Duit percuma menggunakan kad kredit

Tahukah anda yang anda boleh menggunakan duit percuma dengan kad kredit selama sehingga 50 hari tanpa dikenakan sebarang caj?

Cara ini adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang. Dengan cara ini anda boleh meminjam wang dari kad kredit untuk digunakan dan dipulangkan secara penuh selepas 50 hari.

Ini sangat berguna bagi perniagaan. Anda membeli dengan kad kredit, selepas 50 hari barulah pembayaran penuh dilakukan. Anda boleh mendapat bayaran dari pelanggan dalam tempoh tersebut sekali dengan keuntungan! Tanpa mengeluarkan duit sendiri.

Begini caranya. Rujuk rajah di bawah.

(SD=statement date; DD=due date)

cc

Jika anda guna wang di A anda perlu bayar di X (20 hari). Jika anda guna wang di B anda perlu bayar di Y (50 hari).

Sentiasa gunakan kad kredit antara statement date (SD) dan dan due date (DD) untuk mendapatkan waktu yang lebih panjang sebelum perlu membayar semula wang yang digunakan.

Elak menggunakan kad kredit antara due data (DD) dan statement date (SD)

2 thoughts on “Duit percuma menggunakan kad kredit

  1. 1000savings

    Informasi ini amat berguna, namun kena berhati-hati dengan tarikh due date. Jika terlupa bayar selepas due date, itu faedah (interest) memang menakutkan…

  2. Jobless Girl

    Credit Card memang bagus tapi kalau tersalah guna atau terlebih guna memang bahaya… like 1000 savings said feadahnya menakutkan. Lebih lebih lagi compound interest.

Comments are closed.