Baru-baru ni plan nak buat few wordpress blog for few niches. Jadi pergi le mencari-cari theme yang sesuai untuk project tersebut. Saya download theme yang mempunyai 3 columns.
Lepas tu mulalah kerja-kerja modify code untuk masukkan affiliates and adsense code serta memantapkan lagi penampilan blog tersebut.
Bila dah siap, upload ke internet. Saya mula perasan satu benda. Loading time sangat perlahan. Kalau website lain dah load, blog yang dibuat dengan wordpress tadi masih lagi loading.
Hmmm.. ni salah satu kelemahan sesetengah theme wordpress (bukan semua). Jadi jika anda ingin tukar theme, ambil kira loading time untuk theme tersebut.
Apa yang saya nampak, wordpress is too flexible. Mempunyai banyak logik dan checking (if else statement and include dalam coding) menyebabkan setiap kali load memerlukan masa yang panjang.
Alternatifnya saya telah membeli perisian Xsitepro yang telah lama saya usha. Heheh.. At last saya mengaku yang saya memerlukan software ni. Dengan senang hatinya (tak ada le senang hati sangat) saya pun membuat online order di website Xsitepro dan pembayaran sebanyak USD197 sahaja (memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga Dreamweaver original π ).
Lepas dah beli, download, install dan cuba. Pehhh.. memang rasa rugi sangat sebab tak beli perisian ni sejak dari dulu lagi.
Memang mudah, cepat dan banyak features yang ada sesetengahnya saya tak terfikir seperti sitemap yang lengkap, proses inter-page link yang menyenangkan, betapa mudahnya memasukkan adsense code dsb. Pasal SEO tak perlu cakap, semua dah dibereskan.
Semua editing dibuat secara offline jadi lebih laju. Dan uploading fail juga laju kerana semua fail di’generate’ kepada .html fail (tak perlu apa-apa logik PHP dsb). Yang paling best loading untuk website lebih laju dan navigation ala website yang lebih mudah.
Sesiapa yang perlukan banyak laman web, anda tak rugi untuk mencuba Xsitepro. Kalau sesiapa ada soalan pasal Xsitepro ni (cam pre-sale questions la) bolehla bertanya. Saya akan bantu apa yang saya tahu π