagai buah tangan kepada subscribers siripanduan.com nanti.

Lepas workshop sempat lagi saya duduk berbual dengan rakan perniagan saya, Azizi untuk projek seterusnya. InsyaAllah dalam bulan 3 nanti akan bermula.

Ada satu kata-kata yang dikongsi yang menarik perhatian saya dan saya ingin kongsikan dengan anda pula. Bila balik saya buat search di gogle dan ini ialah proverb yang dimaksudkan

“When I dream alone, it is just a dream.
When we dream together, it is the beginning of reality.
When we work together, following our dream, it is the Creation of Heaven on Earth “
–Adapted Brazilian Proverb

Walau apa pun yang anda lakukan (yang baik2 je la) saya doakan semoga anda berjaya. Teruskan belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal..

Psst. jangan lupa jenguk siripanduan.com

USD1 berapa RM?

Tip ringkas. Semakin ramai yang buat bisnes di internet dan berurusan dengan USD atau matawang asing yang lain.

Untuk sesiapa yang selalu membeli mungkin sekarang lebih untung kerana matawang ringgit malaysia naik berbanding RM3.8 dahulu untuk USD1.

Sebaliknya sesiapa yang menjual produk/servis luar Malaysia atau mendapat komisen dalam USD agak kurang apabila ditukar ke ringgit sekarang ini. Ni mungkin agak terasa jika menukar wang dalam jumlah yang besar.

Bagaimana untuk menyemak tukaran matawang RM dan USD? Cara termudah ialah dengan menggunakan perkhidmatan percuma Yahoo Currency

Review Panduan Membeli Rumah – Tips Hartanah

Semalam telefon bimbit saya berbunyi. Oh panggilan dari rakan saya yang juga rakan perniagaan internet saya. Kami menjalankan servis design untuk pasaran global. Masih diperingkat permulaan.

Dia bertanya “Wan, e-book tipshartanah ok tak?”. Jawab saya “Hmm. Memang detail, complete jugaklah”. “Aku nak beli rumah ni. Dah dapat kat area Kinrara, tapi nak baca-baca dululah sebab tak pernah beli rumah lagi. Tu la nak tanya pasal ebook tu. Kalau ok aku nak beli”.

Satu yang saya respek rakan saya ni dia akan membeli yang ‘ori’ kerana baginya untuk mendapatkan ilmu dari ebook atau buku, dia akan keluarkan duit bagi terus menyokong. Sama juga dengan album kaset dan CD.

“Kalau kita tak beli yang ‘ori’ camne diorang nak terus ‘hidup’?” katanya. Memang betul pun. Sekarang pun saya dah beransur-ansur menukarkan perisian komputer saya dengan yang ‘ori’ termasuk Windows dan perisian penting dalam perniagaan internet.

Berbalik kepada e-book tips hartanah. Sebenarnya, e-book tersebut dah lama berada dalam notebook saya dan saya dah pernah baca beberapa kali tetapi masih belum sempat menulis review tentang e-book tersebut.

Pagi ini perkara pertama yang saya buat ialah membaca kembali e-book tersebut khas untuk menulis sedikit review bagi mereka yang sedang pertimbangkan untuk membelinya.

Bukan sedikit tapi banyak juga ni sebab e-book ini memang lengkap dengan jumlah mukasurat hampir 100! Jarang saya jumpa e-book ‘setebal’ ini.

E-book ini menceritakan dari awal hingga akhir proses pembelian rumah iaitu dari pencarian rumah, berurusan dengan ejen, melihat rumah, penilaian harga rumah, dokumen, pembayaran, pinjaman, pengeluaran kwsp sehingga pembatalan (dalam kes tertentu).

Apa yang menyebabkan saya kata e-book ini lengkap ialah kerana ia banyak menceritakan bukan saja tips yang ‘common sense’ tetapi lebih dari itu.

Ia melibatkan kira-kira pinjaman, yuran peguam, senarai semak pembelian rumah, mendapatkan pinjaman yang sesuai, huraian lengkap proses pengeluaran wang KWSP, dokumen-dokumen yang berkaitan pembelian dan pinjaman, cara menyemak status CCRIS dan CTOS (untuk kedudukan kredit), isu pembelian rumah seperti menduduki rumah lebih awal, masalah pinjaman dan pembatalan pembelian.

E-book ini ditutup dengan gambarajah keseruhan proses pembelian rumah dari awal hingga akhir beserta borang senarai semak untuk membeli rumah. Supaya anda tak terlepas pandang dengan perkara-perkara yang anda fikirkan remeh tetapi sebenarnya penting.

Banyak perkara yang diceritakan begitu mendalam kerana penulis telah berpengalaman menempuh proses pembelian rumah dan telah menyenaraikan kesilapan yang harus anda elak.

E-book ini juga datang sekali dengan bonus 10% diskaun yuran guaman dan laman web/forum ahli untuk penjelasan, soal-jawab lebih lanjut dan dokumen/borang lain yang berkaitan.

Bila membaca e-book ini, teringat kembali proses sukar yang saya lalui semasa membeli rumah pertama. Seperti penulis nyatakan, ia bukanlah sukar tetapi menjadi rumit kerana anda hanya melakukannya mungkin sekali atau dua saja seumur hidup (bagi yang bukan melabur dalam hartanah).

Jika sebelum ini saya dah membaca e-book ini, mungkin ia dapat menyelamatkan saya dari masalah yang saya tempuhi termasuk silap memilih lokasi dan kedudukan rumah, tidak memilih pakej pinjaman yang betul dan tidak mengetahui hak dan proses pembelian rumah. Ini semua menyebabkan kerugian yang bukan sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit jika dikira semula.

Jadi bagi saya RM40 harga buku ini adalah sangat berbaloi jika dibandingkan ribuan RM anda dapat jimat. RM40 dari RM200,000 harga rumah cuma 0.02% (tak sampai 0.2% atau 2%) dari harga rumah. Mungkin ebook tips hartanah ni boleh dipertimbangkan termasuk dalam pelaburan hartanah anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian sila ke tipshartanah.com

[tags]panduan membeli rumah, jual beli rumah[/tags]