Mencuba dan gagal lebih baik dari tidak mencuba langsung

Panjangnya tajuk kali ni. Itulah dia yang nak disampaikan.

“Mencuba dan gagal lebih baik dari tidak mencuba langsung”

Ramai orang takut gagal, lalu mengelak untuk mencuba dan mengambil pendekatan tidak berbuat apa-apa.

“Kalau tak cuba, tak akan gagal. Jadi baiklah tak mencuba langsung”, kata Minah yang memang malas untuk berbuat apa-apa.

Kita kena ingat tak semestinya mencuba akan gagal, mungkin percubaan membuahkan kejayaan. Kalau gagal sekalipun, ada perkara yang boleh dipelajari dari kegagalan untuk lebih berjaya akan datang.

Banyak cerita kejayaan orang terdahulu yang bermula dengan kegagalan. Contoh cerita yang popular seperti pemilik KFC iaitu Colonel Sanders dan kejayaan pencipta mentol Thomas Edison.

Jadi untuk mendapat kejayaan dan terus ke depan, buat dan cubalah sesuatu yang baru. Anda tidak akan tahu jika tidak mencuba.

Jangan jadikan kegagalan lalu menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Anggap ia hanya sementara dan kejayaan akan diperolehi dengan belajar dari kegagalan dan terus mencuba.