Twitter tu apa? Best sangat ke?

Fuh dah lebih sebulan blog ni di anak tirikan. Sebenarnya saya sibuk revamp satu lagi website saya yang lain. Tukar script dari ASP ke PHP, tukar server, tukar design. Ingin bermula dengan segala-galanya baru dan insyaAllah dengan keuntungan pada tahap yang berbeza..

Ok berbalik kepada tajuk. Mungkin anda pernah dengar twitter. Apa itu twitter dan apa yang best sangat dengan twitter ni? Adakah dia ada kena mengena talian darah dengan facebook? Haha.. soalan ni makin complicated pula.

Secara mudah twitter ni macam “micro” blog. Biasanya kita update blog dengan ayat-ayat yang panjang berjela sampai ada sesetengah blogger post sampai kena scroll ke bawah dan pergi next page (sorry lebih2 pulak)

Dengan twitter ni kita akan update maksimum 140 karakter sahaja. Jadi apa yang kita update perlu ringkas serta padat dan dalam masa yang sama mesej tetap dapat diterima oleh pembaca.

Jadi saya anggap anda dah tau latar belakang twitter ni. Soalan seterusnya apa yang menyebabkan twitter ni best (sekurang-kurangnya dari pandangan saya)..

1. Anda boleh update twitter semudah menghantar SMS.

Ni fungsi yang saya sangat saya suka. Di mana anda berada anda hanya perlu SMS untuk update twitter. Tak perlu GPRS, tak perlu 3G dan tak perlu WiFi untuk masuk internet dan update.

Caj cuma 20sen satu SMS untuk SMS antarabangsa. Sebaik-baiknya semak dahulu dengan penyedia perkhidmatan anda. Jadi kalau satu hari tak boleh mengadap PC, masih boleh update twitter.

2. Anda boleh jadikan twitter sebagai personal “log”

Apa yang anda telah capai pada minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Selalu kita tidak mencatitkan apa-apa perkembangan dan pencapaian kita. Macam mana kita nak tau yang kita ni dah makin maju, makin mundur atau berada ditakuk yang sama?

Mungkin twitter boleh membantu bagi yang malas nak catit kat diari (yang belum sampai tengah tahun dah hilang entah ke mana)

3. Anda boleh “menyuruh” twitter update status facebook anda

Pernah dengar facebook? Kalau belum bolehlah ke facebook.com dan baca introduction kat sana 🙂 Kalau ada masa mungkin saya boleh tulis pasal fungsi istimewa facebook pula.

Satu perkara yang selalu orang update ialah status. Ahmad Azwan is…. Kadang-kadang sampai dah dekat sebulan tak tukar status. (Macam blog la tak update. Hehehe).

Jadi dengan kemudahan untuk update twitter kita boleh terus suruh twitter update status facebook secara automatik setiap kali kita update twitter.

Inilah yang dinamakan membunuh dua burung dengan satu batu (kemudian sembunyi tangan). Anda boleh gunakan fungsi twitter application dalam facebook

Kesimpulannya anda boleh menggunakan twitter sebagai salah satu lagi cabang pemasaran anda yang sedia ada. Gunakan sebaiknya untuk meningkatkan kredibiliti anda, buat pembaca rasa kagum, mempromosikan produk anda, berkongsi ilmu/link ke laman web yang berguna, memberi nasihat dan segala apa yang anda rasakan boleh anda peralatkan twitter ini.

Anda boleh “follow” twitter saya di twitter.com/azwans

Apa pula pendapat anda tentang twitter?

4 thoughts on “Twitter tu apa? Best sangat ke?

  1. sapa ntah

    membunuh dua burung dengan satu batu<– ades, ni pesal ler terjemahan langsung dr BI nih?? Sambil selam minum air ler En Azwan nyer

    1. azwan

      @sapa ntah – sorry la, dah lama tak berperibahasa melayu. asal maksud orang faham ok la tuh. Lagipun sebab cerita pasal twitter @burung. So peribahasa burung gak la..

  2. Ayu

    Salam bro,

    Thanks for the info.. baru saya faham apa tu twitter.. pening kepala, banyak sangat applikasi kat internet nih..

    p/s – buah cempedak di luar pagar, saya budak baru belajar.. huhuhuh

  3. Pingback: Anda ada banyak akaun twitter? | ahmadazwan.com

Comments are closed.