Category Archives: Motivation

Pembunuh produktiviti!

Boleh dikatakan semua orang yang bekerja pejabat sekarang duduk di hadapan komputer untuk bekerja. Komputer sekarang dengan kuasa internet telah menjadi satu alat yang sangat berguna.

Tak kurang juga menjadi alat yang membunuh produktiviti pekerja atau sesiapa saja yang menghadap komputer. Ia menyebabkan banyak gangguan dan hilang tumpuan semasa sedang membuat sesuatu kerja.

Antara aplikasi internet yang selalu dianggap pembunuh produktiviti ialah Continue reading

Kisah katak dalam kolam

Cerita ni saya dapat dari seorang kawan lama. Mungkin boleh jadi pengajaran pada anda.

Pada zaman dahulu, ada seekor katak yang tinggal dalam kolam yang besar dan cantik. Setiap hari katak ini akan menjerit “Ownk, ownk”. Dia tidak henti-henti menjerit dan berkomunikasi dengan katak-katak lain yang berada dalam kolam besar tersebut.

frogSetelah sekian lama katak ni menjerit, dia mula berfikir.. “Ada orang lain dengar ke aku dok menjerit ni? Adakah usaha aku selama ni sia-sia je? Atau memberikan kesan yang sangat sikit pada komuniti katak dan haiwan lain di sini?”

Setelah berfikir panjang, katak tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke kolam lain. Dia pun mulalah berjalan dan melompat, berjalan dan melompat sampailah ia ke sebuah kolam kecil yang cantik dan jernih airnya.

Di kolam tersebut, terdapat komuniti katak yang sedikit dan sangat mesra alam. Maka katak tersebut sekali lagi membuat keputusan (katak pun pandai buat keputusan dengan cepat) untuk menetap di kolam tersebut.

Di kolam baru itu, katak ini pun mulalah berkomunikasi seperti dulu “ownk, ownk” tetapi kali ini apa yang diperkatakan oleh katak ini didengari dan dihargai oleh setiap komuniti dalam kolam tersebut.

Malah kehadiran katak tersebut telah memberi impak maksima kepada komuniti di situ. Apa yang diperkatakan sentiasa didengari. Idea bernas yang dikeluarkan juga sangat dihargai.

Maka katak tersebut kini berpuas hati kerana dalam kolam kecil itu kini dia lebih berharga dan dapat memberi impak maksima kepada warga lain dari duduk di kolam yang berprestij dan besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Moral dari cerita ini. Adakah anda sekarang berada disituasi kolam besar atau kolam kecil? Adakah apa yang anda katakan didengari dan adakah anda memberi sumbangan kepada komuniti anda?

Nota: Dalam cerita katak ini tiada katak atau haiwan lain yang tercedera atau mati. Tak seekor pun katak atau haiwan lain dalam cerita ini yang ada kena mengena dengan katak (atau manusia atau haiwan lain) yang hidup atau yang mati.

Rahsia kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong

Saya mendapat satu artikel akhbar tentang Tan Sri Lim Goh Tong yang terkenal dengan kejayaan membina empayar Genting. Berikut ada sedikit nasihat yang dikongsikan beliau untuk sesiapa yang ingin berjaya.

‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.
‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.
‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan – lakukan secara berperingkat walaupun perlahan – asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.
‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Saya belum tahu dari mana sumber ini dipetik. Akan update lagi untuk sumber asal artikel ini.

[tags]rahsia kejayaan, lim goh tong, genting, tips perniagaan[/tags]