Kisah katak dalam kolam

Cerita ni saya dapat dari seorang kawan lama. Mungkin boleh jadi pengajaran pada anda.

Pada zaman dahulu, ada seekor katak yang tinggal dalam kolam yang besar dan cantik. Setiap hari katak ini akan menjerit “Ownk, ownk”. Dia tidak henti-henti menjerit dan berkomunikasi dengan katak-katak lain yang berada dalam kolam besar tersebut.

frogSetelah sekian lama katak ni menjerit, dia mula berfikir.. “Ada orang lain dengar ke aku dok menjerit ni? Adakah usaha aku selama ni sia-sia je? Atau memberikan kesan yang sangat sikit pada komuniti katak dan haiwan lain di sini?”

Setelah berfikir panjang, katak tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke kolam lain. Dia pun mulalah berjalan dan melompat, berjalan dan melompat sampailah ia ke sebuah kolam kecil yang cantik dan jernih airnya.

Di kolam tersebut, terdapat komuniti katak yang sedikit dan sangat mesra alam. Maka katak tersebut sekali lagi membuat keputusan (katak pun pandai buat keputusan dengan cepat) untuk menetap di kolam tersebut.

Di kolam baru itu, katak ini pun mulalah berkomunikasi seperti dulu “ownk, ownk” tetapi kali ini apa yang diperkatakan oleh katak ini didengari dan dihargai oleh setiap komuniti dalam kolam tersebut.

Malah kehadiran katak tersebut telah memberi impak maksima kepada komuniti di situ. Apa yang diperkatakan sentiasa didengari. Idea bernas yang dikeluarkan juga sangat dihargai.

Maka katak tersebut kini berpuas hati kerana dalam kolam kecil itu kini dia lebih berharga dan dapat memberi impak maksima kepada warga lain dari duduk di kolam yang berprestij dan besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Moral dari cerita ini. Adakah anda sekarang berada disituasi kolam besar atau kolam kecil? Adakah apa yang anda katakan didengari dan adakah anda memberi sumbangan kepada komuniti anda?

Nota: Dalam cerita katak ini tiada katak atau haiwan lain yang tercedera atau mati. Tak seekor pun katak atau haiwan lain dalam cerita ini yang ada kena mengena dengan katak (atau manusia atau haiwan lain) yang hidup atau yang mati.

2 thoughts on “Kisah katak dalam kolam

  1. HawkEYE

    Sungguh hebat analogi katak itu.

    Teringat saya kepada satu lagi analogi berkenaan kolam ini.

    “Ada seekor ikan emas, dia hidup didalam satu akuarium yang kecil tetapi memadai untuknya bergerak.

    Makanan ataupun umpan di tambah oleh tuannya sedikit demi sedikit mengikut keperluan ikan tersebut.
    Maka ikan tersebut sentiasa gembira dan bergerak cergas selalu.

    Orang ramai yang melawat aquarium itupun gembira apabila melihat ikan emas tersebut yang aktif.”

    ..

    “Sehinggalah pada suatu hari, ada pekedai lain datang melihat ikan tersebut yang aktif. Lalu dipendekkan cerita , ikan emas tersebut dibeli oleh nya.

    Setibanya di rumah, ikan emas tersebut diletakkan ke dalam sebuah aquarium yang besar dan cantik.
    Yang pelik nya, ikan tersebut tidak lagi seaktif sebelumnya,
    Ia menjadi murung dan tidak bermaya.
    Makanan dan umpan telah pun diberikan lebih daripada cukup.
    Namun kenapa ikan tersebut masih lagi murung ?

    Antara yang dapat difikirkan oleh pemilik baru nya ialah , ikan tersebut :

    1. Ketidakselesaan dengan persekitaran baru.
    2. Kebiasaan bagi dirinya sebelum ini, menjadi tidak biasa lagi.
    3. Kerinduan terhadap pemilik lama ?

    … apa lagi ya?

    Nota : Kisah ini adalah rekaan semata-mata , tidak berkaitan dengan mana-mana ikan emas (atau manusia atau haiwan lain) yang hidup atau yang mati.

    1. azwan

      hmm.. dah fikir2 balik. Ada perbezaan antara analogi katak dan ikan emas tersebut.

      Katak pindah (atau hijrah lebih sesuai) ke kolam lain atas kesedaran sendiri dengan niat untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti kolam tempat dia tinggal. Katak tersebut percaya yang dia mampu menyumbang lebih dari apa yang dia lakukan sekarang.

      Manakala ikan emas diambil/dibeli oleh orang lain (bukan initiatif ikan tersebut) dan diletakkan dalam keadaan sekeliling yang tidak memberi ransangan kepadanya (mungkin). Contoh kalau di akuarium lama dia mempunyai ikan lain yang lebih bermotivasi, positif dan berintegriti tapi bila di tempat lain ikan seperti itu mungkin tak ada.

Comments are closed.